Selasa, 25 Oktober 2022

Lifebuoy "C Untuk Cuci Tangan:Train the Trainers" Galakkan Penjagaan Kebersihan Tangan Kepada Murid KEMAS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... 

Baru-baru ini bersempena dengan Hari Mencuci Tangan Sedunia (Global Handwashing Day - GHD), Lifebuoy iaitu sabun perlindungan kuman nombor satu dunia yang berdedikasi menggalakkan amalan penjagaan kebersihan dengan baik, telah melancarkan program "C Untuk Cuci Tangan: Train the Trainers" di The Grounds bagi tujuan memperkasakan amalan mencuci tangan dengan baik dalam kalangan murid sekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Program “C Untuk Cuci Tangan: Train the Trainers” bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi kemahiran mencuci tangan yang diperlukan dengan guru-guru KEMAS tetapi juga untuk membolehkan mereka mengajar kemahiran tersebut kepada murid.

Untuk pengetahuan korang Unilever Malaysia melalui Lifebuoy telah bekerjasama dengan Guardian untuk menyumbang kit kebersihan yang mengandungi keperluan harian seperti buku panduan Lifebuoy C untuk cuci tangan, Pencuci Tangan Antibakteria dan Sabun Buku Lifebuoy serta tisu basah antibakteria daripada Guardian kepada Tabika KEMAS bagi menggalakkan penjagaan kebersihan tangan yang baik dan membantu meminimumkan risiko jangkitan dalam kalangan murid sekolah.

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Asri Bin Saleh, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Cik. Lenny Chuah, Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura, Thailand (MYSGTH) & Ketua Unilever Malaysia dan Cik. Jessica Barnabas, Ketua Jabatan Penjagaan Peribadi, Guardian Malaysia.

Yang Berusaha Tuan Asri Bin Saleh, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan berkongsi, “Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui KEMAS sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan diri dalam kalangan murid KEMAS. KEMAS amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak swasta dalam menjalankan program mencuci tangan sebegini. Sebagai contoh, guru yang menjalani latihan yang ditawarkan oleh Lifebuoy Malaysia akan dapat membimbing murid-murid sekolah tentang cara yang betul untuk mencuci tangan dengan lebih cekap. Sememangnya guru memainkan peranan penting untuk menggalakkan amalan mencuci tangan dengan baik dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil.

“Selain itu, kit kebersihan yang disumbangkan Lifebuoy dan Guardian akan membantu membentuk minda kelas pertama dalam penekanan terhadap aspek kebersihan diri dalam kalangan murid prasekolah. Dengan peningkatan penyakit tangan-kaki-dan-mulut (HFMD), para murid akan diingatkan untuk menggunakan kit kebersihan yang terdapat di kawasan sekolah untuk menjaga kebersihan tangan dari semasa ke semasa. Secara keseluruhannya, ini adalah merupakan salah satu contoh yang baik dimana kerjasama awam-swasta dapat memastikan persekitaran yang lebih sihat dan bersih untuk generasi masa hadapan kita.”

Lenny Chuah, Ketua Penjagaan Peribadi Malaysia, Singapura, Thailand (MYSGTH) & Ketua Unilever Malaysia berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan aspek utama dalam meningkatkan kesihatan dan kebersihan bagi tujuan melindungi nyawa dan kehidupan, Unilever melalui Lifebuoy Malaysia berharap agar pelancaran program “C Untuk Cuci Tangan: Train the Trainers” dapat memberikan pandangan dan perspektif yang berharga untuk memperkasakan pendidikan kebersihan tangan dalam kalangan murid sekolah. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan KEMAS dan Guardian untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tentang kepentingan mencuci tangan bagi mengelakkan penyebaran kuman. Selaras dengan tujuan kami untuk menyelamatkan nyawa, program kami akan memperkasakan ibu dengan kesedaran, pengetahuan dan maklumat berkaitan bagi membantu memastikan anak-anak mereka kekal sihat.

"Bagi menguatkan sokongan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertujuan untuk memacu perubahan tingkah laku positif terhadap amalan kebersihan tangan dalam kalangan kanak-kanak, Lifebuoy telah mencipta lagu tema Mari Lebih Sihat! yang dinyanyikan dalam bahasa tempatan daripada pelbagai kumpulan etnik di negara kita bagi mewujudkan pendidikan kebersihan yang paling inklusif di Malaysia. Pada masa ini, fasa kedua inisiatif Mari Lebih Sihat akan meneruskan matlamat ini untuk memacu perubahan tingkah laku mencuci tangan dalam kalangan kanak-kanak.”


Selain itu, bagi merancakkan lagi cara yang berkesan dalam memupuk amalan mencuci tangan dalam kalangan murid sekolah, Lifebuoy telah bekerjasama dengan sekolah untuk mempromosikan asas kebersihan tangan dari tahun-tahun awal kanak-kanak dengan inisiatif Ketua Pegawai Pendidikan (CEO) Mudanya. Kanak-kanak adalah lebih cenderung untuk menerapkan tingkah laku ini apabila mereka dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Oleh itu, Lifebuoy percaya bahawa inisiatif sedemikian akan mempercepatkan impak pendidikan kebersihan tangan dengan meningkatkan sikap murid terhadap pembelajaran, memupuk pengalaman pembelajaran yang lebih diperibadikan, menarik minat pelajar melalui pembelajaran koperatif, dan membawa kepada pengekalan maklumat yang tinggi.


Lenny Chuah berkongsi, "Lifebuoy percaya bahawa memberikan pemahaman dan menyemai kepentingan membangunkan amalan kebersihan tangan sepanjang hayat dalam kalangan kanak-kanak adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penularan penyakit berjangkit di sekolah. Sejak bermulanya program jangkauan Lifebuoy pada tahun 2015 di seluruh Malaysia, program kami telah memanfaatkan 536,113 kanak-kanak berumur 4 hingga 9 tahun. Didorong oleh tujuan yang lebih besar, kami ingin membantu 1 juta orang mengamalkan amalan mencuci tangan yang baik menjelang 2025.


Lifebuoy tetap komited terhadap aspek inovasi dalam produknya untuk meningkatkan usaha kita melawan kuman. Baru-baru ini, Lifebuoy turut memperkenalkan varian produk Lifebuoy Fresh Coconut Water & Mint Antibacterial Bodywash dan Lifebuoy Lemon Fresh Antibacterial Handwash. Usaha ini akan memainkan peranan penting untuk merealisasikan visi Lifebuoy untuk membantu komuniti kekal selamat, segar dan bersih.

Nak tahu lebih lanjut, layari laman sesawang di bawah:

Website

Facebook

Khamis, 20 Oktober 2022

Cara Menyimpan Yang Mudah Dengan Savings Calculator

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Kali ni LeYa nak kongsi dengan korang semua satu tips untuk berjimat dalam perbelanjaan dan cara menyimpan dengan mudah menggunakan Savings Calculator. Actually, LeYa malu dan tak layak lah juga untuk bagi tips perbelanjaan ni sebab LeYa sendiri baru kembali mencari peluang dan menjana pendapatan. Namun, ini merupakan perkongsian buat kita semua terutama ekonomi kita yang masih belum stabil dan tidak menentu. Jadi, ada baiknya kita mendapatkan ilmu dan tips untuk berjimat dan menyimpan di masa akan datang. Jom!

Masih ramai dalam kalangan kita yang mengalami masalah menguruskan pendapatan atau duit gaji yang diperolehi dengan bijak. Ada sesetengah yang belum masuk setengah bulan, duit dah tinggal sikit sehingga terpaksa meminjam rakan-rakan dan ikat perut. 

Dengan kos sara hidup yang agak tinggi terutama di kawasan bandar, amalan berjimat cermat sangat dititikberatkan untuk meneruskan kehidupan seharian. Sebagai seorang yang baru memulakan kerjaya setelah 3 tahun tidak bekerjaya, LeYa mengalami sedikit perubahan untuk kembali menguruskan perbelanjaan secara berhemah. Ada kala perit, ada kala cukup-cukup makan. Semua itu ditelan LeYa sendiri demi mencari kejayaan yang telah jatuh ini. 

Semua ini dapat diatasi dengan mempunyai perancangan dan menggunakan formula yang betul dengan mengetahui jumlah sebenar duit masuk dan duit keluar. 

Jom LeYa kongsikan cara simpan duit gaji walaupun gaji korang bawah RM2,000.

1. Pendapatan Bersih

Ok, nak kira pendapatan bersih sebulan, korang kena tahu formulanya

Kerja biasa: Gaji - bayar cukai - bayar EPF = Pendapatan bersih

Kerja sendiri: Pendapatan kasar - belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) - cukai pendapatan = Pendapatan bersih

2. Guna Aplikasi Savings Calculator

Aha! Korang nak lagi mudah, korang guna je aplikasi Savings Calculator ni. Ia lebih mudah dan cepat serta gerenti korang tak culas dalam menyimpan wang dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, LeYa nak menyimpan duit sebanyak RM10,000. Kemudian, untuk sebulan LeYa boleh menyimpan RM200 sahaja Jadi, dalam kalkulator ni, dia dah tunjukkan cara pengiraan berapa lama korang kena menyimpan duit yang korang nak tu. 


Jadi, tak susah kan kalau kita benar-benar tekad untuk buat simpanan duit kita demi masa depan. Usah risau usah gundah jika kita tak konsisten dengan sistem simpanan sendiri, ikut je step yang ada dalam Savings Calculator ni. Confirm duit simpanan korang bertambah-tambah. (Bolehlah nanti belanja LeYa. Hehehe....)

Cuma sekarang ni  LeYa pun dah mula rasa kena kurangkan sikit pembelian. Beli untuk keperluan aja. Bukan beli ikut nafsu dan kemahuan. Sebab, dalam keadaan sekarang yang ekonomi LeYa pun tak berapa stabil ni, rasanya tidak perlu membazir dan menyemakkan rumah dengah entah apa-apa yang dibeli. Hahaha....


Bagi memastikan untuk kita ikut formula dalam Savings Calculator ni, apa kata cuba buat jadual perbelanjaan bulanan kita. Hal ini dapat membantu untuk kita semak semula perbelanjaan kita. Selain itu, korang juga boleh membuat simpanan di Tabung Haji atau ASB. Mana-mana pun boleh janji korang tahu cara nak kembangkan duit korang untuk dapatkan pulangan dividen atau bonus tahunan.

Akhir kata, simpanlah sedikit duit gaji untuk simpanan dan kecemasan supaya bila berlaku perkara tidak diingini, kita dah tak perlu mengharapkan orang lagi. Tiada siapa yang dapat membantu kita selain diri kita sendiri bila kita berada dalam kesusahan. Kawan di masa senang ramai, tetapi di masa susah tu lah tidak nampak. Jadi, beringatlah sebelum terkena. 


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang diluar sana dalam mengawal perbelanjaan harian dan bulanan korang. Semoga bertemu lagi dalam artikel yang akan datang.

Khamis, 6 Oktober 2022

Mengidam Western di Utara, Jom ke Rumah 888 Diners, Alor Setar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang.... Tercari-cari tempat makan western di Alor Setar? Jom LeYa nak kongsikan dengan korang satu restoran yang agak unik dan menarik di Alor Setar ni. Restoran ni LeYa jumpa secara tidak sengaja ketika pusing-pusing dengan kawan-kawan di sana. Dan, apa lagi, LeYa pun terjatuh hati la untuk singgah dan cuba rasa hidangan di Rumah 888 Diners ni. Nak tahu lagi? Jom teruskan lagi bacaan sampai habis...

Mengidam Western di Utara, Jom Ke Rumah 888 Diners, Alor Setar

Berada di sekitar Alor Setar, tempat wajib nak dituju of course lah tempat makan kan. Tak kira mana-mana pun kita berada. Tempat makan merupakan salah satu destinasi sebelum kita bergerak lebih jauh.  Antara tempat makan western yang wajib korang singgah bila berada di Alor Setar ialah Rumah 888 Diners. Dekorasi kafe dari luar memang cukup klasik dan akan membuat korang terpesona ketika menikmati hidangan yang dipesan. LeYa suka dengan vibe Rumah 888 ni. Lagu yang dimainkan pun tenang je untuk pelanggan menikmati makanan.

Ruang restoran dah selesa. Vibe dah baik. Apa lagi korang nak tahu? Oh ya! Semestinyalah hidangannya kan. Okay.... jom tengok LeYa order menu apa malam tu. Ni dia hidangan yang sempat LeYa rasa, Fiesta Grill dia yang memang meriah dan sedap.

Fiesta Grill | RM39.80

Fiesta Grill ni berharga RM39.80 dan didatangkan dengan Lamb, Chicken, Sausage, Wedges, Salad bersama sos Black Pepper yang memikat selera siapa sahaja yang merasainya. Tak dilupakan juga kepada minuman pembasah tekak, Iced Milk Tea dan Iced Chocolate yang berharga RM7 dia pun memang padu. Harga berbaloi dan rasa sangat sedap.

 Iced Milk Tea & Ice Chocolate | RM7

Memang terbukti dengan rasa dan bahan yang Rumah 888 Diners ni gunakan adalah bahan yang segar dan baru. Setiap hari mereka akan pastikan bekalan bahan mentah mencukupi untuk kehendak pelanggan yang inginkan Western terbaik di Alor Setar. 

Lamb Grill | RM29.80


Combo Fiesta | RM68.80

Selain itu juga, yang tekak Melayu jangan risau. Ada je menu berasaskan nasi yang korang boleh nikmati. Antaranya ialah hidangan Nasi Butter bersama pilihan lauk seperti Kambing Bakar, Harimau Menangis, Ayam Bakar dan Nasi Pad Kra Pao.

Harimau Menangis | RM18.80

Bukan itu sahaja. Rumah 888 Diners menampilkan keistimewaan dengan menyediakan Kid's Zone di mana terdapat lebih dari 10 jenis gula-gula boleh diambil secara PERCUMA. Jadi, keistimewaan ini pasti membuatkan anak-anak korang seronok dengan layanan gula-gula yang diberikan secara percuma itu. Ibu bapa pun pasti happy sebab anak-anak pun happy.


Mungkin yang mana masih belum tahu kat mana terletaknya Rumah 888 Diners ni, ia betul-betul berada di Kompleks Alor Setar. Kalau nak senang korang boleh Waze atau Google Maps sahaja lokasi restoran ni, mesti jumpa. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Waktu yang sesuai untuk korang yang penat-penat baru balik kerja dan tiada masa untuk memasak di rumah.


LeYa memang berpuas hati dan rekemen pada korang di luar sana untuk mencuba. Boleh war-war kan juga pada kawan-kawan dan keluarga tentang Rumah 888 Diners ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera untuk korang!

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk lokasi dan layari laman media sosial di bawah

Alamat
112, Ground Floor Kompleks, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar Kedah

Telefon / WhatsApp
+6010 - 709 9354

Facebook

Instagram

Selasa, 4 Oktober 2022

Sweat It Out! Bersama Finalis Mr World Malaysia 2022

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Setiap dari kita pasti melalui pelbagai fasa dan perjalanan untuk mencapai impian kita. Begitu juga dengan finalis-finalis Mr World Malaysia 2022. Pencarian jejaka idaman Malaysia ini dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM) dan Star Fitness yang merupakan pusat kecergasan rasmi bagi Mr World Malaysia 2022. Jom teruskan bacaan di bawah!

Sesi senaman ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirangka dalam penganjuran Mr World Malaysia 2022. Encik Syed Shaddad, Pengarah Urusan Star Fitness berkata "Sebagai pusat kecergasan rasmi bagi penganjuran Mr World Malaysia tahun ini, semua finalis akan diberikan akses kepada semua kelab Star Fitness di Malaysia di mana peserta-peserta ini dapat menjalani latihan senaman dan membuat persiapan menjelang pusingan akhir pertandingan yang akan diadakan pada 21 Oktober di Grand Hyatt Kuala Lumpur."

  
  

Di samping itu, pemenang utama Mr World Malaysia 2022 akan menerima hadiah berupa keahlian Star Fitness dan sesi latihan peribadi dari jurulatih kecergasan Star Fitness sebagai persediaan menyertai pertandingan berprestij Mr World 2022 yang akan dijangkakan berlangsung di United Kingdom.

Sesi senaman yang berlangsung hari ini menyaksikan finalis Mr World Malaysia 2022 melakukan senaman WAR, RIP dan Interval Circuit Training. WAR merupakan latihan seni mempertahankan diri campuran yang membakar sehingga 500 kalori pada setiap sesi. Senaman yang berinspirasikan seni mempertahankan diri bertenaga tinggi ini adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan sambil menjadi cergas. Manakala RIP ialah program latihan kekuatan pra-moreografi yang memberi kepada kita hasil yang diinginkan.


"Finalis kita hari ini cukup bertuah kerana mereka merupakan antara yang terawal mencuba kelas eksekutif/istimewa WAR dan RIP yang bakal dilancarkan kepada ahli kelab pada bulan depan. Kelebihan kedua-dua program ini pastinya dapat membantu meningkatkan kekuatan stamina dan daya tahan otot", kata Encik Syed.

Pertandingan Mr World Malaysia 2022 bertujuan mencungkil bakat baharu dan mempelbagaikan portfolio bakat di bawah naungan Celebrity360, sebuah agensi pengurusan bakat UM. Untuk menonton pertandingan akhir, tiket boleh dibeli di laman Ticket2U dan undi finalis kegemaran korang di Pageant Vote di mana pemenang 'Mr Popular Vote' akan mara terus ke Top 10 pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang di bawah

www.starfitness.com.my

Isnin, 3 Oktober 2022

Santai Hujung Minggu Nikmati Nasi Kenduri Hari-Hari Di Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Alangkah nikmatnya kan bila mana dapat nikmati masakan majlis kenduri setiap hari. Pasti ia mengimbau kembali saat kita adakan majlis kenduri atau bertandang ke majlis sahabat handai dan keluarga. Yang pasti kali ini, korang dah tak perlu susah payah nak cari dah sebab dengan kewujudan sebuah kedai makan ni korang boleh makan setiap hari. Kat mana? Ikuti selanjutnya di bawah.


Santai Hujung Minggu Nikmati Nasi Kenduri Hari-Hari Di Kepala Batas, Alor Setar, Kedah

Kali ni LeYa nak berkongsi dengan korang semua satu kedai makan yang LeYa singgah bersama rakan-rakan sewaktu kunjungan ke negeri Kedah. Lama juga tak jalan-jalan sejauh ini. Seingat LeYa tahun lepas ketika Famtrip Media ke AMD Resort.

Sebelum datang ke sini, sempat jugalah LeYa tinjau menu-menu yang ada dekat laman FB restoran ni. WoW! Masakan kenduri la... Lama juga tak makan lauk kenduri ni. Lokasi Kedai Makan Nasi Kenduri Hari-Hari ni terletak bersebelahan SMK Kepala Batas dan berdekatan dengan Caltex Hutan Kampung. Memang mudah je nak cari sebab berada betul-betul tepi jalan.


Sampai je, LeYa nampak ramai juga orang datang makan kat sini. Kawasan pun luas dan suasana pun tenang dengan pemandangan sawah padi di tepinya. Tapi sayang, masa LeYa datang makan kat sini, sawah padi dah tak hijau. dah togel...Hehehe.... Itu tandanya nak suruh LeYa datang lagi lah tu. Hahaha...


Memang banyak ye menu-menu masakan kenduri yang korang boleh cuba kat sini. Dan banyak juga LeYa dan rakan-rakan order. Al-maklumlah dah datang dari jauh-jauh tu, elok benar la kiranya  kita rasa kan? Ye kan... Okay, jom sekarang LeYa tunjuk menu-menu yang ada yang sempat LeYa rasa. (Nota kaki: Jangan terliur tawww....)

Nasi Kenduri - Sepinggan dalam RM9 - RM15

Tak lengkap lah kalau dah datang sini tak cuba makan Nasi Kenduri kan. Oleh itu kami ambil Nasi Minyak berlaukkan Ayam Masak Berempah, Gulai Kawah Kambing, Kerabu Mangga dan Nasi Putih berlaukkan Gulai Kawah Kambing, Daging masak kunyit dan Ulam-ulaman bersama sambal belacan. Pilihan daging kambing tu memang terbaik sebab langsung tiada bau dan sangat sedap. Tak Kedah lah kan kalau tak makan Gulai Kawah.

 

Roti Telur Leleh - RM3.50

Ini antara menu wajib yang korang wajib cuba bila datang bersarapan dekat sini. Roti Telur Leleh ni memang sedap dan lain dari yang lain. Apa yang specialnya? Roti ni dibakar dan pada atas roti diletakkan telur separuh masak... bila bergoyang dan meleleh tu lah lagi sedap. Selain itu, ditabur juga dengan cheese dan kacang panggang untuk menambah selera. Harganya pun murah dan disukai ramai.

Cucur Udang - RM5.00

Ya jangan terkejut. Walaupun kedai makan Nasi Kenduri Hari-Hari, tapi menu cucur udang ni turut disajikan di sini. Bolehlah buat tambah-tambah menu kudapan kan. Serius weyyhhh... Rasa dia sangat sedap dengan kombinasi kuah kacang yang enak bersama cucur udang yang terasa udangnya.


Roti Jala - RM4.00

Hidangan yang pasti disukai ramai. Pembuka selera yang cukup enak dan ringkas. Pagi-pagi pekena Roti Jala memang mind blown. Silap-silap haribulan memang kenyang lah jika makan roti jala ni saja. Sementara tunggu menu lain sampai, dapat juga la kekahkan roti jala ni dulu. Hehehe...

Minuman Carrot Susu Yang Menyegarkan

Minuman yang menyegarkan. LeYa bukanlah seorang peminat Carrot Susu sebab sememangnya yang kenal LeYa bukanlah sejenis minum susu. Tapi, dekat sini LeYa boleh minum sampai habis. Betapa enak dan segar rasa carrot tu ye. Rasa susu dia pun light light je. Jadi, spesies macam LeYa yang tak minum susu ni, of course boleh minum. Korang tak caya? Try lah!


Terdapat banyak pilihan lauk Nasi Kenduri yang korang boleh pilih selain lauk yang LeYa ambil kat atas tu. Jom LeYa kongsikan dengan korang lauk-pauk lain yang pasti memikat selera korang bila bertandang ke sini.






Terdapat lebih dari 10 jenis lauk yang korang boleh pilih dan rasai. Antaranya Gulai Kawah Kambing, Gulai Kawah Daging, Ayam dan Ikan Goreng, Daging Masak Kurma, Kari Ikan, Ayam Masak Merah, Kerabu Mangga, Kerabu Taugeh, Jelatah, Ulam-ulaman dan banyak lagi. Kesemua jenis lauk ini korang boleh kombinasikan dengan dua pilihan nasi iaitu Nasi Putih dan Nasi Minyak. LeYa pasti korang akan repeat datang untuk seterusnya. Rasa dia memang sangat sedap dan menepati citarasa pelanggan.


Bukan itu sahaja. Dah nama makan nasi kenduri kan. Tak lengkap lah kalau tak berphoto dekat dekorasi pelamin yang disediakan ni. Korang akan rasa betul-betul makan dekat majlis kenduri dan bergambar di pelamin ni bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 


LeYa memang sarankan lah untuk korang yang datang ke Kedah untuk singgah dan rasai sendiri Nasi Kenduri Hari-Hari ni. Memang sangat puas hati dengan menu yang dihidang, rasanya dan suasana kedainya.


InsyaAllah, jika datang lagi ke Kedah ni, pasti kedai makan Nasi Kenduri Hari-Hari ni akan diserbu. Tak perlu susah-susah dan pening nak cari tempat makan dah, datang je kat sini. Lagipula, harganya pun murah dan berpatutan. Kalau korang datang ke Alor Setar, Kedah ni jangan lupa untuk cuba pelbagai pilihan lauk kenduri tu tau. 

Nasi Kenduri Hari-Hari
Bersebelahan SMK Kepala Batas, 06200 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi
8.00 am - 3.30 pm (Buka setiap hari kecuali Sabtu)

Telefon
+6019 - 527 7260

Facebook

Sabtu, 1 Oktober 2022

Drama Bersiri Korea Voice 4 | Episod 1 - Episod 14

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Dah lama kan LeYa tak tonton drama bersiri Korea ni. So, tiba-tiba rasa nak tonton dan terbuka lah satu cerita ni dekat viu.com. Nak tahu lagi, jom ikuti selanjutnya di bawah.


Drama Bersiri Korea
Voice 4

Pengarah
Shin Yong Hwi

Genre
Thriller

Pelakon
Lee Ha-Na, Song Seung-Heon, Son Eun So, Kang Seung Yoon, Baek Sung Hyun, Lee Kyu Hyung

Producer
Kim Ryun-hee

SINOPSIS VOICE 4

Kang Kwan-Joo mendapat satu kiriman e-mel aneh hampir setiap hari. Pada awalnya, dia tidak mengambil endah. Namun. dia mula mengesyaki setiap dari emel itu ada kaitan dengan pembunuhan yang telah dilakukan. Dia mula menjejaki pengirim emel itu. Dari sisi lain, Derek Cho, seorang detektif dari Amerika Syarikat bekerja sementara di Korea dan mempunyai seorang adik yang bisu telah diculik dan mati dalam pembunuhan.

Voice 4 mengisahkan seorang pembunuh bersiri dengan keupayaan pendengaran telah membunuh orang ramai dengan menggunakan kemampuan pendengarannya yang luar biasa itu. Dalam masa yang sama, Kang Kwon-Joo (Lee Ha-Na), juga memiliki keupayaan pendengaran yang sama terdorong untuk menyelesaikan kes pembunuhan itu. Kang Kwon-Joo bekerjasama dengan Detektif Derek Jo (Song Seung-Heon) untuk menangkap pembunuh bersiri itu. Derek Jo ialah seorang ketua, yang tidak pernah membenarkan kesilapan. Dia adalah ketua pasukan dari LAPD (Jabatan Polis Los Angeles). Pasukan LAPDnya berurusan dengan kumpulan penjenayah. Sementara itu Kang Kwon-Joo telah mengalami PTSD sejak kematian Do Kang-Woo, tetapi dia masih menjalankan tugasnya sebagai ketua pusat panggilan kecemasan 112.



TONTON FULL EPISOD VOICE 4 DI VIU.COM