Rabu, 8 April 2009

Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Dengan menggunakan tarikh lahir, personaliti seseorang itu dapat dibaca berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahirnya. Selain itu, anda juga dapat mengenali peribadi diri sendiri. Sekiranya tarikh lahir anda jatuh pada 24hb Februari, bermakna anda mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna anda, bolehlah melihat keperibadian diri sendiri menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Anda juga suka disayangi dan menyayangi. Anda juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal(warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia.

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah Limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Jumaat, 3 April 2009

Pengumuman!!

PERHATIAN!!!

Pengumuman kepada pengunjung Leya's Blog...Kini...Leya's Blog ade menyediakan forum untuk anda sama2 berbincang mengenai apa sahaja isu yang ingin dibincangkan...Jadi, anda semua hanya perlu melayari laman web tersebut di http://anagurlz87.lefora.com/ atau terus pergi ke menu atas dan klik button forum.. Sekian, terima kasih...

Ape yg aku merepek ni....huhu...

Aku tak tahu ape sbnrnye yg aKu nak tulis hari ni....

Tapi yg aku tau hari ni hari Jumaat....

Esok aku dah nak gerak ke Perlis....

So....aku pun kene r prepare baju yg nak di bawa...kot nanti der plak yg tertinggal....pas tuh confirm kene mrh...kan dah ckp len kali prepare awal2....so....sblum di marahi...aku pun prepare ler ape yg patut....hehe....

Pergh....rase kejap jer kan....punye la aku tunggu hari tuh...tetibe dah nak esok dah...tak sabar aku nak jumpe mber2 aku tuh....ape cite la dorang skrg ek....

Erm....aduyai....aku dah tau laa nak merepek ape lagi.....aKu dah cakap dah aku tak betul hari ni...cakap pun merapu jer...hehe.....

tapi xpe....nanti aku balik dari konvo aku tuh.....aku tulis entri lain ek...mesti byk cite baru dari mber2 aku tuh...leh la aku kongsikan dlm blog kesayangan aku ni....korang sumer tunggu jer r ek.......

k la...aku nak prepare brg r.....bubye.....muaahhhh.....jumpe nanti k......

Rabu, 1 April 2009

01 April 2009


Pagi yang hening. Aku bangun dari tidur untuk solat Subuh. Lantas...mata aku terpandang pada kalender yang tergantung di dinding bilik..Hari ini 01 April 2009... Aku memandang pula jendela dan melihat anak jiran bersiap untuk ke sekolah...Teringat aKu di waktu zaman persekolahan... indah sekali... Setiap pagi ibu akan kejut dan aku pun bersiap sedia untuk ke sekolah... Ayah yang akan menghantar ku... Itu semua nya kenangan indah yang tak akan dilupakan...

Kini....umur aku sudah menjangkau 22 tahun.. Sudah besar rupenye aku...hehe.... Terasa sekejap sahaja masa berlalu...


*****************************

Pintu bilik diketuk ibu. Ibu fikir aku belum bangun lagi.. Lantas, aku melaungkan suara pada ibu untuk memberi isyarat yang aku sudah bangun sebenarnya.. Jadi...aku pun turun dari katil dan membuka pintu... Ibu tanye pada ku sudah solat ke belum...

"Angah,dah semayang lum?"

"Nak semayang la ni..."

Lalu...aku pun ke bilik air untuk mengambil wudhu'... Kemudian, aku kembali ke bilik tidur aku untuk mengerjakan solat subuh... Usai itu, aku keluar dari bilik dan melihat ayah serta abang aku sudah siap untuk ke kerja...

Setiap pagi ayah akan siap dahulu kerna dia tidak mahu lewat sampai ke perkarangan sekolah.. Katanya nanti kalau lambat traffic jam... huhu... Sebelum lupe...ayah ku adalah seorang guru matematik dan sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson...

Ibu menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri pergi bersalam dan melambai ayah ke kerja... Aku juga turut salam ayah...

Kemudian, kul 7.30pagi abang aku pula yang akan bertolak ke tempat kerjanya.. Abang aku pula seorang Pegawai di Public Bank...

Dan kini.....tinggal lah aku bersama ibu ku... Seketika nanti tepat jam 8.30 pagi ibu pula yang akan ke tempat kerja.. Ibu pula bekerja sebagai Kerani Akauntan... Semua ada tanggungjawab masing2.... Tetapi berlainan pula hari ini... Hari ini aku disuruh mengikut ibu ke pejabat kerna menguruskan urusan aku... Aku ingin print resume disebabkan ink printer aku dah abis... Belum ade mase untuk membelinya...hehe

Lantas.......Aku pun ke bilik mandi dan mandi sepuasnya... Fuuuhhhh......sejuknyer......Tapi aku rasa segar sekali bile selesai mandi...Aku menuju ke bilik aku dan membuka almari pakaian untuk mencari baju yang ingin dipakai..

"Dan itu....HA!Yang tu lah...."kataku dalam hati.Aku ambil baju warna hitam belang kuning itu.. Aku menyarungkannya ke badan aku...Usai dari itu, aku sudah siap dahulu... Sementara menunggu ibu, aku breakfast sambil menonton televisyen....hehe....

Kemudian, ibu keluar dari bilik dan kami pun sama2 ke tempat kerja ibu...




***************************
Sampai saja di sana, aku mengeluarkan laptop dan membukanya untuk mendapatkan dokumen resume.... Aku 'copy' kan nya ke dalam pen drive... Lepas tu aku ke tempat asisstant. Lalu, aku meminta kebenaran untuk print resume... Nasib aku baik... Akak tu tak banyak cakap pun.. Terus print... Siap wat 2 salinan lagi.... Bila dah siap aku ucapkan terima kasih kepadanya...
Sementara menunggu jam 12.30 tengah hari...aku melayari Internet bagi mengisi masa lapang aku...Sempat juga aku update blog aku ni....hehe......(Sambil menyelam minum air....Blurppp...Blurppp....Tertelan air daa...huhu..)

Jarum jam tepat ke angka 12.30 tengah hari.... Aku bersiap sedia untuk pulang ke rumah bersama ibu... Sebelum itu, ibu singgah dahulu di kedai mamak untuk mengambil makanan yang telah dipesan untuk makanan tengah hari....

Tepat kul 1.00 aku sampai di perkarangan rumah.... Huuuhhhh.....panas betul cuaca di luar hari ni... Aku mengeluh dalam hati... lantas, aku membuka air cond untuk menyejukkan ruang rumah ku...Setelah itu, aku menyiapkan juadah makanan tengah hari yang dibeli ibu tadi.. Kemudian, aku makan kerna perut ku sudah lapar.....

Lepas saja makan, aku ke bilik untuk menunaikan solat zuhor...

Usai itu, adik aku menelefon ibu menyuruh mengambilnya pulang dari asrama di Rembau... Ibu mengajak aku untuk menemaninya ke sana.. Aku pun turuti saja....
Kami mengambil masa lebih kurang 45minit untuk ke Sekolah adik di Rembau...Sampai saja di sana aku terus menelefon adik supaya cepat turun ke kereta....

Dan.....kereta Gen 2 meluncur laju membelah jalan pulang semula ke rumah aku di Port Dickson. Dalam perjalanan balik, ibu memberhentikan kereta di tepi jalan kerna nampak kedai buah... Cuaca panans begini memang sedap makan buah-buahan... Lagi kalau buah itu buah tembikai ker, jambu air ker... Pergh....sedap beb....terliur tekak aku kejap...

Jam 3.45 petang, kami selamat sampai di hadapan rumah... Ibu ingin kembali ke pejabat kerna tidak mahu membazirkan cuti yang ada... Maklumlah keje ngan orang.... Kalau keje sendiri lain cite r....hehe.......Aku dan adik aku masuk ke dalam rumah.... Dan aku........setelah meletakkan barang2 yang dibeli tadi di dapur, aku ke meja pc aku untuk melayari Internet.... Ha!! petang ni la yang telah mengeluarkan idea aku untuk tulis entri tentang kehidupan aku hari ni....

Erm.....10 minit kemudian, jam 4.00 petang ayah pula pulang dari kerja...Dan...aku terus menerus melayari Internet mencari bahan2 ilmiah....hehe...(Tak ler ilmiah sangat pun....sometimes aku bace novel, cari software, and byk r...).

Untuk yang terakhir kali...sebelum aku tutup cerita hari ini aku...aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan2 ku yang sudi meluahkan mase untuk menjenguk blog aku yang tak seberapa nih.... Aku amat terharu dengan pa yang korang wat....huhu......

Sekian saje entri aku untuk kali ini.... Lain hari aku wat lain pula yerk......hehe.......

Selasa, 31 Mac 2009

Sabtu nih aKu nakgi Perlis....hehe

Sabtu ni aKu dAh nak gi Perlis...coz hari Ahad ade raptai utk konvo hari isnin....huhu... tak sabar nak jumpe kwn2...mcm lame jer tak jumpe dorang..padahal baru beberape bulan jer... tOl la oRg ckp time blaja la paling best....memg best sgt...

huhu....nAk konvo....nAk konvo....

aKu rase mesti kengkawan aKu dAh gempaq2 gile beb.... hahaha...maklum r...ade yg dAh keje... aKu?? huhu....aku lum lagi...ni ler keje aKu.... meLayari internet....updAte bLog....gi jln2 ngan family....kemas umah time parents gi keje.... ujung mgu dok lepak umah cousin..... pas tuh ntah pape ntah aKu wat lagi...aKu pun tak tau....hehe... sOmetimes aKu rase full la jgak time aKu duk kat umah nih...mcm2 aKu wat.... tapi....aKu stil 'meng'update kan diri aKu jgak....huhu....

org ckp kalu nAk berjaya kene la berusaha kan.....aKu pun wat la ape yg patut.... nAk tau aKu wat ape?? haha...biarlah rahsia.......ner leh bg tau...... ske ati aKu la nAk wat ape pun.... bAce buku ker....blaja ker...try software bAru ker.....haha.....

opppsss....tApi 1 ni r...aKu dpt bg tau....aKu ngah learn korean language tau..... Fuuuhhhhh....mule2 susah beb... tapi pas tuh ok ler sket.....

Annyonghaeseyo.............(Haiiiiiii.......)

Konvo??? konvo nih aKu nAk pakai baju tido leh....laen dr yg laen...ngeh3x.... mesti sumer tgk ke arah aKu....dan ade la sore2 sumbang yg akan cakap aKu giler...haha.... Baju??? dAh ade dah... iBu aKu beLi kan...thanks la for my beloved mom....coz sudi belikan baju tuh utk anak perempuan tunggal dlm keluarga nih....aKu sorang jer pempuan dlm adk beradik aKu... hehe...aKu der 3 orang jer...aKu no 2...

Konvo.......konvo......konvo........tak sabar menunggu nyer.....

Jom join to see me at convocation day in PTSS, Perlis......hehe.....

Isnin, 30 Mac 2009

Jalan2 kAt Melaka....

Hari Sabtu 21/03/2009 kul 2.30 ptg aKu dan family aKu beRtolak ke Melaka... Pak Uda dan Pak Tam faMily tgu di simpang 4...huhu....hAri ni kiTorang saje jer nAk jln2 ke Melaka... rest time...dAh penat seHarian bekerJa...nAk gi jauh2...lum cuti sKolah laGi...so...gi la Melaka...


Lepas tuh...biLe dAh jumpe Pak Uda ngan Pak Tam, kitorang pun gerak r...taknak lame2 lagi..nanti lambat...huhu....sblum ke town....kitorang singgah ler dulu smbyg asar kat Masjid Al-Azim....pas tuh..baru gerak lagi.....Ooopppsss....lupe plak..sblum tu berenti minum ptg jap....perut lapo r...hehe....


dan sampai ler kat town melaka....kitorang gi singgah mahkota parade jap...saje shopping... tapi....aKu tak beLi pape pun...window shopping jer...aBis satu building tuh aKu ngan sdare aKu pusing...round the world aKu window shopping...penat?? haha....of course r tapi aKu tak kisah... sebab daPat jumpe sdare ngn gi jln2...


sblum melangkah lebih jauh lagi...maghrib pun dah nak tiba....kitorang gi ler smbyg maghrib kat masjid selat...lepas tuh, kitorang gi la plak mkn mlm kAt Restoran Nasi Padang....sambil tuh dapat ler tgk AF7...hehe....


Perut pun dah kenyang....mahu baLik, awal lagi...hehe...kitorang gi eye on malaysia.....pas tuh nek boat plak....dan seterusnyer.......korang tgk je la picture nih...aKu pun malas r nak cakap byk2....



ni kan pic kAt Jonker Walk...hehe...

Ha! ni ler sPupu spapat aKu tuh...


Eye On Malaysia...


Pemandangan Melaka dAri aTas Eye On Malaysia


Ni Kautsar nGan Wafa Adlina


Ni plak aKu r...hehe...

Amrina Rosyada dan Wafa Adlina....