Sabtu, 13 Oktober 2018

Susu Fernleaf UHT 100% Dari New Zealand Berjaya Menambat Hati LeYa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Kisah Susu Lembu New Zealand...."

Eh...Eh... Dah macam intro Doraemon la pulak... Hehehe...

Okay... Jom LeYa nak kongsi dengan korang semua cerita susu segar dari New Zealand yang berjenama Fernleaf ni. Rasanya ramai dah tahu jenama Fernleaf ni di iklan-iklan TV kan. Alaa... iklan susu yang ada lembu sekali tuh.. Hensem bergaya lembu tu posing tau. Hehe... Korang minat minum susu tak? Kalau minat, kita serupa. Setiap pagi dan sebelum tidur, LeYa akan pastikan sekeluarga minum susu Fernleaf ni. Ini kerana susu Fernleaf menitik beratkan penjagaan dan penghasilan susu tenusu yang berkualiti tinggi dan terbaik kerana industri tenusu merupakan jiwa mereka. Sebab tu lah rasa susu Fernleaf ni segar dan sangat sedap. 


Susu Fernleaf 100% dari New Zealand

Meh LeYa nak cerita lagi. Kalau korang nak tahu, di New Zealand, mereka mengusahakan ladang secara semula jadi iaitu lembu-lembu tenusu diberi kebebasan untuk meragut di padang rumput yang subur dan luas. Lembu-lembu tenusu hidup bahagia meragut rumput tanpa ada halangan. 


Jadi, sebab itulah susu yang dihasilkan semuanya mempunyai makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Korang nak tahu lagi tak? Di New Zealand, dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang cukup menjadikan salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. 

Ia merupakan salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang, yang mana setiap rumputnya berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu-lembu ni dapat menghasilkan susu yang penuh berkhasiat dan berkualiti tinggi.


Lembu-lembu ni semuanya menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah dan secara tidak langsung mereka mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Sebab itulah lembu tenusu di sini dapat menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung dalam kandang.


Lagi menarik kalau korang nak tahu, pakar-pakar tenusu di Fonterra ni sudah mempunyai lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu yang mana setiap peladang sentiasa berdedikasi untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk yang diedarkan kepada pengguna.


Keterpaksaan LeYa Ketika Minum Susu Fernleaf UHT 100% Mmmmm

Pada suatu pagi yang hening, sebelum LeYa memulakan langkah ke tempat kerja, LeYa membuka peti sejuk dan mendapati adanya susu Fernleaf UHT ni. Sebenarnya LeYa memang kurang minat minum susu tetapi pada pagi tuh LeYa terasa ingin mencubanya.

"Minum ke taknak ni... Kang takut termuntah pulak. Sejak azali kan aku ni memang susah nak minum susu", LeYa bermonolog dalaman.

Dengan rasa berat hati, LeYa mengambil sekotak susu Fernleaf UHT berperisa coklat dan terus mencucuk straw lalu bawa ke bibir untuk merasai sedutan pertama.

"Sluuuurrrrrrpppppp..." 

Alangkah terkejutnya apabila LeYa berjaya menghabiskan susu Fernleaf UHT tanpa rasa mual dan loya. LeYa dah mencuba minum susu Fernleaf UHT dan terus jatuh cinta dengan keenakan dan kesegaran susunya. Paling tak menahan tuh boleh pulak acah-acah hipster dengan meminum susu Fernleaf UHT menggunakan fun straw yang diberikan. Susu yang mengalir melalui straw tuh membuatkan mata dan muka LeYa rasa sejuk je. Memang best!


"Minumlah susu Fernleaf UHT kerana ia sangat berkhasiat dan berkualiti tinggi".

Rasanya memang segar dari ladang. LeYa semakin gembira dan yakin untuk meminum susu Fernleaf UHT ni setiap pagi dan malam sebelum tidur. Tidur LeYa pun jadi lebih lena selepas minum susu. Syok weyyyhhh... Tiada gangguan tidur di waktu malam lagi. Hehehe...

- Tamat Cerita LeYa bagaimana permulaan meminum susu -


So, korang... Apa tunggu lagi? Jom dapatkan minuman susu Fernleaf UHT ni sekarang!!! Ada tiga perisa yang korang boleh cuba taw. Antaranya Full Cream, Low Fat dan juga Chocolate. Sebagai peminat coklat, dah tentu LeYa lebih memilih untuk minum susu Fernleaf berperisa coklat.

Sumber foto dari Google

Rasa susu Fernleaf UHT 100% Mmmmm. Jom minum susu Fernleaf UHT! 
Saksikan juga video kebenaran susu Fernleaf UHT memang sedap 100% Mmmmm.


Maklumat lanjut mengenai susu Fernleaf UHT boleh klik di pautan bawah:

Website

Facebook

Instagram

Isnin, 8 Oktober 2018

Pengalaman Luarbiasa Dalam Escape Room Challenge, Avenue K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pertama kali berpeluang menyertai pengalaman bersama rakan blogger di Escape Room Challenge anjuran Warner Bros TV dan Astro. Kalau korang nak tahu ia bukanlah yang pertama kali diadakan malah ia hampir dilaksanakan pada setiap tahun dengan aktiviti yang berbeza kepada penonton WBTV dan pengunjung yang hadir. Untuk kali ini, ia telah bawa LeYa dan rakan-rakan ke Escape Room di Avenue K, Kuala Lumpur yang berlangsung selama tiga hari iaitu 04 - 06 Oktober 2018.


Menariknya di sini, korang akan diuji secara fizikal dan mental dalam menyelesaikan masalah yang ada pada permainan ini. Terdapat 3 bilik khas yang disediakan dengan setiap satunya mempunyai tema dan pengalaman yang berbeza yang akan korang selesaikan permasalahannya. Ia bagi LeYa merupakan satu permainan interaktif yang mana ia mampu menguji ketahanan fizikal dan mental kita sama ada dalam menjawab teka-teki, selesaikan teka-teki yang kompleks atau mencari cabaran agar korang dan rakan-rakan selamat dari aktiviti permainan tersebut. Menarik bukan! Jom terus ikuti pengalaman yang LeYa dapat bersama rakan-rakan.


Cabaran pertama kami di bilik pertama ini iaitu dari siri TV "Big Bang Theory". Untuk melengkapkan persoalan, kami dikehendaki mencari 9 buah kad mengandungi huruf-huruf yang apabila digabungkan menjadi satu perkataan atau jawapan kepada klu kedua. Misi LeYa dan rakan-rakan berjaya setelah di akhir kami menemukan sebuah buku berkulit hitam dan buku "The Flash". 



Cabaran bagi setiap bilik perlu diselesaikan dalam masa 5 minit. Dan kami berjaya menyelesaikannya dalam masa 3 minit. Yeay!!! Team Superb Girl berjaya di bilik pertama.



Cabaran kedua, kami perlu menyelesaikan bagaimana untuk menyeberangi bangunan ke bangunan lain untuk menghentikan bom yang terpasang itu. Segala peralatan disediakan dan kami perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk membuat cross lane melintas ke seberang. Dengan sedikit klu yang diberikan, dengan menggunakan papan dan kayu panjang yang bermagnet, kami menyusun setiap papan membentuk sebuah jambatan. Dan, kami menyeberang satu persatu ke bangunan sebelah. 


Untuk menghentikan bom itu, kami dikehendaki menyelesaikan beberapa masalah dari FB Messenger yang diberikan sehingga button warna Orange perlu ditekan. Kami berjaya menyelesaikan misi di cabaran kedua ini dengan catatan masa 6 minit 35 saat atas sebab di permulaannya kami tidak mengerti apa yang perlu dilakukan.



Cabaran ketiga dan bilik terakhir untuk kami menyelesaikan permainan ini. Di cabaran ini, kami dibahagikan kepada dua bilik kurungan yang mana setiap bilik mempunyai 3 orang. Kami dikehendaki mencari button pada dinding untuk menyalakan lampu agar kelihatan berwarna hijau untuk mendapatkan kunci. Terdapat sebuah buku tulis dan di dalamnya ada klu kepada permasalahan itu.


Setelah lampu bertukar ke warna hijau dan kunci pun sudah dimiliki, namun, rupanya kunci itu membawa LeYa dan dua lagi rakan ke bilik kurungan sebelah. Di situ, kami perlu pula mencari segulung kertas yang di dalamnya tersimpan klu untuk membuka pintu penjara. Malangnya, di bilik akhir ini, kami gagal mendapatkan kertas itu yang terletak dalam rod palang jeriji penjara. Dan, kami pun dipenjarakan selamanya. Hehehe....


LeYa pasti setiap dari korang punyai kreativiti dan kepakaran yang berbeza-beza kan? So, di sini perlu gunakan kreativiti dan kepakaran itu untuk menyelesaikan semua masalah dan juga kerjasama di antara rakan-rakan perlu kekal utuh dalam mengharungi setiap permainan ini. LeYa pasti dengan masa 5 minit setiap bilik cabaran yang diperuntukkan, korang boleh melakukannya.




Seriously LeYa nak cakap memang tersangat best dan seronok dapat bermain mini Escape Room Challenge di Avenue K ni. Ia benar-benar menguji minda dan tahap kesabaran kita sebagai pemain. Apa yang penting? Kerjasama. Hehehehe.... 

 

Dah penat memerah tenaga dan minda, kami jalan-jalan dan singgah membeli belah di Shoe Gallery by Parkson yang terletak di tingkat 2 kalau tak silap. Biasa lah kan bila perempuan dah hang out, shopping tak boleh dilupakan. Hehehe... So, kami pulang dengan gembiranya.



Ahad, 7 Oktober 2018

UFORA Skincare Melancarkan Tiga Produk Penjagaan Wajah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Wanita dan kecantikan sebenarnya memang tak dapat dipisahkan. Maklumlah dengan memiliki wajah yang mulus, cerah dan gebu, ia adalah aset paling berharga buat wanita. Kerana itu, ramai para wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik. Kulit wajah yang berseri mampu memberi keyakinan kepada seseorang wanita dalam melaksanakan aktiviti harian mereka. Itulah menariknya wanita dan kecantikan.

Jadi, baru-baru ini LeYa berpeluang menghadiri satu pelancaran produk terbaru dari UFORA Skincare di The Club Bukit Utama Golf Resort, Petaling Jaya pada 01 Oktober lalu. Tiga produk terbaru penjagaan kulit wajah UFORA Skincare yang dilancarkan pada malam penuh gilang gemilang itu adalah UFORA Skincare Night Serum, Sunscreen dan Facial Foam.


Dalam majlis pelancaran UFORA Skincare, turut diperkenalkan pengasasnya, Puan Supia Saupi dan suaminya yang juga merupakan CEO kepada UFORA, Encik Nik Mohd Hilman Mustapha. Kedua pengasas UFORA memang sangat humble dan mesra dengan semua hadirin yang hadir. Sebelum UFORA Skincare diperkenalkan, UFORA telah pun mendapat sambutan dengan pengeluaran produk UFORA Beauty Collagen. Dengan peningkatan yang begitu tinggi dan menggalakkan, lahirlah idea baru dari Puan Supia sendiri untuk mengeluarkan satu lagi produk iaitu UFORA Skincare




UFORA Skincare mempunyai 1 set penjagaan kulit wajah yang mana di dalamnya terdapat 3 produk untuk penjagaan siang dan malam sepanjang hari. Ianya terdiri dari Facial Foam, Sunscreen dan Night Serum. Set UFORA Skincare 3 produk penjagaan kulit wajah ini sudah cukup membuatkan wajah semua kelihatan cantik, berseri, putih, licin dan gebu. Ia selari dengan konsep yang telah diperkatakan pengasasnya, Puan Supia iaitu "Less Item, More Skincare" di mana tidak perlukan banyak produk, tetapi pasti cantik dengan 3 jenis produk kecantikan itu.


Kelebihan & Fungsi Set UFORA Skincare 


 UFORA Facial Foam
Merupakan pencuci muka dan mengandungi bahan ekstrak Cranberry yang mampu 
  • Melembutkan kulit wajah
  • Menstabilkan kelembapan kulit
  • Membersihkan kulit wajah
  • Mengecilkan liang pori-pori
  • Mampu mencerahkan wajah
  • Membuatkan kulit wajah sentiasa tegang dan berkilat. 

UFORA Sunscreen 
Untuk penjagaan kulit wajah waktu siang pula, ia mampu 
  • Merawat kulit dan melindungi dari sinaran UV cahaya matahari SPF50. 
  • Tidak melekit dan cepat menyerap.
  • Terdapat juga anti penuaan yang mampu membuatkan kulit wajah kekal awet muda dan sentiasa kelihatan anggun dan cantik. 
  • Ia turut diperkaya dengan Vitamin E.
 UFORA Night Serum
Dengan esktrak Aloe Vera yang berkualiti tinggi dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit wajah dan semua lapisan umur, ianya turut mampu 
  • Merawat kulit wajah yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, parut dan sebagainya
  • Mengecilkan pori-pori 
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Melembutkan dan menegangkan kulit wajah

UFORA Skincare juga turut melancarkan rakan niaga strategik untuk kesemua Distributor sebagai pembekal yang luas dan terbesar di seluruh Malaysia bagi memastikan produk UFORA Skincare sampai kepada setiap pengguna di Malaysia.

So korang, jangan tunggu dan lihat sahaja. Dapatkan kulit wajah yang licin dan anjal serta cantik dengan produk UFORA Skincare sekarang. Bagi setiap pembelian berharga RM139 (SM) / RM149 (SS), ia didatangkan juga dengan 3D blend puff yang berkualiti. Produk ini boleh didapati di kesemua kedai jamu seluruh Malaysia.



Untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh ikuti maklumat di bawah:

Facebook

Instagram


Sabtu, 6 Oktober 2018

Pelbagai Sajian Mee Segera Dari Indonesia Yang Paling Sedap Di IndoBowl, Sungai Besi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa berkesempatan untuk merasai keenakan hidangan mee segera dari Indonesia yang sudah pun viral di salah sebuah Restoran IndoBowl yang terletak di Lakefields, Sungai Besi. Kalau pesan sahaja Indomie di tempat lain pasti akan dihidangkan telur mata goyang untuk menambahkan lagi selera rasa Indomie itu. Ditambah lagi apabila telur kuning itu pecah dan sebati dengan Indomie itu sendiri. Memang superb sedap kan!


Sebuah restoran yang pakar dalam menghasilkan Indomie yang sangat sedap di Sungai Besi, kini menjadi viral dengan tarikan ramai pengunjung untuk turut menikmatinya. Menu-menu menarik Indomie ada disediakan di sini. Korang pasti teruja untuk merasainya. Jom, LeYa bawakan khas hidangan yang sempat LeYa rasa bersama rakan-rakan yang lalu.


Konsep yang disediakan di restoran ini berasaskan Indomie Mee Segera. Dengan suasana restoran yang sangat selesa dan kondusif, LeYa pasti ramai berpuashati dengan keenakan makanan dan keselesaan tempatnya. Yang menariknya lagi, dengan berasaskan Indomie, banyak rupanya sajian boleh disediakan. Bukan sekadar mee segera goreng biasa sahaja seperti yang dipesan di tempat lain, malah korang akan dihidangkan dengan pelbagai menu berasaskan Indomie ni.



Menu Indomie di Restoran IndoBowl ini bukanlah yang biasa-biasa kerana kesemua hidangannya memang sangat sedap. LeYa sendiri recommend kat korang kalau nak makan Indomie ni, bolehlah singgah dan makan di sini. Rasa daging bakar yang dihidang sangat juicy, dan apabila korang makan dengan sambal yang diberi bersama, pasti memberi satu kenikmatan yang tidak berbelah bahagi. Hehehe... Memang tak akan sama dengan Indomie di tempat lain.


Makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan, santai dan berbual mesra, jangan lupa untuk memesan signature dish mereka iaitu Indomie Mumbo Jumbo Soto Seafood

Indomie Mumbo Jumbo Soto Seafood RM39.90

Hidangan Indomie Mumbo Jumbo Soto Seafood ini sangat meriah dengan pelbagai jenis seafood di dalamnya seperti udang, sotong, bebola ikan, isi ketam dan paling menonjol adalah dua biji telur mata goyang yang bila digaul sebati kesemua bahannya menghasilkan kombinasi yang sangat enak. Errmmmm.... sedappppp....

Indomie Ayam Balado RM10.00

Bagi peminat pedas, korang boleh try menu Indomie Ayam Balado ni. Sambal balado yang dihidangkan memang sedap. Pedasnya memang pedas tapi boleh dinikmati lagi dengan penuh rasa kenikmatan. 

Indomie Salted Egg Chicken RM11.90

Hidangan yang LeYa dan Otomen paling suka. Indomie Salted Egg Chicken menjadi menu tarikan kami berdua pada hari itu. Rasa manis, masin, pedas, memang ada rasa kelainan bila makan hidangan ni. Rasanya cukup dan sangat sedap. LeYa memang recommend korang untuk cuba yang ini. 

Nasi Ayam Madura

Usah risau juga kepada yang bukan peminat mee segera. Sebab di sini juga ada disediakan menu nasi untuk korang tidak kelaparan bila keluar dari restoran ini. Korang boleh memesan hidangan Nasi Ayam Madura dan juga Nasi Goreng Ayam Balado

Kalau korang nak tahu Ayam Madura ni ala-ala macam masak kicap tapi ia bukan ayam masak kicap. Ia ada rasa masam-masam manis sedikit dan tak pedas langsung. Kalau nak pedas boleh makan dengan sambal yang ada bersama tuh.

Nasi Goreng Ayam Balado

Nasi Goreng Ayam Balado memang sajian pedas dan sesuai kepada yang minat pedas. Korang yang tak tahan pedas tak digalakkan untuk makan. Sebab dikhuatiri nanti sakit perut. Hehehe... Tapi bagi LeYa tak pedas sangat pun. Tahap kepedasannya bolehlah LeYa bagi 5 dari 10. 

Soda Gembira Giant & Es Cendol Giant RM8.90

Minuman yang menjadi kegemaran ramai dan juga LeYa sendiri ketika menikmati hidangan di situ adalah Soda Gembira dan juga Es Cendol. Minuman ini boleh dipesan dengan gelas besar (Giant) ataupun gelas biasa. Rasa Soda Gembira tu bukan bandung biasa tau. Ada kombinasi bandung dan soda disertai biji selasih di dalamnya. Memang sedap kalau minum di waktu panas-panas begini kan. Rasa santan yang pekat dalam minuman Es Cendol membuatkan lagi rasa untuk menghabiskannya. Hirisan cendol dan bijian jagung di dalamnya juga memang kombinasi menarik untuk korang turut menikmatinya. Yummy! Sedap weyyhhhh...



LeYa benar-benar puas dan kekenyangan menikmati hidangan Indomie di Restoran IndoBowl. Memang sedap dan boleh repeat lagi makan di sini bersama keluarga pula. Kalau korang nak tahu lagi, Restoran IndoBowl mempunyai satu lagi cawangan yang terletak di Subang Jaya. Jadi, korang yang berdekatan dengan mana-mana restoran ni, bolehlah singgah dan rasai kepelbagaian hidangan berasaskan Indomie ni.



INDOBOWL CAFE
72, Jalan Tasik Utama 7, LakeFields Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

INDOBOWL SUBANG JAYA
66, Jalan SS15/4C, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi
Isnin - Ahad (11.00 pagi - 10.30 malam)

Hubungi
019 - 542 6869

Facebook

Website