Khamis, 15 Disember 2016

Share & Shop for Free di 28Mall.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Online Shopping semakin berleluasa kini. Tipu lah kalau LeYa cakap yang korang semua tak pernah membeli belah dengan online shopping. Makcik-Pakcik yang berumur 50 tahun pun pandai bershopping secara online, inikan pula muda-mudi yang lebih gemar menjalankan sesuatu kerja secara cepat dan mudah. Memang dah confirm secara sahih la korang akan memilih untuk bershopping secara online kan. Ia sangat mudah dan berbaloi.


Syarikat eOneNet.com pada 03 Disember 2016 yang lalu telah menjemput LeYa dan rakan-rakan blogger untuk memberitahu tentang betapa bestnya bershopping bersama www.28mall.com, platform shopping online yang menawarkan pembelian barang dengan konsep Share & Shop for Free. 

Kenapa Share & Shop for Free?

Korang hanya perlu daftar akaun dan share di media sosial. Kemudian, dah dapat point (dalam HongBao$ (HBS)). Bila dah dapat point dan mencukupi, korang boleh membeli belah secara PERCUMA dengan menggunakan point korang tu. Awesome kan? Best kan?



Apa yang menarik di www.28mall.com

Di 28mall, anda akan dapat lihat hanya terdapat barangan original dari pelbagai jenama dari Eropah, Korea, Jepun, Hong Kong dan Malaysia sahaja yang dijual secara asli dan tulen.

→ Share & Shop secara percuma dengan HongBao $ (HB$) dalam US$.

Step yang sangat mudah. Hanya perlu daftara akaun. Nak lebih senang, daftar guna akaun Facebook, tak perlu nak isi banyak benda pada borang pendaftaran. Kemudian, klik share tentang 28mall.com ni kepada rakan-rakan korang. Secara automatik, korang akan dapat kredit HBS ke dalam akaun korang dengan pantas. Best kan!

HBS ni die bagi secara rambang je. Macam LeYa masa tu dapat HBS 5 manakala suami pula dapat HBS 3. Kalau korang dah daftar nanti, jangan lupa share HBS korang taw dekat LeYa. Kalau korang nak register, ni link dia, 28mall-member-register.

 
Di 28mall.com, anda menggunakan 100% HBS untuk tebus barangan yang anda suka secara percuma. Best sangat kan. Beli barang dengan point. Point tu pulak memang tak ada tarikh luput. Kita kumpul je sebanyak mana yang kita mahu untuk mencukupkan point membeli sesuatu barang. Menarik kan?

Contohnya, kalau korang nak beli Samsung S7 Edge. Harga sebenar dia RM3,901.00. Tapi kalau korang berjaya kumpul point HBS sehingga HBS 878, korang boleh beli macam tu je! Best kan!


Jenama yang terdapat di 28mall.com

Terdapat pelbagai jenis jenama yang boleh korang dapati di 28mall.com. Antaranya termasuklah Rolex, Prada, Papa Recipe, Inga, Crocs, PediaSure, Coach, Swarovski, JayJun dan banyak lagi. Memang sangatlah berbaloi kalau korang membeli belah di sini.




Produk-produk ni semuanya kebanyakan dari luar negara. Tapi Jangan Risau! Korang boleh pilih untuk ambil sendiri barang-barang yang korang beli tu dari HQ 28mall di sebelah LRT Bangsar tanpa sebarang cas ataupun terus pos ke rumah korang dengan cas penghantaran kos. Mudah kan?





Produk-produk dari Malaysia juga boleh didapati di 28mall. Seperti yang dilihat di gambar atas, susu Pediasure untuk bayi atau kanak-kanak yang sangat popular di Malaysia boleh dibeli di 28mall dengan hanya menggunakan point HBS. Best kan! Susu Pedia sure di luar harganya jatuh RM300++. Di dalam 28mall, anda boleh beli dengan RM100++ je. Seronoknya kan dapat shopping di samping dapat berjimat juga.

Tengok tu? LeYa tak tipu kan. On the spot, LeYa dapat redeem point HBS dan mendapatkan barangan dari 28mall.com. Syoknya la kan... Nak kumpul point lagi la lepas ni. Nak redeem Smartphone Samsung S7 Edge yang kat atas tu. hehe...


Jangan lupa tau!!! Kutip sebanyak mungkin point HongBao$ (HBS) setiap hari dengan login dan share tentang 28mall.com kepada rakan-rakan kat media sosial yang korang ada. 

Website: www.28mall.com
Facebook: 28Mall.com (Asia) 
                : 28Mall Hong Kong (Hong Kong)
Hashtag: #28mall.com #hongbao #onlineshoppingmalaysia #ShareAndShopforFREE

Selasa, 6 Disember 2016

Permohonan dan Kemaskini BR1M 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Permohonan Baru untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 telah dibuka semalam, 05 Disember 2016. Anda boleh mengemaskini atau mengisi borang baru bagi yang gagal sebelum ini secara online bermula pada 05 Disember sehingga 31 Disember 2016.


Bagi pemohon baru BR1M, anda juga boleh memohon borang terus menerusi borang permohonan kaunter BR1M 2017 di semua cawangan LHDN. Anda juga boleh memuat turun borang permohonan menerusi pautan yang disediakan di laman web BR1M yang LeYa berikan di bawah ini. Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2017 adalah percuma.


Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017




Syarat-Syarat untuk Mohon BR1M 2017
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Dokumen Untuk Permohonan BR1M 2017
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
 
SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.
  2. Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
    • Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
    • Kad Pengenalan Asal Waris 
Di bawah ini pula adalah Jadual Pembayaran bagi setiap kategori pemohon BR1M 2017.
 Anda juga disarankan untuk memohon permohonan BR1M 2017 ini secara atas talian menerusi laman https://ebr1m.hasil.gov.my/.


PERINGATAN   
 
  1. MOF telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:
  2.          a. http://brim-hasil.net/
  3.          b. https://www.facebook.com/BR1M3/
  4. Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
  5. Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

What Sparkling Ribena Flavour Are You Based On Your Malaysian Hipster Choices?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ribena meraikan ANDA dengan pengeluaran perisa Ribena Sparkling yang baru. Kini boleh didapati di Malaysia. Dan anda boleh memilih dari perisa blackcurrant, oren dan epal.

Ribena Sparkling Flavour

 Nasi Lemak Cake atau Cotton Candy Coffee? Lihat Apa Rasa dan Kata Anda Tentang Ini!


 Untuk maklumat lanjut, jom layari Di Sini.

Isnin, 5 Disember 2016

Memasak bersama Chef Muluk & InvolveAsia - Lazada + Nestle Maggi + Tefal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Rezeki LeYa lagi pada petang Jumaat bersamaan 02 Disember 2016. LeYa dapat jemputan dari InvolveAsia untuk para blogger bersama masak-masak dengan Chef Muluk. Event ni bermula dari jam 2.30petang dan tamat jam 5.00petang. Memang sangat seronok dan teruja bila dapat main masak-masak dengan Chef Muluk.


Sebelum event start, jom berposing dulu dengan LeYa bersama ruang dapurnya yang sangat cantik susunannya.  Dah macam masuk pertandingan program masakan yang professional lak kan gaya LeYa tu...hehe...
 
Nicely kan aturan ruang dapurnya. LeYa suka sangat. 


Dan... ketibaan Chef Muluk pun muncul di ruang dapur. Ketika ini Chef sedang mempromosikan produk utama iaitu kuali dan periuk non-stick berjenama Tefal.


Kemudian, diikuti pula dengan kata-kata aluan dari wakil Maggi. Usai ucapan dari wakil Maggi tersebut, Chef Muluk pun terus memulakan aksinya memasak di dapur. Chef yang sangat mesra dan kelakar. Memang best tengok cara masakan beliau.

 
 
Ini adalah masakan pertama beliau iaitu Paella. Nampak mudah je bila tengok chef professional buat. Tapi, memang chef kata mudah je nak sediakannya. Gunakan apa sahaja yang ada untuk bahan-bahannya. Memadailah dengan udang dan sotong jika ada. Yang paling penting watak utamanya adalah beras. Berasnya adalah beras Jepun.

 Paella pun sudah siap untuk dihidangkan kepada semua. Memang sedap uolls.. Perfect cooked. Nasi dia pun nice je masak. Kemudian, Chef Muluk terus ke resepi kedua iaitu Salad Maggi.


 Look!!! Siapa cakap Maggi tidak berkhasiat kan. Jika kita kreatif untuk memberi khasiat dalam makanan kita, pasti boleh lakukan dengan apa cara sekalipun. Menu kedua ini sangatlah senang untuk dibuat. Yang lecehnya sedikit adalah grill chicken dan potong kecil nipis-nipis. Sebelum tu, maggi sudah pun direbus. Then, untuk sayur-sayuran, korang boleh guna apa sahaja yang korang suka. Gaulkan kesemua nya bersama flavour maggi yang ada dalam setiap paket. Then, hidangkan mengikut kreativiti anda untuk lebih menarik sebelum dimakan. Bak kata Chef, sebelum jamu perut, kena jamu mata dulu. Barulah seronok nak makan.

Selesai sahaja kedua menua dari Chef Muluk, tibalah ke acara kemuncak. Setiap blogger dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Team A - Team E yang terdiri dari 5orang ahli. Okay, LeYa dapat Team C dan bersama rakan blogger yang sangat happening dan awesome sekali. Team LeYa kali ni 1Malaysia taw. Ada Melayu, Cina & India. Best kan...

 
Let's chill with Team C.Kak Halimah, 2 dari kiri menjadi ketua kami kerana beliau lebih berpengalaman dalam bidang masakan ni.

Guys, Look!! That's our ingredients for us to cook today. And Kak Halimah cakap Team C masak menu Ikan Pari Asam Pedas + Sayur Labu Campur Tumis Air.


Jeng...Jeng...Jeng... Siap 2 menu dari kami, Team C. Sedap kan nampak. Memang sedap pun... Yummy!!



Kasi zoom sikit hidangan yang kami sediakan petang ni. Om nom nom... Lapar balik LeYa rasa bila tengah menaip entry ni.
 

Bersama Team C yang awesome: Dari Kiri; Hanim, Me (LeYa), Eddy, Leeyan & Kak Halimah. Dan tidak lupa juga pada rakan-rakan blogger yang turut sama memeriahkan event petang tu. 



Sementara menunggu keputusan dari juri, kami dihidangkan dengan makanan ringan yang sangat sedap sehingga nak tambah lagi.

 
Sambil makan makanan yang dihidangkan, kami juga diberi penerangan oleh wakil InvolveAsia mengenai bagaimana menjadikan blog kita sebagai platform bisnes. WoW! Memang best sangat. Selain dapat bersama rakan-rakan blogger dan Chef Muluk, LeYa juga dapat ilmu yang lebih bermanfaat untuk blog LeYa.


Dan... tibalah ke acara pengumuman pemenang bagi kategori kumpulan masakan yang terbaik. Kesemua ahli dalam setiap kumpulan bersorak nama kumpulan masing-masing. Meriah pada ketika itu kedengaran di corong telinga LeYa. Nasib tidak menyebelahi Team C petang itu. Team E menjadi pemenangnya.


Sebelum pulang, LeYa sempat bergambar dengan Chef Muluk. LeYa memang sangat seronok dapat join event petang tu. Kami juga diberi giveaway untuk dibawa pulang. Setiap seorang satu beg berisi produk-produk maggi, kuali Tefal dan Voucher RM30 dari Lazada. 
 

Banyak kan stok Maggi yang LeYa dapat. Actually, ni gabungan dari Giveaway Otomen juga. Lagi bertambah la stok LeYa dan Otomen. LeYa mengucapkan syukur atas rezeki yang diperolehi dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan kepada LeYa. LeYa memang dapat pengalaman yang sangat manis dan seronok bersama blogger dan lain-lain.

Jumaat, 2 Disember 2016

RESEPI IKAN BILIS KENTANG GORENG CILI PADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni LeYa nak kongsikan resipi yang LeYa masak dan cipta sendiri. Tapi, actually dah banyak pun resipi ni di media online seperti carian di Google dan lain-lain. Memandangkan hanya bahan-bahan itu yang tersedia di rumah sebab itu LeYa bergegas membuat resipi tersebut. Mana lah tahu kan ada di antara anda yang teringin dan kebetulan juga ada bahan tersebut di rumah. Menu apa yang menjadi kegemaran untuk keluarga kita. Yang itulah yang kita akan masak. Walaupun kadang-kadang diulang tayang setiap hari. 


RESIPI IKAN BILIS KENTANG GORENG CILI PADI

Bahan-Bahan:-

Kentang 2 biji
Bawang Kecil 3 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Besar 1 biji
Air Asam Jawa (sedikit)
Cili Padi 10 biji (ikut tekak masing-masing kalau nak pedas)
Gula & Garam secukup rasa

Cara-Cara Memasaknya:-

1) Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan minyaknya dan asingkan tepi.
2) Goreng kentang dan toskan minyak serta asingkan letak di tepi dahulu.
3) Tumis Bawang Kecil, Bawang Putih, Cili Padi hingga masak dan naik bau.
4) Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa tadi. Biarkan ia mendidih.
5) Gaulkan secukup rasa dengan garam dan gula.
6) Masukkan kentang dan ikan bilis tadi dan gaul rata.
7) Hidangan siap dihidang.


Ha!!! Ringkas kan resepi dari LeYa yang dikongsikan hari ini. hehehe... LeYa memang tak suka bende remeh temeh dan lambat ni. Jadinya, LeYa perlu buat sesuatu untuk mempercepatkan tindakan dan kerja LeYa and dalam masa yang sama tugas harian sebagai isteri pun selesai.


Hidangan Ikan Bilis Kentang Goreng Cili Padi sudah tersedia untuk dimakan. Kalau korang rasa nak buat cara LeYa ni, dipersilakan lah ye. Sangat dialu-alukan.

Khamis, 1 Disember 2016

Lirik Sedalam Dalam Rindu - Tajul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Anda kenal artis di atas? Mungkin masih ramai yang tidak kenal lagi siapakah beliau. Beliau adalah Tajul, adik kepada arwah Achik Spin. Lagu "Sedalam Dalam Rindu", nyanyian beliau ini khas didedikasikan untuk Abang beliau yang telah lama pergi menghadap Ilahi. Kasih dan rindu seorang adik terhadap abangnya. 

<< Dengar Lagu 'Sedalam Dalam Rindu' - Tajul >>

 

Lirik Lagu Sedalam Dalam Rindu – Tajul

 

Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku


Biar pun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam-dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu


Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku


Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap di hati


Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku


Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu


Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap di hati