Rabu, 11 Ogos 2021

Lagu Legenda 2021 Nyanyian monoloQue dan Kimal - belangsukawa tertinggi buat legenda

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Legenda, seperti tajuknya, merupakan sebuah lagu malar segar nyanyian Dato' Sheila Majid yang dicipta oleh Fauzi Marzuki, Jenny Chin dan Habsah Hassan. Lagu ini pada asalnya merupakan lagu penghargaan kepada lagenda permata seni yang tiada galang gantinya, Tan Sri P.Ramlee.

Bagi meneruskan lagi legasi Legenda di abad ke 21 kini, lagu keramat ini telah dipilih untuk dipercambahkan dengan irama Gamelan Melayu di dalam sebuah album Gamelan Melayu berkembar yang bertajuk Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayyu di Abad ke 21). Paduan bunyian kumpulan monoloQue bersama Orkes Gamelan Pahang DiRaja diadun bersama vokal Kimal daripada kumpulan Margasatwa, lagu tersebut secara tidak langsung telah mencipta warna dan keunikannya yang tersendiri. Sungguhpun Legenda telah digubah 180 darjah oleh LoQue dengan unsur muzik baharu, namun saripati jiwa lagu tersebut, yakni irama asal, masih dikekalkan.

“Bukan tujuan kami untuk bersaing dengan versi asal Legenda daripada Dato’ Sheila Majid. Lagu Legenda versi asal semestinya tiada tandingannya. Saya cuma menyuntik unsur-unsur terkini dan mengubah mengikut citarasa kami seolah-olah lagu ini adalah lagu kami sendiri. Diharap versi kami ini akan menjadi petunjuk arah kepada versi asal Dato’ Sheila Majid di samping menjadi rujukan masa hadapan terhadap evolusi bunyian Gamelan Melayu,” kata LoQue. Menurut LoQue, lagu ini adalah belasungkawa tahap tertinggi kepada para legenda, baik yang dikenang dan yang tidak didendang sepanjang zaman. 

Memberikan alunan baru kepada Legenda untuk dimuatkan di dalam album berkembar Gamelan Melayu adalah buah fikiran Dato’ Farid Abdul Jalal, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang yang juga Penerbit Eksekutif album berkembar, Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21). Selain kerana meminati lagu ini, Dato’ Farid memilih Legenda untuk menjadi sebahagian daripada projek ini kerana lagu ini mempunyai maksud yang jelas dan luas. Jika versi asal Legenda merupakan penghargaan buat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, beliau berpendapat bahawa Legenda versi baharu ini boleh diperluaskan lagi sebagai penghargaan kepada mereka yang telah berkorban kepada negara dan memberi sumbangan kepada masyarakat setempat, termasuklah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang memainkan peranan besar dalam evolusi tumbesaran Gamelan Melayu.

Bagi LoQue, diberi peluang untuk memperbaharui lagu Legenda adalah satu penghormatan. Sewaktu menghasilkan lagu ini, LoQue telah menterjemah penghargaan terhadap para perwira, baik kecil, baik besar, baik yang dikenali, baik yang dilupakan dalam bentuk irama. 

Hari ini, dalam keadaan dunia yang dilanda pandemik, ramai wira tidak didendang yang harus dihargai. Bermula daripada para petugas barisan hadapan seperti jururawat, doktor, polis, askar dan tidak lupa juga para penghantar makanan, posmen, pekerja pembersihan, dan pekerja restoran. Semuanya adalah perwira yang berjasa besar kepada rakyat dan negara. “Di kala ‘perang halimunan’ ini, semuanya adalah legenda,” kata LoQue

“Lagu ini juga khas buat atuk saya” kata LoQue. Maaruf bin Mahmud, atuk kepada LoQue, adalah seorang penulis buku kanak-kanak dan panelis Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980an. Antara jasa besar beliau adalah menjadi salah satu individu menghantar petisyen kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman bagi menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di negara ini. 

‘Legenda’ yang dimuatkan dalam album berkembar terbaru monoloQue mempunyai 2 versi, yakni versi Piring Hitam(Vinyl) dan versi Cakera Padat(Deluxe). Legenda versi piring hitam yang dihasilkan pada tahun 2018 merupakan persembahan monoloQue yang dinyanyikan secara solo oleh LoQue. Manakala Legenda versi cakera padat(deluxe) merupakan kerjasama kreatif LoQue dan Kimal Margasatwa. Versi cakera padat(deluxe) telah siap dihasilkan pada tahun 2020. 

Menurut Bakri “Halia” Ismail, dia rasa agak ragu apabila LoQue membentangkan hasrat untuk menggubah semula lagu Legenda. Antara sebab utama adalah versi asal lagu ini mempunyai irama yang lembut dan tidak mempunyai alunan dram. LoQue kemudiannya menghantar lagu contoh atau ‘demo’ kepada Bakri sebagai rujukan. Waktu itu, dia masih tidak nampak corak yang cuba dibentuk oleh LoQue untuk lagu tersebut. Sehinggalah LoQue memasukkan alunan vokal, barulah roh lagu tersebut sampai kepada Bakri dan dia dapat menyusun rentak paluan dram yang tersendiri.

Pemain gitar utama monoloQue, Ijoo “Gagak Hitam” turut mengalami pengalaman yang serupa. Dia merasakan gubahan Legenda versi baharu terlalu abstrak dan rumit, dimana dia tidak tahu alunan gitar sebagaimana yang sesuai. Maka dengan itu, dia telah membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam pembikinan lagu ini. 

Pemain keyboard monoloQue, Apex, berpendapat bahawa menggubah semula lagu Legenda merupakan sebuah cabaran kerana lagu ini “dinyanyikan oleh seorang lagenda hidup, dicipta juga oleh seorang lagenda, dan dimainkan juga oleh para lagenda”. Oleh itu, untuk mencipta semula aura gah seorang lagenda merupakan sesuatu yang luar jangka.

Menurut Kimal pula, cabaran sewaktu mencipta Legenda versi baharu adalah “untuk menarik minat masyarakat, yang telah sebati dengan lagu Legenda versi Sheila Majid, untuk mendengar versi MonoloQue pula.” Sebuah lagu malar segar yang berada di aras tinggi dalam industri bukanlah mudah untuk diperbaharui. Untuk membuat para pendengar menerima, apatah lagi.

Namun begitu, cabaran ini tidak menghalang Kimal untuk memberikan lenggok vokal yang mempesona dan eksotis. Di dalam versi piring hitam, LoQue telah menggunakan irama melodi vokal asal. Namun begitu, untuk versi bersama Kimal, Kimal telah menyuntik lebih kepekatan lenggok keMelayuan lalu menjadikan lagu ini berbeza dari versi sebelumnya. Kedengaran asing tetapi dekat di hati. 

Legenda telah dirakam di Tunes Studios and Kilang Menjahit Bunyi di bawah pengelolaan LoQue and jurutera bunyi Hafiz Ahmad dan Aiyad Sakti. Rakaman vokal, penambahbaikkan Kimal, dan adunan terakhir telah dilakukan di Makmal Kampung Batu. 

Dengarkan Legenda di laman digital Spotify, Apple Music, Deezer, dan Tidal.

Legenda juga boleh didengarkan di dalam album Lagu Perang(Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21) versi piring hitam dan cakera padat(deluxe).

Ikuti @monoloquerasmi di Instagram, Twitter, dan Facebook untuk melihat perkembangan dan kisah terkini. 

Jumaat, 30 Julai 2021

Lorong Seni Seremban Punyai Daya Tarikan Mempesonakan!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Destinasi di Negeri Sembilan sebenarnya indah dan sebahagiannya sudah pun ada dijadikan sebagai latar lokasi penggambaran filem-filem tempatan dan antarabangsa. Tapi kali ni LeYa saja lah nak kongsi dengan korang semua tempat menarik yang ada di Bandar Seremban. Dan, cerita ni dah pun lama berlalu sebelum PKP dan lockdown. Jadi, jom ikutinya di bawah...

Okay... Tempatnya memang agak struggle dan tricky jugak la nak jumpa. Sebab kawasannya berada di belakang-belakang kedai. Senang cakap dekat lorong-lorong kedai la. Sebab tu dah dipopularkan namanya sebagai Lorong Seni atau dikenali Street Art Seremban.

Kat sini kalau korang dah sampai memang banyak korang akan nampak hasil-hasil seni yang sangat cantik. Of course kaki gambar macam LeYa akan penuhkan memori dengan banyak untuk abadikan kenangan bergambar di tempat cantik macam ni. Aha! Tak gitu. 

 

Hasil seninya memang cukup cantik dan bagi LeYa combination warna yang digunakan juga sedap mata memandang. Actually, kalau korang rajin dan tak penat, sepanjang lorong di setiap belakang kedai tu memang sangatlah banyak untuk korang teroka. Setiap dari lukisan tersebut sebenarnya ada je terselit sejarah Negeri Sembilan seperti lombong bijih timah dan juga budaya setempat. Memang sangat-sangat awesome!


Tapi masalahnya, untuk parkir kereta lah ada sedikit sukar. Sebab kawasan tu agak sempit dan tempat parkir kereta terhad. Jadi korang mungkin kena cari tempat letak kereta yang jauh dan berbayar. Walau bagaimanapun, bila korang dah sampai kat Lorong Seni tu, korang memang akan terpukau dengan kecantikan lukisan-lukisan tu. Memang tak puas lah bergambar dari satu hasil seni ke hasil yang lain. 

So... Kalau korang berpeluang datang ke Seremban, bolehlah cuba-cuba untuk singgah ke Lorong Seni Seremban dan nikmatilah pemandangan hasil seni dengan sebaiknya. Ambil lah seberapa banyak kepingan gambar yang korang suka sebagai kenangan.

 

Jadi, sudahkah korang bersedia untuk menerokai tempat-tempat menarik dan luar biasa di Negeri Sembilan? Tunggu sedikit sahaja lagi, waktunya pasti akan tiba dan tidak lama lagi korang bolehlah mengemas barang dan pergi sendiri melancong ke tempat-tempat yang ada. 

Di mana sahaja korang berada, adalah lebih baik untuk mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara seperti menggunakan pembersih tangan, memakai topeng muka dan juga mempraktikkan penjarakkan sosial. Jangan lupa juga untuk sentiasa imbas kod di aplikasi MySejahtera untuk tujuan langkah keselamatan kendiri.

Khamis, 22 Julai 2021

Yong Tau Foo Sedap Dari Seremban Bukan Biasa-Biasa!!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kalau korang mengikuti LeYa di laman sosial, pasti korang tahu yang LeYa ada post berkenaan Yong Tau Foo sedap dari Seremban ni. Nak dijadikan cerita, Yong Tau Foo ni adalah satu favourite makanan LeYa. Hampir setiap hari di waktu pasar malam dibuka dahulu, LeYa akan beli Yong Tau Foo. Rasa tak best kalau pergi pasar malam tapi tak beli Yong Tau Foo. Macam tak lengkap je rasa. Hahaha... Nak dijadikan cerita lagi, memandangkan sekarang ni musim pandemik dan PKP, jadinya memang jaranglah LeYa nak keluar melainkan ada urusan penting sahaja. So, LeYa akan memilih untuk membeli online je dan penghantaran terus ke rumah and nikmatinya dengan tenang dan damai.

Yong Tau Foo merupakan makanan yang sangat disukai ramai. Dari golongan kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa, sudah pasti semua akan sukakannya. Yong Tau Foo ni sebenarnya adalah hidangan Hakka Chinese yang mana menu utamanya terdiri dari tauhu dan beberapa daging atau ikan. 

Baru-baru ni LeYa diperkenalkan oleh sahabat LeYa dengan Yong Tau Foo terbaik dan sedap dari Seremban ni. Ia merupakan salah satu produk viral yang pemilik jual dan sangat menarik sebab harganya yang murah dan portion nya yang begitu banyak. Jadi, LeYa memang recommend sangat kalau korang nak rasa dan nikmatinya.

Untuk LeYa, LeYa lebih suka nikmatinya panas-panas sebab tekstur rasa nya masih segar dan sedap. Bila dah dapat makan sedap, barulah rasa lebih bertenaga untuk melakukan rutin harian. Auch... Tak gitu! Sel-sel otak pun tak berapa nak berfungsi kalau perut dalam keadaan lapar. Jadinya, LeYa akan pastikan perut LeYa kenyang dan barulah bermula untuk berfikir menyelesaikan segala tugasan harian yang ada.


Jom dapatkan Yong Tau Foo terbaik ni dan rasai keenakannya hanya di rumah korang. Sebarang pembelian atau tempahan, boleh hubungi di talian WhatsApp +6012 - 9417511.

Facebook
https://www.facebook.com/mashuri.ngah

Isnin, 12 Julai 2021

Resepi Sayur Pak Choy Sos Tiram

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Macam lama dah kan LeYa tak kongsi resepi dengan korang. So, kali ni LeYa nak kongsi Resepi Sayur Pak Choy Sos Tiram dari #DapurPanasLeYa yang menjadi favourite LeYa setiap kali ada sayur ni kat rumah. So... Let's get start it! Jom tengok resepi mudah dari LeYa ni.

Resepi Sayur Pak Choy Sos Tiram

Bahan-bahan :

2 ikat sayur pak choy
1 labu bawang besar - dihiris nipis
6 biji bawang putih - dihiris nipis
8 biji cili padi - dihiris nipis (ikut kepedasan masing-masing)
Sedikit sos tiram

Cara Masakan :

1) Didihkan air
2) Kemudian, celurkan sayur pak choy tadi dan toskan
3) Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi tadi
4) Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit garam
5) Kacau sebati dan tutup api
6) Susun sayur pak choy tadi atas pinggan seperti dalam gambar dan curahkan sos tiram tadi. Sedia untuk dihidangkan

So, selamat mencuba dan menjamu selera dengan menu simple dari LeYa ni. 

Ahad, 11 Julai 2021

Keburukan Rokok: Yang Manakah Lebih Bahaya? Membakar atau Memanas?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai... Bertemu lagi dalam coretan di lembaran Blog LeYa. Bercakap tentang rokok rasanya ramai pun sudah tahu keburukannya kan. Bak kata pepatah perokok tegar, "Biar putus cinta, jangan putus rokok." Alahaiii... lain macam betul bunyinya kan. Memang betul-betul tegar tu. Hahaha...


Kita akui tabiat merokok ni memang sangatlah sukar untuk dihentikan, lebih-lebih lagi kepada perokok tegar. Kenapa ia begitu sukar untuk menghentikan tabiat ini?

Dalam sebatang rokok terdapat pelbagai jenis bahan beracun seperti tar dan karbon monoksida yang berbahaya dan memudaratkan kesihatan. Punca utama penyakit berkaitan dengan merokok adalah asap rokok itu sendiri, yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan masih terdapat satu billion perokok menjelang tahun 2025. Pada masa sama, WHO turut mendedahkan lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok daripada perokok lain.

Asap rokok yang terhasil sebenarnya mengandungi lebih 6,000 bahan kimia beracun yang boleh diklasifikasikan kepada 100 daripadanya sebagai penyebab kepada penyakit seperti kanser, paru-paru dan emfisema.

Dan, banyaklah kempen berhenti merokok dah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Namun, tidak semudah itu ya nak menghentikan tabiat merokok ini.

Andai ada dalam kalangan pembaca Blog LeYa yang berusaha untuk berhenti merokok, LeYa doakan semoga semangat itu terus utuh sehingga berjaya. Actually, terdapat pelbagai kaedah tradisional boleh dicuba untuk mereka yang masih berusaha untuk berhenti. Bagi si perokok tegar yang ingin meneruskan tabiat ini, terdapat juga alternatif lain boleh digunakan untuk mengurangkan kemudaratan kesihatan sendiri dan juga orang di sekelilingnya.

Bagi informasi korang, banyak alternatif seperti rokok elektronik, vape, produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran untuk perokok. Vape adalah sejenis rokok elektronik yang akan menghasilkan aerosol daripada cecair yang berperisa khas untuk disedutkan oleh penggunanya untuk dapatkan rasa seperti menghisap rokok tanpa perlu membakar tembakau. Untuk produk tembakau dipanaskan tanpa pembakaran, ia cuma memanaskan tembakau tersebut, dan bukanlah membakar.

Kita tahu sebenarnya produk alternatif ini bukanlah bermaksud ia bebas risiko. Ia sekadar mampu mengurangkan kemudaratan sekiranya ramai perkok mula beralih sepenuhnya kepada produk alternatif. Apa pun pilihan di tangan anda! Lebih baik jangan memulakan tabiat merokok ini. Kelak, kita yang tersakiti.

Khamis, 8 Julai 2021

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Bermula Dari Rumah : Amalkan Gaya Hidup Sihat Bersama Medisana

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Amalan gaya hidup sihat haruslah menjadi amalan masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang sihat minda dan fizikal. Bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan, kita perlu bermula dengan pemakanan yang seimbang dan senaman yang teratur untuk membantu mendapatkan kalori dan nutrien yang kita perlukan dalam kehidupan seharian untuk menghindari pelbagai penyakit yang merbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, pemantauan kesihatan juga sama pentingnya dari segi pencegahan terutama jika dilakukan lebih awal pengesanan penyakit bagi mengurangkan penderitaan dan kos perubatan. Diagnosis dan rawatan segera pelbagai penyakit secara radikal dapat meningkatkan alternatif rawatan perubatan pesakit.

Untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan dalam mengakses perkhidmatan kesihatan. Ini kerana pemeriksaan kesihatan seseorang amat penting dalam mencegah kemungkinan berlakunya sebarang kecemasan perubatan yang tidak diingini. 

Terdapat juga beberapa perkembangan teknologi dari alat kesihatan yang terbukti sangat berguna dalam memantau kesihatan kita dengan mudah. Alat kesihatan tersebut sangat luar biasa dan dapat membantu kita membuat perancangan untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan seseorang serta memantau kemajuan kesihatan.

 

Pemantauan berterusan membantu pesakit dan doktor bereaksi dengan tepat dengan catatan tekanan darah, glukosa darah, suhu badan, nadi, degup jantung dan kadar pernafasan. Selain itu, ia menyimpan rekod untuk membantu doktor bagi mendapatkan keadaan sebenar pesakit dan menolong mereka mengambil tindakan dengan bijak. 

Menurut Dr. Wong Teck Wee, Pakar Perunding Kardiologi iHeal Medical Centre, pada masa yang tidak menentu ini, memeriksa parameter kesihatan seperti suhu, tahap oksigen dan keadaan jantung akan membantu mengesan jangkitan COVID-19 lebih awal.

"Pemantauan kesihatan dari rumah adalah satu pilihan baharu dari Remote Patient Monitoring (RPM) untuk mendapatkan konsultansi perubatan berdasarkan norma baru. Pemantauan Pesakit Jauh (RPM) ini menggunakan teknologi maklumat untuk mengumpulkan data pesakit. Pesakit berkongsi rekod kesihatan mereka menerusi pemantauan dari rumah kepada profesional penjagaan kesihatan melalui platform digital. Ini dapat membantu memastikan maklumat yang terkandung dalam rekod kesihatan mereka tepat, kemaskini dan inklusif." tambah Dr Wong lagi.

Dari keadaan kesihatan pernafasan hingga kepada kesihatan jantung dan pengesanan glukosa darah, monitor kesihatan dari rumah dapat memberikan pandangan mengenai banyak fungsi tubuh tanpa jarum, temujanji dan prosedur yang invasif. Yang hanya kita perlu lakukan adalah mengawal kesihatan dengan memiliki satu alat kesihatan yang boleh dipercayai untuk memantau kesihatan tubuh harian kita.

Medisana adalah salah satu pakar terkemuka yang membantu dalam penjagaan kesihatan di rumah. Selama lebih dari 39 tahun, alat medisana disokong oleh teknologi Jerman dan yang paling penting, peranti medisana diluluskan oleh MDA (Medical Device Authority) Malaysia & Eropah Kualiti Suruhanjaya (EC) yang diperakui. Medisana merupakan penjagaan primer yang dapat diakses oleh ramai orang dengan memberikan kebanyakannya jalan masuk ke pemeriksaan di rumah untuk digunakan serta menyokong proses diagnostik.

Pulse Oximeter

Merupakan alat kecil yang dapat memasukkan jari kita serta berfungsi membantu mengesan oksigen dalam darah. Ia bertujuan jika seseorang mengalami masalah pernafasan, alat ini berkemungkinan membantu. Tahap ketepuan oksigen dalam darah normal bagi seseorang yang sihat sekitar 95-100 peratus.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit COVID-19 dalam Laporan Situasi 41, "Terapi oksigen adalah intervensi rawatan utama bagi pesakit dengan Covid-19 teruk. Semua negara harus berusaha untuk mengoptimumkan penggunaan ketersediaan pulse oximeter dan sistem oksigen perubatan."

Blood Pressure Meter

Menurut laporan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kesihatan, Iskemia Penyakit Jantung adalah penyebab kematian no.1 di Malaysia pada tahun 2019. Diabetes, Hipertensi dan Kolesterol tinggi adalah Non-Komunikatif utama penyakit (NCD) di Malaysia. 

Dalam era pandemik ini, tekanan dan gaya hidup yang tidak aktif boleh menjadi salah satu faktor utama hipertensi. Jadi dengan memiliki alat perubatan ini di setiap rumah merupakan satu pelaburan bijak kerana ia dapat mengesan tekanan darah tinggi lebih awal.

Thermometer

Ekoran daripada musim pandemik yang berterusan ini, penakit selesema juga turut terkesan dan mudah dijangkiti. Jadi, dengan memiliki termometer di setiap rumah merupakan satu perkara yang penting. Pembacaan suhu kita berubah berdasarkan di mana badan kita mengukurnya. 

Pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah kunci untuk mengekalkan kehidupan yang sihat. Menjaga semua peralatan pemantauan kesihatan di rumah dapat membantu menguruskan keadaan kronik dan dapat juga menyelamatkan nyawa pada saat yang memerlukan. Menerusi wabak pandemik yang global dan ketidakpastian ini, kesihatan seharusnya menjadi keutamaan.

Bersempena dengan kempen ‘Pemantauan Kesihatan Bermula dari Rumah’, medisana akan mengadakan pertandingan secara online untuk memberikan COVID CARE TRIO yang mengandungi 1x Pulse Oximeter, 1x Non-Contact Thermometer dan 1x BU535 BP Meter pada 3 bulan yang berbeza. Peraduan ini bermula pada 15 Julai 2021 hingga 14 Ogos 2021, 15 Ogos 2021 hingga 14 September 2021 dan 15 September 2021 hingga 14 Oktober 2021.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Website

Facebook