Isnin, 1 September 2014

Kesihatan & Kecantikan Perlulah Dijaga

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

Sekali lagi LeYa telah berjaya menempatkan diri dalam dunia perniagaan dengan lebih mendalam lagi. Penubuhan LeYa Health&Beauty Shop yang sedang bergiat aktif dalam menjual produk kesihatan & kecantikan untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya. 

 LeYa Health&Beauty Shop

Kesihatan & Kecantikan sering diidamkan oleh setiap wanita. Lebih2 lagi wanita yang sudah berumahtangga yang ingin kelihatan anggun di mata suami. Pelbagai cara/kaedah akan dilakukan untuk menarik hati sang suami, selain dari menu masakan setiap hari.  LeYa Health&Beauty Shop banyak mengupas segala kaedah untuk kita para wanita kelihatan cantik, sihat dan berseri. Tidak kira bersama suami, malah rakan2 sepejabat juga akan menyenangi kita apabila kita semakin aktif dalam melakukan tugasan harian pejabat. 

Bukan mudah untuk LeYa mengupas isu kesihatan & kecantikan ini kerana LeYa bukanlah seorang doktor malah pakar perubatan tetapi dengan sedikit ilmu yang LeYa pelajari dari pembacaan, dapatlah LeYa titipkan sedikit coretan hari ini untuk bacaan umum.. 

Untuk penjagaan diri yang sempurna dan masa akan datang, jom ramai2 melawat dan like page LeYa Health&Beauty Shop di sini.

Sabtu, 30 Ogos 2014

#ProjekMemikatHatiSuami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cuti Sabtu dan Ahad ni kebanyakan akan beristirehat saja di rumah. Kesibukan dan keletihan kerja membuatkan ramai malas hendak keluar.. Lagi2 di waktu matahari terbit. Bahangnya amat terasa pedih sekali.. Kali ni LeYa telah menjalankan satu projek memikat suami LeYa... hehehe...

Aktiviti #ProjekMemikatHatiSuami dengan memasak

                                                   Pasta Siput Goreng                                              

                   Smoothie Perisa Grape               

                                       Banana Split Perisa Vanilla                                         

Tiga resipi LeYa hidangkan untuk suami tersayang... Nyummm3x... JOM MAKAN!!!



Apa itu Garam Buluh???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Anda pernah dengar tentang Garam Buluh? Tahu maksud sebenarnya. Dan tahu apa kelebihan menggunakannya. Di sini, LeYa akan menerangkan serba sedikit mengenai Garam Buluh bagi sesiapa yang masih belum mengetahuinya.

Garam buluh adalah garam laut yang dikeringkan secara semula jadi oleh matahari dan dibakar di dalam buluh secara berulang-ulang sebanyak sembilan kali. 

Kaedah ini menyebabkan garam ini lebur bak lava dan membolehkan ia menyerap mineral yang terkandung di dalam buluh. Kaedah pembakaran ini berjaya membuatkan garam biasa bertukar sifat asid kepada sifat alkali. Malah, yang paling penting garam buluh mengandungi lebih 76 mineral penting yang diperlukan oleh sistem imunisasi badan. 

Buluh yang terdapat di Korea dan Jepun mempunyai kadar mineral yang tinggi. Malah, ia turut mempunyai daya ketahanan yang sangat baik terutama menghadapi musim salji dan cuaca panas yang begitu ekstrim. 

Bagaimana ia melawan penyakit?                                                    

Garam biasa mempunyai sifat asid pada kadar 5pH manakala garam buluh mempunyai ukuran pH antara 9-11. Ini membuktikan bahawa garam buluh bersifat alkali. Apabila diambil secara harian, sifat alkali akan meneutralkan kandungan asid di dalam badan yang menyebabkan punca kepada pelbagai jenis penyakit. 

Selain itu, garam buluh juga membantu badan menyerap zat-zat dan vitamin dari makanan yang diproses di dalam badan. 

Apabila kandungan toksin dan asid dapat distabilkan, badan akan mula melalui proses pemulihan secara lebih cepat dan efisien. Ini sekali gus membuatkan badan lebih sihat dan bertenaga. 

Memperkenalkan Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) untuk menggantikan penggunaan garam putih biasa. Hai-O Garam Buluh mempunyai 4 keistimewaan utama berbanding garam putih biasa iaitu:
  1. Kaya dengan unsur surih dan bahan-bahan mineral
    • Gabungan sempurna bahan mineral yang lengkap dan semulajadi dapat dibekalkan ke seluruh badan dengan lebih berkesan.
  2. Beralkali tinggi
    • Dapat mengekal dan memulihkan pH badan yang seimbang.
  3. Anti-pengoksidaan
    • Meningkatkan kandungan oksigen dalam badan, mencegah serangan radikal bebas dalam badan, membaiki sel-sel badan yang rosak dan memulih fungsi organ dalaman.
  4. Detoksifikasi 
    • Mempunyai fungsi detoksifikasi yang semulajadi dan dapat menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan dengan berkesan.

KEGUNAAN & KEBAIKAN GARAM BULUH                           

  • Membuang toksin dalam badan
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mengurangkan penyakit ekzema dan alahan
  • Membantu mengatasi masalah sembelit
  • Sebagai skrub wajah untuk membuang sel-sel mati dan menyerikan wajah
  • Sebagai antiseptik untuk mencuci luka dan kudis
  • Membersih serta melembutkan kulit kaki bila direndam
  • dan banyak lagi...

Garam Buluh Premier Cooking Salt 
RM53.00

Garam Buluh Premier Drink 
RM128.00 (40 peket)

Jumaat, 29 Ogos 2014

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah sekian lama LeYa tidak mengikuti perkembangan segmen yang banyak diadakan oleh rakan2 blogger. Tapi kali ini, bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke-57, LeYa terpanggil untuk turut serta dalam aktiviti segmen yang dianjurkan oleh HasrulHassan. Lama juga LeYa mengikuti segala kisah yang ditulis oleh abg HH ni. Dan LeYa berminat dengan cara penulisannya. 

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Peranan LeYa sebagai blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Apa ye yang LeYa boleh buat dengan blog ni untuk tunjukkan kecintaan dan semangat patriotik LeYa terhadap negara Malaysia yang bertuah ini.

Seperti yang kita tahu, blogging merupakan satu aktiviti sosial di laman web untuk membolehkan pengguna berkongsi apa sahaja maklumat seperti pengalaman diri, keluarga serta rakan-rakan, tips dan promosi produk dan pengiklanan. Melalui blog juga, ramai yang sudah berjaya menjana pendapatan sampingan, malah pendapatan bulanan yang berlipat kali ganda. 

Pengertian Sebuah Kemerdekaan

Kemerdekaan yang membawa erti kebebasan kepada negara yang telah lama dijajah oleh bangsa luar. Kemerdekaan Malaysia yang sudah mencapai 57 tahun kini menjadi kebanggaan rakyat kerana kita dapat hidup dalam keadaan aman dan makmur. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita yang juga dilahirkan selepas merdeka haruslah menyemai semangat cintakan tanah air agar negara lebih maju dan berdaya saing antara negara-negara lain. Melalui program-program yang banyak dianjurkan, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya mencintai negara mereka. 

Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk LeYa menghasilkan satu entri yang terbaik untuk menghasilkan perasaan bangga LeYa pada negara Malaysia. Cukup hanya cerita di atas untuk LeYa kongsikan perasaan LeYa dan semangat patriotik LeYa terhadap negara yang dicintai. Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta..

Jom sama-sama meriahkan lagi segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Merdeka!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Hari Kemerdekaan yang ke-57. Kelihatan sana-sini sudah mengibarkan jalur gemilang tanda sokongan padu sebagai seorang rakyat Malaysia. Perasaan cinta kepada tanah air haruslah dipupuk sejak dari kecil lagi. Tidak semua masyarakat dunia memiliki kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara seperti di negara kita. Kita seharusnya rasa berbangga menjadi anak jati yang lahir dan dibesarkan di sini. Sejak dari kecil, diasuh dan dididik oleh ibu bapa tanpa ada gangguan yang membuatkan kita tidak boleh membesar dengan sempurna. Kemudian, kita bebas untuk ke mana sahaja tanpa ada perasaan takut dalam diri seperti yang berlaku di Negara-negara yang sedang berkemelut dengan peperangan. Di sinilah kita dibesarkan. Kenapa tidak kita menjaga keamanan ini untuk kepentingan bersama? Bersatu padu, tolong-menolong adalah amalan murni yang sering kita pupuk sedari kecil.

Wah! Seperti bersemangat LeYa pada entri kali ini kan. Hehehe… Kadang-kadang perlu juga untuk meluahkan perasaan kita dalam menulis entri agar pembaca turut merasai apa yang penulis cuba sampaikan. Menimbulkan sesuatu perasaan dalam menulis entri membolehkan pembaca di luar tahu yang kita sedang bercerita mengenai sesuatu topik dengan bersungguh-sungguh. 

Rabu, 27 Ogos 2014

#WordlessWednesday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fotografi Jalanan

Erti Sebuah Kehidupan sebenar dapat dirakam melalui lensa kamera.





Fotografi Jalanan di Alor Setar