Rabu, 18 Mac 2009

Kenapa aKu??

Kenapa aKu??

Kenape aKu disalahertikan dlm setiap pertelingkahan itu?

Adakah kerna aKu sorang wanita?? yg tak punya apa2 kekuasaan dan kekuatan...

Dan kau lelaki...begitu pantas menuduh aKu... Ada kau siasat kebenarannya??

Arghh....aKu tidak faham dgn kerenah mu.. Apa lagi yg kau inginkan dari aKu?? Tidak cukupkah kasih sayang yg aKu beRi selama ini?? Atau kau sudah punya pengganti aKu yg jauh lebih baik dari aKu??

kau biarkan aKu dgn pelbagai tanda tanye di benak fikiranku ini...Ini yg kau katakan aKu tidak setia padamu...

Tidakkah engkau tahu betapa murninya kasihku terhadapmu...aKu begitu kagum dgn setiap perbuatan yg kau tunjukkan pada aKu...tapi....kini....kau seperti lupa....

Lupa siapa sebenarnya diri kita...kau yg ku sanjung dulu sudah berubah dan bukan lelaki seperti yg kukenal dulu...

Oh Ya! Adakah kau berubah kerna keakraban aKu dengan A..... kalau itu jawapannya...aKu ingin katakan padamu... Hanya Kau yg satu...antara aKu dan A adalah sekadar kawan...yg sudah lame kami berkenalan sejak dari kecil lagi....

Kami bersahabat baik dan terpisah setelah A terpakse ikut keluarganye menetap di negara lain... aKu hilang teman baik sepertinya...

Dan....aKu bertemu dgn mu utk mengenang kembali saat aKu bersama A...tapi kau bukan A... kau punya keistimewaan yg A tiada... aKu tertarik pada keistimewaan itu... Kau sungguh istimewa buat diri ini...

Kini....kenangan hanya tinggal kenangan...kau pula yg cuba ingin meninggalkan aKu... Apa dosa aKu?? hingga sanggup kau meninggalkan aKu tanpa sebarang pesanan...

Untuk yg terakir kalinya....dengarkanlah rintihan hati ini...


Tika suka dan duka...
Kita lalui bersama...
Kini...hanya dikau yg kukenang....
Yg telah membahagiakan diri ini...
Dalam sepi dan terbuka...
membuatkan diri ini kasih terhadapmu...
selamanya.....

Isnin, 16 Mac 2009

cOnvOcatiOn PTSS ke-3


Pada 06/April/2009 ni...


satu majlis konvokesyen akan berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis..


aKu turut terlibat disebabkan aKu dah tamat belajar ler...ape daa...hehehe..


aKu mula rase gembira kerna aKu akan jumpe rakan2 aKu yg dah terpisah beberapa bulan lalu.. Walaupun kejap jer tapi rasenyer macam lame la jugak x jumpe diorang tu...Rindu la jugak..huhu..


Baju??huhu....aKu pun tak tau r nak pakai ape...tak yah pakai ape2 la...mesti gempaq..hehe...


ermm....pape pun wat kengkawan yg mengenali aKu especially ex-classmate aKu.., aKu ucapkan tahniah ler sebab berjaya jugak abis kan study kite tu...luv u all....see u at there k...




gambar hiasan..hehe

Rabu, 11 Mac 2009

Install ScribusNG 1.3.5 dalam Intrepid Ibex

ScribusNG ialah versi scribus yang sedang dalam pembangunan dan belum mencapai versi stabilnya lagi. Namun saya tidak sabar-sabar mencuba versi kerana ia memperkenalkan banyak ciri dan fungsi baru dan lebih menarik kerana versi 1.3.5 svn ini menggunakan antaramuka Qt4 dalam KDE4.

Memasang ke dalam Ubuntu Inrepid Ibex:

1.Masukkan repo berikut;

deb http://debian.scribus.net/debian/ intrepid main non-freedeb http://debian.tagancha.org/debian/ intrepid main non-free
2.Update metadata APT.

3.Install package yang beridentiti : scribus-ng

Rujuk : http://www.scribus.net/?q=debian

Namun harus diingat, fail scribus yang dihasilkan menggunakan versi yang baru TIDAK dapat dibuka menggunakan scribus versi lama. Sebaliknya, fail yang dihasilkan oleh versi lama dapat dibuka oleh scribus versi baru tanpa masalah. Fakta ini perlu diketahui terutamanya kepada mereka-mereka yang bakal terlibat dengan kerja-kerja penghasilan emaj. ADIOS.

Liverpool, Chelsea, Villarreal, Bayern melangkah suku akhir

Sy rasa gembira bila terbaca akhbar hari ni yg mengatakan Liverpool berjaya mara ke suku akhir..

LONDON: Liverpool membenam Real Madrid 4-0 manakala Chelsea yang seri 2-2 (agregat 3-2) dengan Juventus sudah cukup melayakkan dua kelab Inggeris melangkah ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada perlawanan awal pagi tadi.

Kelab Jerman, Bayern Munich pula mencatat sejarah kejohanan apabila menewaskan kelab Pertugal, Sporting Lisbon 7-1 dengan agregat 12-1.

Kelab Sepanyol pula Villarreal pula menang 2-1 dengan Panathinaikos (agregat 3-2).

Real yang tewas 1-0 kepada Liverpool pada perlawanan pertama, nyata tidak mampu menyerap asakan pemain Liverpool di depan penyokong sendiri.

Gol pembukaan Liverpool diperoleh penyerang Sepanyol, Fernando Torres hasil bola hantaran Dirk Kuyt pada minit ke-16, disusuli sepakan penalti Steven Gerrard selepas bola terkena tangan pertahanan Real, Gabriel Heinze.

Real terus malang apabila bola lintang Babel disudahi cemerlang oleh Gerrard, dua minit sebaik babak kedua bermula, manakala pemain gantian Andrea Dossena memastikan keselesaan Liverpool untuk gol keempat.

Liverpool mempunyai kelebihan satu gol apabila menundukkan Real di tempat sendiri pada pertemuan pertama sebelum ini.

Manakala pertemuan Juventus - Chelsea di Turin pula menyaksikan kelab Inggeris itu bangkit dua kali selepas ketinggalan kepada skuad kendalian Claudio Ranieri.

Vincenzo Iaquinta memperoleh gol awal Juventus sebelum dirapati gol jaringan Michael Essien.

Derita buat Juventus apabila Giorgio Chiellini terpaksa keluar padang selepas menerima kad kuning kedua ketika permainan berbaki 20 minit lagi.

Bagaimanapun, Juventus memperoleh harapan apabila Alessandro del Piero menyumbat penalti pada minit ke-74. Namun, Didier Drogba menjadi hero Chelsea apabila mudah melorongkan bola ke jaring lawan, kira-kira tujuh minit sebelum masa perlawanan tamat.

Selasa, 3 Mac 2009

Nak memiliki website sendiri??

Ingin memiliki website sendiri??

Hari ni aKu nak bagi ler sikit cara atau langkah2 utk korang nak ade website sendiri..

Tapi dlm langkah ni aKu bg ler templates utk kOrang create website korang tu..

Firstly..korang kene la dOwnload website templates ni.. Mcm ner nak dapatkannyer?? Korang kene la masuk page ni ek:

1) http://www.hooverwebdesign.com/free_templates.html
2) http://www.hooverwebdesign.com/
3) http://www.free-css.com/

or kalau korang nak cari templates sendiri boleh la korang cari kat google atau yahoo..korang just type "free website templates.."

So..bile dah masuk URL yg aKu bagi tu..korang cari ler design yg sesuai.. pastu nanti korang download ler design korang tu..just klik kat nama templates tu jer...

Pas dah download...korang kene extract atau unzip dulu file korang tu...
Hope sume tau mcm ner nak extract file yer..Kalau tak tau korang nyer kOmp or laptop mesti ler ade winzip atau winrar utk extract file ni..
dah extract file, korang akan nampak folder image ngan file index.html...

Pastu kan..korang gune html editor utk design website korang tu.. Contohnyer korang leh gune macromedia dreamweaver, MS Frontpage, notepad atau lain-lain..kalau korang takde sume tu..korang leh cari kat google..

So...aKu gune dreamweaver...buka fail index.html tu and korang leh la design or nak edit website korang mengikut citarasa korang..

Oopppsss.....korang kalau nak letak gambar ker video ker..pastikan fail gambar korang tu ader dalam folder images...nanti tak leh nak access plak.

Sekarang ni mesti korang nak wat byk page kan?? Tak susah pun.. korang open balik index.html tu and just korang tukar jer name die...korang "save as" and rename la name die...Contohnyer "software.html"...pas tu korang edit ler mcm tadi...

wOkey...rasenyer semua dah siap kan...korang mesti nak bagi user lain tgk website korang tu kan...

Nampaknyer korang kene r gune web hosting utk host kan website korang tu...

Web Hosting ni aKu dpt dari kwn aKu...sYahril namenyer...die yg cari.. so..aku tlg promote ler blk..

Web hosting ni die dapat yg free punyer..korang pun mesti nak yg free kan...

So...korang masuk page ni http://www.000webhost.com/


Di bawah ni tutorial dari member saya tu...
by: sYahrilmaxstoto
sebab apa gunakan hosting nih?
1. free
2. web space disk - 1500MB ( 1.5GB ) **kalau yang lain punya hosting..tak sampai pun 1GB atau 500MB
3. yang lain-lain kalau nak tahu kelebihan dia..boleh masuk website dia... http://www.000webhost.com/


kalau nak hosting yang laen..boleh cari kat google... " free web hosting "


pertama sekali...mesti kena register dulu...okeh...dah register...lepas dah register...anda akan diberi control panel masing - masing...jadi...godek - godek sendiri apa yang ada dalam control panel tu...kalau tak tahu..tanya..kalau tak tahu gak..rajin - rajin kan lah masuk forum yang disediakan...kat sana boleh tanya apa yang tak paham...okeh...

okeh..bila kita nak register tadi..kita akan diberi pilihan samada hendak menggunakan domain sendiri atau subdomain yang disediakan...
apa maksud domain tuh..ala..lebih kurang kepada address bagi website kita sendiri..
tak kisahlah kalau nak guna domain sendiri atau guna subdomain yang disediakan..sebab dalam tutorial nih, kita akan gunakan free domain yang dari malaysia punya...nnti akan saya terangkan...

** bila dah register tuh..simpan mesej - mesej yang diberikan oleh 000webhost.com untuk tujuan masa hadapan...


lepas tu...bila dah setup semua...kena upload pulak fail - fail dari PC sendiri ke host yang anda create tadi(register)

camna nak upload?

masuk page nih...page nih disediakan oleh 000webhost.com
http://www.000webhost.com/faq.php
jangan malas nak baca.....cari bahagian " File Upload Questions "

okeh..bila dah upload cuba akses website anda samada dengan menggunakan domain anda sendiri atau guna subdomain yang diperkatakan tadi...

Isnin, 2 Mac 2009

Andai dapat kuundurkan masa

Oleh: Axl's
Dalam usik kumerajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa kuduga lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah ujud dalam alam cinta
Belum sempatku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang entah ke mana

Puas sudah kumencari
Kutinggalkan pesanku kirimkan
Berita agar dapatku temui
Dirimu..umpama sebutir permata
Yang sirna..

Andai dapat kuundurkan putaran dunia
Ingin ku ubah semula
kata-kata dan tingkah lakumu
Yang salah agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Kutersepit dalam jerat sendiri

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah ujud dalam alam cinta
Belum sempatku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang entah ke mana

Puas sudah kumencari
Kutinggalkan pesanku kirimkan
Berita agar dapatku temui
Dirimu..umpama sebutir permata
Yang sirna..

Andai dapat kuundurkan putaran dunia
Ingin ku ubah semula
kata-kata dan tingkah lakumu
Yang salah agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Kutersepit dalam jerat sendiri