Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini korang dah tak perlu risau kat mana nak buat majlis sambutan hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan apa-apa sahaja majlis kerana korang boleh saja melangsungkan majlis korang tu di sebuah lokasi yang cukup cantik, ala-ala hotel mewah dan berbaloi murah. Boleh dikatakan setiap hari atau tidak membuat tempahan, pasti restoran ini penuh. Lokasi yang dimaksudkan LeYa itu adalah D Aura Cafe yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan, Selangor.

Pada bulan yang lalu, LeYa berkesempatan menghadiri majlis sambutan ulangtahun pertama D Aura Cafe dan juga ulangtahun kelahiran En Salihin, pemilik restoran ini. Pelbagai juadah dan menu dihidangkan kepada para tetamu yang hadir pada hari itu. Turut diundang liveband juga membuat persembahan bagi menghiburkan tetamu.


Berkenaan dengan lokasi restoran ini yang sangat strategik dan memudahkan mereka yang tinggal di bandar metropolitan yang memerlukan semuanya telah disediakan menjadikan konsep restoran ini sangat relevan dan menjadi tumpuan hari ini.
Jadi, korang tak perlu lagi risau jika ingin buat suprise kepada orang tersayang! D Aura Cafe adalah solusi kepada masalah korang. Segala kelengkapan dan hidangan ada disediakan bagi mengatasi masalah keperluan masyarakat hari ini yang ingin meraikan hari istimewa sebagai satu kenangan terindah bersama insan tersayang.


Satu lagi keistimewaan jika korang datang dan raikan hari istimewa korang di D Aura Cafe adalah mereka turut berkolaborasi menyediakan perkhidmatan Live Feed Video di laman sosial Facebooknya di mana majlis korang akan ditayangkan secara LIVE di lokasi restoran. Memang terbaik kan!

Bagi korang yang ingin mengadakan apa-apa majlis seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan, makan-makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan, boleh menggunakan khidmat D Aura Cafe. Jadi, apa tunggu lagi?? Cepat-cepat tempah kerana dikhuatiri penuh jika lambat! Dan.... Jangan lupa jemput LeYa makan sekali bersama ya! Hehehe...
Lokasi D Aura Cafe
C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25, Taman Pinggiran Putra Sek2, Seri Kembangan, Selangor
Telefon
011 - 1092 3832
Email
Facebook
Instagram