Rabu, 18 Disember 2019

Resepi Gulai Perut dan Betik Dari Masakan Jawa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada yang minat atau makan perut lembu tak? Kalau ada, kita geng. Hehehe... Tapi nak kena pandai juga masak bagi hilangkan bau hanyir perut tu kan. LeYa pun seriously tak tahu membersihkannya. LeYa pun belajar dari Air Tangan Ibu LeYa yang sememangnya pandai memasak. 

Jadi, menu makan tengah hari kali nie, LeYa ingin kongsikan lauk Masakan Jawa iaitu Gulai Perut dan Betik. Jom LeYa kongsikan resepinya di bawah.


Bahan-bahan

Bahan kisar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Cili Api

Betik muda
Perut lembu
Sedikit santan
Air asam jawa
Serai

Cara Masak:-
1. Rebus dahulu perut lembu untuk hilangkan bau hanyir.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit perahan santan dan air asam jawa.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian, masukkan perut lembu yang telah direbus.
6. Masukkan pula betik-betik muda yang telah dipotong. (Ibu LeYa nak sagat betik tu jadi halus untuk memudahkan makan)
7. Campakkan beberapa batang serai sebagai memberi bau wangi makanan tersebut. (Kalau takde, okay je, tapi rasa lari sikit laa)
8. Perasakan garam dan gula mengikut citarasa korang.
9. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba dan Menjamu Selera


Sabtu, 14 Disember 2019

Duit MC Boleh Claim Dari PERKESO - Jom Ikuti Cara Tuntutannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

DUIT MC BOLEH CLAIM DARI PERKESO - JOM IKUTI CARA TUNTUTANNYA | Ada yang baru tahu ker tentang ni? Actually LeYa pun baru tahu ni. Itupun dapat tahu dari kawan LeYa.

Jika sebelum ni kita selalu perasan atau nampak perkataan PERKESO atau SOCSO ni kat dalam slip gaji kita tiap bulan kan? Di usia korang 60 tahun ke bawah, gaji korang mesti akan dimasukkan sedikit ke PERKESO ni di bawah Skim Bencana Pekerjaan (Employment Injury Scheme -EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme). Bagi yang berusia 60 tahun dan ke atas pula akan hanya masuk ke Skim Keilatan sahaja.

Seperti yang korang sedia maklum, PERKESO menyediakan perlindungan keselamatan untuk para pekerja jika ada mengalami kecederaan atau kecemasan. Tapi tahu tak korang yang sebenarnya korang boleh claim duit MC dengan PERKESO ni? Jom LeYa jelaskan beberapa situasi yang membolehkan korang untuk claim.

Photo: Carian Google

1. Boleh claim bil rawatan jika berlaku KEMALANGAN

Setiap pagi, korang akan bersiap untuk ke tempat kerja. Tidak semena-mena ada satu hari tu, korang mengalami kemalangan. Disebabkan itu, mungkin korang patah tangan atau kena masuk besi. Segala bil rawatan perlu dijelaskan. Jadi, di sinilah PERKESO boleh membantu korang meringankan beban!

Dengan adanya Skim Bencana Pekerjaan, korang layak untuk claim bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan yang menimpa korang ketika:
  • dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah
  • dalam perjalanan untuk berjumpa client atau menghantar barang 
  • dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat lunch break (waktu rehat yang dibenarkan)
Yang pasti, ia perlu diikuti dengan syarat rawatan yang korang dapatkan tu adalah dari klinik panel yang berdaftar atau klinik/hospital kerajaan. Tapi disebabkan skim ni kena claim, korang kena bayar dulu dan isi borang Bayaran Ganti Belanja (BGB) untuk dapatkan bantuan ini.

Korang juga boleh dapatkan Faedah Hilang Upaya Sementara masa korang tengah cuti sakit atau MC. Kalau kecederaan korang menyebabkan sehingga tak mampu bekerja sekurang-kurangnya 4 hari, korang akan dibayar sebanyak 80% dari gaji harian pada hari-hari cuti sakit itu. Tapi, bayaran ini akan jadi tak sah kalau korang gatal-gatal nak masuk kerja pada hari-hari cuti korang tu.

Uittt!! Korang kena ingat juga yang ini ye! Setakat demam ker, cirit-birit atau pening lalat tak bolehlah nak claim PERKESO taw! Korang kena pastikan dulu penyakit yang korang dapat tu disebabkan oleh kerja korang. Sebagai contoh, korang diserang penyakit Asthma disebabkan korang sedang bekerja di kilang dan terdedah dengan debu bahaya atau bahan kimia. 

PERKESO juga ada menyediakan program Return to Work (RTW) yang membantu korang memulihkan fungsi anggota badan supaya boleh kembali bekerja dengan cepat.

2. Boleh Dapat Duit Bantuan Kalau Tiba-tiba Korang DIBERHENTIKAN

Okay... Kita tahu hari ini ada beberapa syarikat atau majikan mula mengurangkan pekerja mereka. Kebiasaannya ini terjadi disebabkan mereka mengalami kerugian atau ingin menukar polisi perniagaan. Kalau korang menerima nasib yang sama, korang jangan risau kerana Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), PERKESO boleh bantu korang.

Dalam pada korang mencari kerja baru, korang boleh dapat bantuan kewangan sebanyak RM600 dalam masa 3 bulan pertama korang menganggur. 

Syarat untuk dapat bantuan SIP ini adalah:
i. Korang kena membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas korang diberhentikan serta menepati syarat Loss of Employment (LOE) iaitu
  • Korang dipilih untuk memohon VSS/MSS (Skim Pemisahan Sukarela)
  • Korang ditindas majikan (pembuangan kerja konstruktif)
  • Korang diberhentikan sebab pertindihan pekerja
  • Majikan bankrap
  • Syarikat ditutup disebabkan bencana alam
  • Terpaksa berhenti kerana diganggu secara seksual atau diugut di tempat kerja
  • Korang berhenti sebab korang di arah buat perkara di luar skop kerja yang membahayakan keselamatan
ii. Korang kena penuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC) iaitu korang sudah mencarum kepada SIP dengan bilangan bulan minimum pada tempoh masa yang ditetapkan.

Photo: Carian Google

3. Waris akan terima duit SEUMUR HIDUP kalau korang meninggal dunia

Jangan main-main jika bercakap tentang topik yang berkait rapat dengan kematian kerana ia adalah perkara sensitif untuk dibincangkan. 

Jadi, jika korang terlibat dengan perkara yang tidak diingini dan meninggal dunia, waris boleh mendapatkan bantuan maksimum RM2,000 dari PERKESO untuk urusan mayat korang bagi meringankan beban keluarga.

Jika ada tanggungan seperti suami/isteri, anak, adik-beradik atau ibubapa, mereka boleh mendapatkan Faedah Orang Tanggungan dengan kadar 90% daripada gaji harian korang tertakluk kepada kadar minimum RM30 sehari sehingga maksimum RM118.50 sehari.


Jangan Sia-Siakan Manfaat Ini!

LeYa yakin korang tahu dan sedar perkataan SOCSO di atas slip gaji korang setiap bulan kan? Tapi tak semua pun yang tahu akan manfaat duit yang ditolak itu. So, diharapkan artikel ini dapat membantu korang untuk claim apa yang patut dengan PERKESO dan gunakanlah dengan sebaiknya. Lagipun, semuanya dari gaji korang juga kan? 

Jika ada majikan korang tak bagi apa-apa bayaran, korang kena cakap sikit dengan HR tentang denda yang boleh dikenakan sehingga RM5,000 atau tindakan lain di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kerana PERKESO merupakan kebajikan pekerja. So, jangan buat main-main dan jangan dipersia-siakan!

Untuk ketahui maklumat dengan lebih terperinci, korang boleh layari laman sesawanga www.iperkeso.my. Kalau ada info yang LeYa beri ni salah, mohon komen atau email untuk diperbetulkan ye.

Sumber: LoanStreet

Sabtu, 7 Disember 2019

Contest Isi Dialog Di Blog At-Tarmizi.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Macam dah lama sangat rasanya LeYa tak join Contest/GiveAway yang rakan-rakan Blogger anjurkan ni kan. So, di petang Sabtu yang hening ini, rasa macam nak join je satu Contest ni. Sebab macam menarik je content dia. Jom!

Contest Isi Dialog Di Blog At-Tarmizi.com

Jadi, kalau korang nak join juga, boleh klik Banner di atas ye. Selamat Maju Jaya!

Lirik Lagu Ayda Jebat - Better Than You

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Lirik Lagu Ayda Jebat - Better Than You | Hai Guyss!! Semalam LeYa ada dengar lagu baru Ayda Jebat di Channel Youtubenya yang berjudul "Better Than You" hasil ciptaan Ayda Jebat sendiri dan Irwan Simanjuntak serta diterbitkan oleh Irwan Simanjuntak. Lagu Better Than You mempunyai melodi dan ceritanya tersendiri.

Lagu Better Than You merupakan lagu tema drama Slot Samarinda "Cindai" yang ditayangkan di TV3.

Jom dengarkan lagu Better Than You dari Ayda Jebat sekarang!


BETTER THAN YOU - AYDA JEBAT
Komposer & Lirik : Ayda Jebat & Irwan Simanjuntak Producer : Irwan Simanjuntak
(C) XENO Music Sdn Bhd

Lelah Hati Ini Terus Terikat Dengan Hatimu Yang Selalu Menyakitimu Sampai Tak Terkira Kau Rejamkan Bara Yang Menusuk Ke Tulang Batinku Hoo... Dan Tak Pernah Terbayangkan Ku Bisa Sembuhkan Hoo... Hingga Dia Hadir Untukku Kini Telah Aku Temukan Dia Yang Lebih Baik Dia Yang Memahami Hidup Ku Pun Semakin Beerti Hilang Semua Pilu Cause I'm Found Someone Better Than You Hoo... Harus Ku Akhiri Hubungan Kita Tak Kemana-mana Tiada Hala Tuju Butir Kenangan Manisnya Menutup Segala Pahit Yang Kau Sisakan Padaku Hoo... Dan Tak Pernah Terbayangkan Ku Bisa Lupakan Hoo... Hingga Dia Hadir Untukku Kini Telah Aku Temukan Dia Yang Lebih Baik Dia Yang Memahami Hidup Ku Pun Semakin Beerti Hilang Semua Pilu Cause I'm Found Someone Better Than You Hoo... Dia Yang Lebih Baik Dia Yang Memahami Hidup Ku Pun Kini Beerti Hilang Semua Pilu Cause I'm Found Someone Better Than You

Lagu Baru Melayu 2019 | Lagu Ayda Jebat | Lirik Lagu Ayda Jebat | Lagu Ayda Jebat Download | Lirik Lagu Ayda Jebat Download | Muat Turun Lagu Ayda Jebat


Rabu, 4 Disember 2019

StereoFest - Festival Muzik Melayu Akan Diadakan Buat Julung Kalinya Pada Tahun 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada peminat muzik tak kat sini? Ok. Kita geng! Hehehe... Alaa... minat sekadar suka-suka je kan. So, korang dah get ready untuk StereoFest - Festival Muzik Melayu yang pertama dan terbesar di Singapura? Jom terus baca lagi kalau nak tahu details.


Baru-baru ni, LeYa ada lah ke majlis pelancaran StereoFest - Festival Muzik Melayu di Hotel Ibis Kuala Lumpur. Apa yang diberitahu kat LeYa nanti pada tahun 2020, buat julung kalinya StereoFest akan berlangsung pada 22 dan 23 Februari 2020 di Palawan Green Sentosa, Singapura. Dan ia bakal menampilkan 20 barisan artis popular Indonesia, Malaysia dan Singapura.

 

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari Portal Propa Rangers di bawah:


Selasa, 3 Disember 2019

Lirik Lagu Maisya Nazmin - Arah Kasih Kita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Lirik Lagu Maisya Nazmin - Arah Kasih Kita | Haii Guyss!! Satu lagi nama baru dalam industri muzik iaitu MAISYA NAZMIN, 19, muncul dengan single barunya berjudul "Arah Kasih Kita" hasil ciptaan komposer terkenal Sirkhan dan Sang Hitam dari Aries Music Production. Lagu Arah Kasih Kita dikeluarkan secara Official Music Video di platform Youtube Aries Music pada 29 November 2019.

Jika 8 tahun dahulu, penyanyi cilik ini pernah menjuarai Bintang Kecil Zon Selatan terbitan RTM dan pernah juga membuat persembahan di Istana Budaya. Maisya mengharapkan single pertama ini dapat diterima baik oleh semua pendengar lagu.

Jom dengarkan lagu Arah Kasih Kita dari Maisya Nazmin sekarang!


ARAH KASIH KITA - MAISYA NAZMIN
Lagu & Lirik : Sirkhan & Sang Hitam (Aries Music Production)
©️ 2019 Aries Music Sdn Bhd

Andai dapat kau rasa dan juga dapat mendekat Perasaan hatiku yang telah lama terluka Terasing dan sepi ditinggal tak dipeduli Hanya diperguna kala tiba waktunya Dahulu kau berkata kaulah intan permata Segalanya berubah disaat hadirnya dia Tersisih diriku seperti tidak berharga Leburlah semua pengorbanan diriku Ke mana pergi hilangnya kasih Ke mana hilang segala rasa Yang dulu pernah kita ungkapkan untuk hidup bersama Ke mana arah tujunya kita jika yang tinggal hanya sekitar Dan aku yang tersiksa memendam perasaanku Meratapi hati yang terluka Yang mengkhayalkan cinta sedihnya Aku yang terpaksa menanggung... Ke mana pergi hilangnya kasih Ke mana hilang segala rasa Yang dulu pernah kita ungkapkan untuk hidup bersama Ke mana arah tujunya kita jika yang tinggal hanya sekitar Dan aku yang tersiksa memendam perasaanku Meratapi hati yang terluka Yang mengkhayalkan cinta sedihnya Aku yang terpaksa menanggung

Lagu Baru Melayu 2019 | Lagu Maisya Nazmin | Lirik Lagu Maisya Nazmin | Lagu Maisya Nazmin Download | Lirik Lagu Maisya Nazmin Download | Muat Turun Lagu Maisya Nazmin