Isnin, 23 Jun 2014

Kelebihan Sabun Marine Essence

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sabun Marine Essence
Sabun Marine Essence


Kali ni LeYa ingin ceritakan serba sedikit kelebihan Sabun Marine Essence atau lebih dikenali "sabun ketiak". Sudah ramai yang menggunakannya dan telah mendapat kesan yang positif. Sabun marine essence sangat2 lah laku dan sering kali kehabisan stok. Kena tunggu 2 bulan untuk dapatkan semula stok baru kerana sabun marine essence ini adalah handmade dan mempunyai kualiti yang sangat baik. 

Antara kelebihan sabun marine essence adalah:
  1. - Mencerahkan bahagian ketiak dan celah-celah badan yang gelap
  2. - Menghilangkan daki
  3. - Menghilangkan kesan gelap pada siku, lutut dan buku lali
  4. - Menyihatkan kulit badan sekaligus menghilangkan gatal-gatal pada         badan akibat eczema
  5. - Menghilangkan pigmentasi pada kulit muka dan badan
  6. - Membantu mengurangkan masalah jerawat pada belakang badan
  7. - Melembutkan dan menggebukan kulit
  8. - Menghilangkan kesan parut
  9. - Mengembalikan kesegaran setiap kali selesai menggunakanya


Koleksi Marine Essence

Seriously, LeYa nak cakap kan yang sabun ni high demand, terlalu banyak permintaan. LeYa jual sabun marine essence dengan harga murah-murah je. Kalau nak dapatkan sabun marine essence murah, cepat-cepat lah contact LeYa. Sangat lah murah sabun ni. Dan boleh pula digunakan untuk seisi keluarga termasuklah baby.

Sabun ni ada dua jenis iaitu ketul (bar) atau jenis cecair (liquid). Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Paling menarik tentang sabun ini adalah bukan sahaja mendapat kelebihan macam yang LeYa dah terangkan tadi, tapi bau dan ramuan dia sangat-sangat ekslusif. Wangggiiiiii gillleeee weeeeiiiii... rasa macam dekat spa je setiap kali guna sabun ni. Boleh pula guna pada muka dan badan, sabun ni boleh buat 2 in 1.


JENIS KETUL (BAR)

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR
RM105 SEKOTAK (3 KETUL)
 (Promosi Free Postage untuk 3 kotak!)



JENIS CECAIR (LIQUID)
BODY WASH & SYAMPOO 
RM33 each (tidak termasuk postage)


TESTIMONI SABUN MARINE ESSENCE


 Ingin dapatkan sabun marine essense secara pukal atau borong dengan harga yang murah? Ingin generate income dengan menjual sabun marine essense ?


Contact LeYa. LeYa akan explainkan caranya :)


|

|
V

AGENT DIPERLUKAN
WHATSAPP / MSG / CALL  AMY :017-6321680
atau email anagurlz87@gmail.com

Rabu, 18 Jun 2014

Baiti Jannati: LeYa & ZoL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru dapat tengok semula blog kesayangan setelah beberapa bulan yang lalu sibuk dengan majlis perkahwinan LeYa sendiri. Kini, alhamdulillah LeYa telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan LeYa, Mr. F atal lebih dikenali dengan ZoL.

Satu permulaan baru dalam hidup LeYa kini kerana telah bergelar isteri. Bukan mudah untuk menjadi seorang isteri solehah dan tidak susah apabila kita sudah dan hampir capai ke situ. Menjadi isteri solehah adalah satu kebanggaan buat para suami. Menjaga hati suami, menjaga hati ibu dan ayah mertua sudah semestinya LeYa kini lebih matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan setelah hampir 3 minggu bergelar isteri. Merah inai masih terpapar di jari tangan dan kaki. Berbekalkan doa ibu dan ayah LeYa serta tunjuk ajar diselitkan nasihat, LeYa dapat membawa sedikit pedoman apabila berada di rumah mertua. 

Majlis Pernikahan yang menghalalkan LeYa adalah isteri kepada Incik Suami berlangsung pada malam Sabtu, 30 Mei 2014 selepas solat Isyak. Dengan sekali lafaz, LeYa telah pun menjadi suri hati hidupnya. Majlis keesokannya, 31 Mei 2014 berjalan lancar dan meriah.

Selang satu minggu, 07 Jun 2014, Majlis Bertandang di sebelah pihak lelaki pula diadakan di Melaka. Sekali lagi kami bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. 

Alhamdulillah, kini semuanya telah selesai dan LeYa serta suami mengucapkan ribuan terima kasih pada seluruh ahli keluarga yang telah banyak membantu menjayakan majlis yang penuh barakah ini. 

Outdoor di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Isnin, 19 Mei 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK
BANNER UNTUK JOIN

Salam
1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk
beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan.
Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat
pemenang bertuah!

HADIAH:
USB
Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery
Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge
magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT:
29 MEI 2014
– Jam 11.59 malam

Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tanggal 16 Mei adalah hari bersejarah yang diraikan pada setiap tahun kepada guru-guru di Malaysia. Tidak ketinggalan juga kepada LeYa. LeYa ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada guru-guru, pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjadi insan yang berjaya. Sesungguhnya seorang guru tidak pernah kenal erti penat lelah untuk membentuk setiap pelajar yang diajarnya. Kegembiraan yang akan terpancar di wajah seorang guru terserlah apabila pelajar mereka berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Jutaan terima kasih kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang mengjar LeYa di:
  1. Tadika Kemas Taman Dato Hj Abdul Samad, Port Dickson
  2. Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, Port Dickson
  4. PLKN Kem Seri Perkasa, Mantin (Kump 2 Siri 2 Tahun 2005)
  5. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  6. Universiti Teknikal Malaysia, Melaka
Dan sejuta penghargaan buat ayahanda tercinta yang juga seorang guru dan mengajar LeYa di waktu ketika dahulu. 

Hari demi hari, banyak kerjaya yang LeYa lakukan. Tibalah masanya LeYa pula telah bergelar seorang guru di sekolah lama tempat LeYa menimba ilmu iaitu di SMK Bukit Saujana, Port Dickson. Pengalaman pertama mengajar amat payah sekali. Ia kerana LeYa perlu menyesuaikan diri dengan pelajar. Lama kelamaan LeYa dapat berkomunikasi dengan baik antara pelajar yang LeYa didik. Tak sangka kan. Bidang yang LeYa tidak ceburi langsung, tapi kini sedang melaluinya.

Dan pada hari ini, Hari Jumaat bersamaan 16 Mei 2014, kami guru-guru di SMKBS disambut meriah dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar dan sesetengah guru sendiri. Aktiviti bergambar bersama rakan seperjuangan tetap juga diambil sebagai kenangan apabila LeYa keluar nanti.


Selamat Hari Guru 2014
Guru-guru SMKBS

Selamat Hari Guru 2014
Bergambar sakan

Selamat Hari Guru 2014
Geng 3NKISS (Nor Faizura, Nur Amalina, Noor Diana, Kamsiah, Illya[LeYa], Siti Zunaidah & Siti Anizah) - Rakan seperjuangan LeYa yang sering bersama 

Selamat Hari Guru 2014
Barisan guru-guru lelaki juga turut serta men'selfie'kan diri...hehe..

Selamat Hari Guru 2014
Yeah...cikgu paling rajin

Selamat Hari Guru 2014
Guru-guru diraikan di majlis sambutan hari guru di dewan sekolah

Begitulah bagaimana kisah LeYa menjadi seorang guru yang kini sudah hampir masuk ke dua bulan dalam bidang pendidikan. Terasa diri dihargai pelajar walaupun kita masih mentah dalam dunia perguruan ini. Kepada anak didik LeYa, LeYa doakan kalian berjaya dan menjadi anak soleh dan solehah buat ibu dan ayah. 

Rabu, 14 Mei 2014

Ranking Alexa di LeYa's Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila dah mula rajin menulis di entri blog baru tahu akan kepentingan Alexa dalam blog.. hehehe...

Kalau di sekolah kita dipantau oleh guru dan peperiksaan untuk naik kelas yang lebih baik. Di pejabat pula, kita akan dipantau oleh majikan untuk berpeluang kenaikan pangkat dan gaji.

Jadi, dalam blog juga kita akan dipantau oleh Alexa. Semakin kedudukan blog kita baik dalam Alexa, semakin tinggi lah peluang kita untuk menjana pendapatan blog. LeYa tak percaya kalau ada di antara blogger2 yang tak mahu nak menjana pendapatan blog kan. Semua inginkannya.

Jika dahulu hobi sekadar suka-suka dalam menulis, kini boleh bertukar dalam bentuk pendapatan. Satu kerugian besar lah jika ada kemahiran menulis tetapi tidak dipraktikan. Kita mampu menjana pendapatan dengan kemahiran yang kita ada iaitu dengan menulis melalui penulisan blog kita pada tiap2 entri. Kalau dahulu hobi blog untuk suka-suka, kini harus dibuang dan diganti kepada menulis untuk menjana pendapatan. 

Di sini, LeYa ada kongsikan kedudukan LeYa's Blog dalam ranking Alexa. Anda juga boleh menyemak blog anda di Alexa.com. 
ranking alexa
Kedudukan pada hari Ahad 11/05/2014

ranking alexa
Kedudukan pada hari Isnin 12/05/2014

ranking alexa
Kedudukan pada hari Rabu 14/05/2014

Alhamdulillah, hanya selang beberapa hari sahaja blog LeYa mengalami perubahan yang baik sekali dalam persada dunia blog. Ini juga telah diberi tunjuk ajar dari HasrulHassan dan blogger2 mahir lain cara penulisan yang betul. Pada anda yang baru dalam penulisan blog, jangan malu untuk bertanya dan berkongsi jika mempunyai sebarang kesulitan mencari ranking blog. 

Isnin, 12 Mei 2014

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Jam menunjukkan jam 5.42P.M. Terasa pantas masa berlalu kan. Masa terluang ini ingin LeYa ceritakan sedikit mengenai blog. Korang mesti dah tau kan berapa banyak blog2 di luar sana yang kita sendiri tak mampu nak melawat satu persatu setiap blog mereka itu. Ada yang masih baru belajar dan ada yang sudah lama dalam dunia blogging ni. Pada LeYa kan, tak salah pun nak berblogging ni kerana LeYa tahu itu mungkin adalah minat kamu semua.

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?
Gambar sekadar hiasan diambil dari Mr Google
Namun, ada juga sesetengah blogger memulakan aktiviti blogging ini kerana terikut trend, nak dapat duit mudah, tak perlu pergi kerja di pejabat, bersesak di jalan raya. Kemudian, kecundang apabila blog mereka tidak mempunyai pendapatan. Padahal baru sahaja berjinak dengan blogging. Kerana niat asal nak ada blog sebab nak jadi mudah, kaya dan senang dalam semua perkara. Nak ada duit tanpa perlu bekerja keras di mata dia walhal tidak sebenarnya.

Percaya atau tidak dalam apa jua bidang sekalipun, minat yang akan menjadikan korang berjaya? Bakat yang ada dalam diri korang tu tolak tepi dulu sebab bagi LeYa, bakat boleh diasah kalau korang rajin cuma kalau dah memang dianugerahkan bakat sejak azali, lagi mudah untuk korang berjaya dari orang lain. Jadi bersyukurlah dan percayalah pada instinct. Kalau ade bakat tapi tak ade minat pun, tak guna jugak kan?

Ada orang buat blog, bila tahu kebanyakan Full Time Blogger hari-hari duit masuk hanya dengan duduk di rumah sahaja. Ada orang buat blog sebab gilakan poplariti. Ada orang buat blog, sebab malas nak pergi kerja dengan harapan blog dapat tanggung hidup dia. Ada orang buat blog sebab saja suka-suka dan ada yang buat blog semata-mata kerana terikut-ikut trend semasa.

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Orang ada blog, aku pun nak ada blog. Tak gitu kan? hehehe.... Then, orang buat duit dengan blog, korang 10sen pun tak dapat. Korang cakap "alaa... aku buat blog saje je suka-suka, bukan nak duit pun". Tapi bila tengok bersepah juga iklan kat blog tu (buat hiasan ker iklan kat blog tu...)hehe...

Kesilapan ramai blogger yang wujud hari ini adalah kerana menulis blog semata-mata nak kaya. Kerana nak dapat income. Hari ni buat blog kalau boleh esok nak ada income dah. Bila esok tetap takde income, terus putus asa. LeYa dulu mengambil masa yang lama untuk mencari satu networking memperkenalkan LeYa's Blog di persada blogger2 luar sana. Takde pulak pada mulanya niat nak dapat duit banyak dalam masa singkat.

Bila target korang ada blog semata-mata nak ada income, reader bukan tak boleh baca niat korang melalui penulisan atau isi kandungan yang disampaikan. Tulis sesuatu kerana lahir dari hati. Kita happy, orang lain yang baca pun happy sama In syaa Allah. (Nasihat untuk diri sendiri juga).

Kesimpulannya, kalau korang tengok orang lain berjaya tak kiralah dalam bidang apa sekalipun, jangan tanyalah bagaimana dia berjaya bangun dari kegagalan masa lampau. Untuk blog, jika hari ini persepsi korang buat blog semata-mata nak poket tebal, baik ubah persepsi tu sebab ianya nampak mudah tetapi tidak sama sekali.

So, korang ade blog kan? Kerana minat atau nak buat duit? Bagi LeYa, semestinya kedua-duanya sekali tapi lebih sedikit kepada minat kerana minat yang akan mempengaruhi  setiap apa yang LeYa impikan dan jalani hari sehariannya dan mungkin juga selamanya.