Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Okay... Seperti yang kita tahu Internet merupakan keperluan kepada kita di zaman teknologi hujung jari ini. "Tak ada TV tak mengapa, asalkan ada Internet." Bangun pagi sahaja, perkara pertama di cari pasti berita-berita atau perkembangan terbaru tentang negara, selebriti dan apa sahaja. Jadi, dah nampak kan betapa pentingnya Internet di zaman sekarang ni. Dengan hanya satu klik sahaja kita mampu memperoleh ilmu dan lain-lain.
Lebih-lebih lagi ia penting kepada blogger seperti LeYa ni kan. Yelah kan, sebagai seorang blogger, tanpa Internet ni memang tak boleh hidup. Mana taknya! Setiap apa yang diperhatikan akan menjadi cerita di sebalik penulisan blognya dan juga media sosial lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Dan kali ini LeYa ada terbaca tentang satu berita mengenai TIME yang menawarkan kelajuan 500Mbps. WoW!!! kelajuannya dah melebihi Unifi, pembekal Internet kegemaran rakyat tempatan. Jadi, kalau korang menginginkan Internet terpantas di Malaysia, LeYa syorkan korang untuk pergi ke pusat servis TIME dan mendaftar pelan jalurlebar rumah terbaru ini. Ini kerana, bila buka sahaja laman web TIME, LeYa perhatikan pakej pelan 500Mbps pada harga RM299/sebulan. Tawaran ini memang dilihat rendah berbanding telco-Internet yang lain.
Sebelum itu, jom LeYa terangkan apa itu TIME Internet?
TIME adalah pengendali telekomunikasi talian tetap kedua terbesar di Malaysia selepas UniFi. TIME menyediakan penyelesaian masalah Data, Internet, Suara dan Perkhidmatan kepada perniagaan dan rumah korang. TIME juga menjadi pengendali pertama untuk menyampaikan sambungan 100% fibre optic secara langsung ke pejabat atau rumah korang agar korang boleh nikmati Internet tanpa gangguan. Terkini, TIME menyediakan perkhidmatan jalur lebar rumah terpantas di Malaysia dengan kelajuan sehingga 500Mbps seperti yang LeYa bagitahu tadi.
Terdapat 3 jenis pelan Home Fibre yang disediakan TIME. Pelan terendah berkelajuan 100Mbps hanya dicaj RM149 sebulan. Manakala pelan 300Mbps pula hanya RM189 sebulan. Kedua-dua pelan ini datang bersama router D-Link DIR-850L.
Selain itu, semua pelan TIME mengenakan caj panggilan 9sen/minit atau pengguna boleh melanggan pek panggilan RM10 sebulan dan menerima 2,000 minit panggilan bersama kontrak setahun. Lebih menarik lagi, ia menawarkan panggilan IDD serendah 8sen/minit ke 60 buah negara.
Ketiga-tiga pelan ini didatangkan dengan penggunaan Internet tanpa had. Malah, kelajuannnya juga sama untuk upload dan download. Kalau korang langgan pelan 500Mbps, makan download dan upload juga 500Mbps.
Masalah utama TIME adalah penyediaan dan lokasi perkhidmatan. Ia sangat terhad jika nak dibandingkan dengan TM Unifi atau Maxis Fibre Internet. Rangkaian TIME Fibre hanya boleh didapati di 250,000 buah rumah yang kebanyakannya kondomium atau apartment di sekitar Lembah Klang. Korang boleh periksa kawasan liputan di laman web TIME.
Sebarang maklumat lanjut mengenai pelan Internet TIME, boleh layari laman web, https://www.time.com.my/.
bagus2.. biar TM tu ada pesaing.. haha
BalasPadamSetuju tang zaman sekarang, Internet ni boleh diklasifikasi sebagai keprluan asas.
BalasPadamlajunya *.* biasalah kalu baru nak naik kawasan coverage dia mesti kurengg sikit kan ^^
BalasPadamInternet sekarang memang sebahagian keperluan asas..
BalasPadamLZ baru tukar ke plan unifi.. Sebelum ni tak tahu pula ada plan TIME fiber internet ni.. Menarik juga pakej yang ditawarkan..
menarik.. cuma takut jugak la kalau telco yg jenis baru nk up nih.. hehehe
BalasPadamBagus nih. TM asyik buat survey je kat tempat kak feni. Laju tak juge.
BalasPadamtime sini lom ada coverage.
BalasPadamaida tukar jugak, tapi ke unifi.
alhamdulillah... now da semakin affordable, kan.