Rabu, 6 Disember 2017

6 Sebab Utama Kenapa Ibu Bapa Tak Perlu Halang Anak-Anak 'Explore' Dan Bermain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Jadi IbuBapa ni sebenarnya bukan mudah. Lebih-lebih lagi nak melayan kerenah dan telatah setiap anak. Salah satu perkara yang paling mencabar dalam menjadi ibubapa adalah memberi kebebasan kepada anak-anak. Sesetengah para ibubapa terasa sukar untuk membiarkan anak-anak meneroka dan bermain terutamanya ketika mereka masih kecil.

Jadi, dengan tips yang disediakan di bawah ini, tidak perlu lagi para ibubapa risau akan keselamatan anak-anka mereka. Jom! Ikuti sebab utama kenapa IbuBapa tidak perlu halang anak-anak untuk meneroka dan bermain.

1) Lumrah kehidupan semulajadi kanak-kanak untuk bermain


Dah nama pun kanak-kanak. Memanglah mereka nak bermain kan. Kalau tak bermain, mesti mereka akan bosan. Jadi biarkan mereka explore apa yang mereka inginkan.

2) Anak-anak akan jadi lebih kreatif dan aktif


Ini merupakan fasa terpenting untuk perkembangan minda mereka. Kalau kanak-kanak jadi pasif, daya kreativiti mereka mungkin akan terjejas kerana mereka tidak banyak bermain.

Halangan ibu bapa juga boleh memberi perasaan khuatir atau takut dalam diri kanak-kanak yang boleh membataskan daya pemikiran mereka untuk pergi lebih jauh. Mereka akan lebih berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hilang minat untuk bereksplorasi.


3) Bermain dapat meransang otak


Dengan bermain, imaginasi kanak-kanak akan melangkau ke satu alam fantasi yang tiada batasan. Ini akan merangsang otak dan menjadikan pemikiran mereka lebih luas. Sekali gus, minda kanak-kanak akan berkembang pesat dan lebih banyak sel dapat dihubungkan dengan baik.

Untuk mengetahui sebab-sebab seterusnya, jom terus terokai dengan klik link di bawah ini:




Ibu bapa mana yang tak nak berikan yang terbaik untuk anak-anak, kan? Jadi, pilihlah Anmum Essential!

Maklumat lanjut, layari laman web Anmum Essential sekarang.

Jumaat, 1 Disember 2017

Mengenal Lebih Dekat Teknologi IPv6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Malaysia mempunyai kepakaran teknologi yang sebenarnya kita tidak tahu. Lebih 700 institusi pengajian tinggi dan 1.3 juta pelajar yang kini berdaftar di peringkat pengajian tinggi sebenarnya menggunakan kepakaran teknologi IPv6 yang tanpa disedari dipelopor sendiri oleh Malaysia. Internet telah mengubah cara seseorang individu dan syarikat itu berfungsi dan berkomunikasi. Hampir kesemua individu dalam masyarakat yang maju mempunyai akses atau rangkaian di talian Internet. Dan, hingga kini juga, kediaman mereka pun sudah dilengkapi dengan pelbagai peralatan rumah yang disambung ke Internet. Melalui akses dan rangkaian Internet yang semakin mudah, rakyat Malaysia mampu bersaing dengan dunia luar. 


Memahami Perkembangan Teknologi IPv6 

Pertumbuhan pesat dalam penggunaan Internet serta peningkatan penggunaan peralatan tanpa wayar bukan sahaja membawa kepada pertambahan permintaan untuk teknologi dengan baik dan cepat, malah ia juga membawa kepada pertambahan permintaan alamat maklumat yang dihantar dan diterima. 

Internet Protocol (IP) atau Protokol Internet adalah protokol tanpa sambungan wayar yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada komputer yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa ada sambungan berterusan di antara kedua-dua alat komunikasi itu.

IPV6 merupakan versi Internet Protocol terkini dan juga dikenali dengan nama IPng (IP generasi seterusnya). IPv6 direkabentuk oleh Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force - IETF). IPv6 juga merupakan pengganti kepada IPv4 yang didifinisikan juga sebagai RFC 791. IPv6 ini memiliki ruang alamat yang besar, membawa alamat secara lebih tersusun dan mampu menyediakan routing baru yang tidak ada pada IPv4. 

Salah satu ciri utama IPv6 adalah kebolehannya mengembangkan ruang alamat daripada 32 bit kepada 128 bit panjang yang kini wujud pada hari ini. Hal ini juga, IPv6 dapat mengembangkan ruang alamat daripada lebih kurang 4 billion kepada jumlah yang terlalu besar iaitu lebih 340 trillion alamat (340x1036). Jadi, peluang komersial yang IPv6 dapat sediakan kepada semua rakyat Malaysia mendorong kepada perubahan teknologi yang semakin canggih hari ini.

Memiliki Sijil IPv6 Dalam Tempoh 4 Hari Di Adasta Network

Adasta Network Sdn Bhd telah dilantik oleh IPv6 Forum International sebagai Authorize Training Platform untuk program pensijilan Internet Protocol versi 6 (IPv6) bagi kursus Keselamatan, Pengaturcaraan dan Rangkaian.

Adasta Network Sdn Bhd kini menawarkan pengambilan kursus atau latihan untuk lebih memahami perkembangan IPv6 dan teknologi Internet hari ini. Adasta Network adalah satu-satunya pusat latihan yang pertama menerima kelebihan IPv6 dalam sektor perindustrian dan perkembangan teknologi Internet of Things (IOT). 

Bhaawaani Visunathan, Ketua Pegawai Eksekutif, Adasta Network berkata, "Seiiring perkembangan teknologi hari ini, IPv6 juga perlu diperluaskan kepada umum untuk lebih memahami perkembangan Internet masa kini." Beliau yang juga merupakan pelopor kepada IPv6 Forum Malaysia sangat holistik dan mengawasi pelaksanaan rangkaian IPV6. Forum IPv6 juga menyediakan infrastuktur kepimpinan dan teknikal di Malaysia. Selain itu, Forum IPv6 juga menjadi penasihat kepada kerajaan mengenai penggunaan sedia ada dalam perindustrian. Bukan setakat itu sahaja. Puan Bhaawaani Visunathan juga merupakan pengarah kepada IS Seraya AVS Sdn Bhd sejak tahun 2011 dan melaksanakan tugas sebagai Perunding Keselamatan IT, ISMS 27001, Auditor dan francais kepada pengurusan kampus dalam talian yang juga dikenali sebagai Connect 4M bagi industri pendidikan.


Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran IPv6 

Para pelajar yang sedang menjalani program Rangkaian IT di mana-mana institusi pengajian tinggi boleh juga membuat permohonan untuk mengikuti program yang dijalankan ini. Menurut Puan Bhaawaani Visunathan lagi, "Para pelajar lepasan universiti dengan jumlah mata kredit (CGPA) lebih 3.50 dan memiliki sijil IPv6 sangat mudah untuk mencari pekerjaan tanpa perlu menganggur yang lama."

Adasta Network menawarkan program pensijilan IPv6 menerusi program yang diusahakan buat para pelajar dan para umum yang lain dalam memahami perkembangan teknologi sejagat. Antara program yang ditawarkan adalah:-
  1. Certified Security Engineer for IPv6 (CSE6 (Silver))
  2. Certified Network Engineer for IPv6 (CNE6 (Silver))
  3. Certified Network Programmer for IPv6 (CNP6 (Silver))
  4. Certified Security Engineer for IPv6 (CSE6 (Gold))
  5. Certified Network Engineer for IPv6 (CNE6 (Gold))
  6. Certified Network Programmer for IPv6 (CNP6 (Gold))
  7. IOT Engineering Certification (Certified ECHONET - Lite Technician Training)

Di sini juga para pelajar atau peserta akan dapat menimba ilmu dalam suasana kelas yang kondusif dan berhawa dingin serta boleh belajar dengan lebih mendalam lagi kerana tenaga pengajar diimport dari luar negara. Hal ini menjadikan Adasta Network salah sebuah syarikat yang menyediakan latihan yang sangat terbaik untuk diikuti. 


Selain IPv6, Adasta Network juga merupakan pengedar utama untuk produk Video Conferencing. Memahami teknologi canggih yang semakin berleluasa di dunia, Adasta Network mempunyai sistem persidangan video korporat tercanggih yang dilengkapi 100% True HD Quality, kemudahan penggunaan yang juga dilengkapi dengan antaramuka yang mesra pengguna, kebolehpercayaan, interoperability yang menyokong beberapa teknologi utama dan suite kolaboratif seperti NLTVC-HD, H323 dan kolaborasi data Skype Real-time, rakaman masa nyata, Internet generasi akan datang yang mana IPv6 membolehkan pilihan penyulitan keselamatan masa sebenar yang tersedia. Crystalview HD9100 (bilik persidangan besar), Crystalview HD8100 (bilik persidangan sederhana hingga kecil), D1000 (sistem persidangan desktop) dan Crystalview Multipoint Server (MCU).



Peluang untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor perindustrian masa kini memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Usahasama dalam membantu rakyat Malaysia ke arah celik IT dan lebih memahami perkembangan teknologi Internet of Things (IOT), Adasta Network adalah satu pencapaian peribadi  dalam mempertingkatkan minda keterbukaan rakyat Malaysia kepada ilustrasi sebenar perkembangan Internet dan sekaligus membantu para pekerja lebih mudah mendapatkan pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://adastanetwork.asia/.

Rabu, 29 November 2017

Percutian Keluarga Di Hawa Resort, Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Percutian ke Janda Baik, Bentong, Pahang pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu memberikan sebuah kenangan yang menyeronokkan kerana LeYa dapat berpeluang bermalam di Hawa Resort yang mempunyai elemen dekorasi yang indah dan mendamaikan serta sangat sesuai untuk keluarga.


2 Hari 1 Malam Di Hawa Resort, Janda Baik

Perancangan percutian keluarga secara beramai-ramai sememangnya sukar untuk dilaksanakan. Namun, alhamdulillah pada tanggal 11 November LeYa dan keluarga bersepakat untuk bercuti ke Janda Baik, Pahang. Pemilihan lokasi dipilih kerana suasana di situ yang cukup mendamaikan yang membolehkan kami semua berehat dari hiruk pikuk kotaraya serta dapat menjalankan aktiviti keluarga bersama-sama.





Hawa Resort menampilkan suasana kampung yang cukup mempesonakan dan kawasannya yang luas memang sesuai untuk dibuat Hari Keluarga. Hanya beberapa langkah menyusuri kawasan percutian ini, mata anda akan disajikan dengan pemandangan sungai yang indah. Airnya juga yang sejuk dan segar memang akan membuatkan anda rasa seronok ketika berada di sini. 

Tidak ketinggalan juga untuk set barbeku dan peralatan riadah turut ada disediakan buat kemudahan anda.



Aktiviti Keluarga Yang Menyeronokkan

Kebiasaannya apabila sesama kita sudah berkumpul beramai-ramai ni pasti ada sahaja kerenah dan telatah yang ditonjolkan. Tidak kurang juga kepada setiap ahli keluarga LeYa ketika itu. Lebih-lebih lagi Mr. Otomen Taro yang sememangnya banyak ragam suka mengusik orang. 

Hari pertama kami sampai ke Hawa Resort lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Selesai check-in bilik, apa lagi kanak-kanak lah yang paling gembira bila nampak sungai yang mengalir deras tuh. Dan.... mereka pun terjun ke dalam sungai dengan gembiranya.





Keriangan saudara-mara yang sedang mandi-manda itu tidak dihiraukan sehingga perut mereka sudah mula terasa berkeroncong dek kesejukan air sungai itu. Jika tidak, memang sukar lah untuk mereka naik ke atas untuk berehat. Hahaha.... (Itu kan lumrah kanak-kanak. Bermain itu satu keindahan bagi mereka.)




Kaum ibu sibuk menyediakan hidangan makanan. Almaklumlah bilamana makan beramai-ramai pasti yang tak sedap pun jadi sedap. Jadinya, kesemua hidangan makanan yang dibawa dari rumah dan yang disediakan di situ memang sekejap sahaja hilang dalam perut masing-masing. Tambah lagi, bila perut dah kecut mandi-manda di sungai. Memang perut pun akan terasa minta diisi.



Aktiviti keluarga kami tidak lah begitu padat. Kami melakukan keseluruhan aktiviti secara santai dan bersahaja. Jika ada yang mandi-manda, yang lain pula mungkin boleh bersiar-siar melawat kawasan, bagi makan pada angsa, memancing, memasak dan sebagainya. Yang penting, pada hari itu, aktiviti kami terisi dan diluangkan bersama.





Pada sebelah malamnya pula, kami sekali berkumpul untuk melaksanakan aktiviti barbeku dan cabutan bertuah. Saat yang dinantikan tiba jua. Kelihatan dari wajah-wajah mereka memang tidak sabar untuk menerima hadiah menarik untuk dibawa pulang.


Sebelum ber'babeku' rupanya kami seorang pun tidak bawa kain kanvas. Jadinya, terpaksalah memerah idea dan keringat mencari ilham untuk dijadikan bumbung bagi mengelakkan dari hujan.

Gambar nenek LeYa yang menjadi peneraju utama keluarga Nek Z. Beliau sudah pun berusia 70-an dan hanya duduk di atas kerusi memerhati anak menantu dan cucu dan juga cicit berseronok di situ


Hadiah-hadiah menarik yang menjadi rebutan semua ahli keluarga

Usai makan malam dan upacara penyampaian hadiah, tiba masanya untuk sesi karaoke kepada yang ingin menyumbangkan suara yang sedia sumbang. Hehehe... Tidak ketinggalan otomen taro yang turut menyumbangkan beberapa buah lagu sebagai tanda sporting ketika bersama keluarga.




Hari Kedua di Hawa Resort, Janda Baik

Keesokan paginya, LeYa dan beberapa makcik serta saudara pergi menghirup udara yang nyaman di sekitar Hawa Resort. Kawasannya memang sangat luas dan cantik sekali. Kami sempat berswafoto sebagai tanda kenang-kenangan. 




Penat berjalan, tibalah masa kanak-kanak dewasa a.k.a. kami yang dah mencecah umur 20 tahun dan ke atas ini berendam di sungai. WoW!!! Sejuknya sehingga menggigil tulang-temulang. Memang hairan lah kami bilamana kanak-kanak selamba je mandi tak naik-naik kan. Kami yang agak berlebihan lemak ni pun rasa kesejukan, apatah lagi mereka yang kecil. Jadinya, LeYa memang salute lah ngan dorang ni boleh mandi di sungai tersebut lama giler weeyyhhh...





Sebelum berangkat pulang kembali ke halaman rumah masing-masing, kami bergambar potret keluarga dahulu untuk dijadikan kenangan terindah untuk tahun ini. Cukup mempesonakan dan menyeronokkan percutian singkat LeYa dan keluarga pada kali ini di Hawa Resort, Janda Baik, Pahang.


Maklumat lanjut boleh layari seperti di bawah:- 

Tel : +603-7710 6717
Alamat : Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Bentong, Pahang, Malaysia

Isnin, 27 November 2017

Rasai Kelainan dan Pengalaman Baru di WOW KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terima kasih kepada semua pembaca blog lifestyle LeYa yang suka membaca dan menunggu kewujudan aktiviti terbaru LeYa. Okay... kali ni LeYa nak ceritakan tentang wujudnya WOW KL yang baharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Actually, dahulunya tempat ni dikenali sebagai Saloma Bistro. Dek kerana arus pemodenan, ia telah bertukar pengurusan yang baharu dengan wajah baharu serta konsep yang lebih segar, trendy dan menghiburkan.

Credit Picture: Best Restaurant To Eat

Wajah Baru Di WOW KL!

Kalau korang perasan lah kan di kawasan MaTiC, Jalan Ampang ni, di sinilah WOW KL berada menggantikan Saloma Bistro yang dahulunya amatlah nostalgik dan unik untuk diingati. Korang juga rajin-rajin kan lah diri untuk selalu datang ke sini melihat aktiviti persembahan dan pelancongan yang akan diadakan dengan perubahan 360 darjah. Itulah yang menjadi target WOW KL sebagai daya tarikan yang lebih teruja dan versatile di kawasan ini dari siang sehingga malam.

Credit Picture: Mr. Google

Menariknya di sini, WOW KL mengetengahkan konsep Arts Restaurant di mana ia menyajikan hidangan buffet dan juga persembahan tradisi pada setiap hari di waktu malam. Sungguh mempesonakan! Hidangan buffet tradisional Malaysia juga boleh didapati seperti roti canai, satay, cakoi dan lain-lain menu yang sangat lazat.




Bukan setakat itu sahaja. Anda juga akan dihidangkan dengan menu timur tengah pelbagai pilihan citarasa tempatan mahupun pelancong luar negara yang datang makan di sini. Antaranya yang sempat LeYa ingat ialah Nasi Saffron, Lamb Persian, Chicken Makhani, Jus Tomato, Stew Egg Plant, Shawarma Daging dan banyak lagi yang LeYa rasa semuanya memang sedap.




Lebih meriah lagi dengan makanan barat dan makanan kepada pengamal diet kesihatan seperti pelbagai jenis sayur dan pasta. Semestinya anda akan dapat nikmati makanan seperti Aglio-Olio, Roasted Chicken with Black Pepper sauce, Mix Vegetales and Garlic dan lain-lain lagi. Ia pasti akan membuatkan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar datang ke sini untuk menikmati hidangan yang ada di sini. Memang awesome sangat kan!







Tak lengkap kan kiranya kalau tiada Kambing Panggang yang menjadi kegilaan semua tidak kira pelancong tempatan mahupun luar negara. Apabila tiba sahaja waktu kemuncak untuk pergi mengambil makanan, dah tentu-tentu ruangan kedai Kambing Panggang akan menjadi tumpuan sehingga berbaris ramai di sini. Tapi, LeYa nak cakap juga. Kalau korang tengok sendiri kambing yang disediakan bersama kuah black pepper tuh memang lah kan terus serbu cepat-cepat.



Ruangan terakhir yang akan menjadi santapan sebelum pulang dengan perut yang kenyang. Namun, tak bagi LeYa. Kerana minat yang mendalam dan memang suka sangat untuk merasai bahagian pencuci mulut, selalunya tempat ini yang menjadi tumpuan utama dahulu. Hahaha... #dessertlicious. Kat sini anda semua akan disaji dengan pelbagai pilihan pencuci mulut yang sangat menarik dari tempatan dan antarabangsa yang sememangnya juga sedap dan berpuas hati. Pilihan buat kanak-kanak juga ada disediakan iaitu ais krim pelbagai perisa dan ABC juga boleh didapati di sini.






Kalau anda nak tahu bukan setakat makan-makan sahaja yang anda boleh nikmati. Anda juga akan disajikan dengan Sports Bistro yang berada di bahagian luar ketika mula-mula nak masuk ke dewan atau bistro ini. Lebih santai dan relaks untuk melihat pemandangan luar sekitar KL sambil dialunkan dengan muzik band. Konsep cafe di luar yang membolehkan anda semua menikmati hidangan ringan-ringan di sana.


Bagi yang menikmati hidangan buffet di dalam bistro, anda juga akan disajikan dengan persembahan kebudayaan pada setiap malam. Para pelanggan akan dihiburkan dengan tarian tradisional yang popular di kalangan rakyat Malaysia yang sememangnya dikenali dengan pelbagai kaum. Antaranya ialah kaum Melayu dengan Tarian Zapin, masyarakat Cina dengan Tarian Kipas dan India pula dengan Tarian Merak. Memang sangat meriah dan happening ketika anda semua menjamu selera bersama keluarga atau rakan-rakan.

Jadi, LeYa memang syorkan lah sesangat kepada semua untuk mencuba di WOW KL ini yang menampilkan nafas baru kepada restoran Saloma Bistro. Maklumat lanjut untuk hargaada disediakan seperti di bawah: 

Harga sekarang
RM 110 nett per pax (dewasa) 
RM 70 nett per pax (kanak-kanak 6 - 12 tahun) 

Harga bermula 1 April 2018 
RM 130 nett per pax (dewasa) - NON MALAYSIAN 
RM 95 nett per pax (kanak-kanak 6 - 12 tahun) - NON MALAYSIAN 
RM 115 nett per pax (dewasa) – MALAYSIAN
RM 80 nett per pax (kanak-kanak 6 - 12 tahun) – MALAYSIAN

Jom merasai kelainan di WOW KL kerana ia dibuka pada setiap hari dari jam 12.00 tengah hari sehingga 12.00 malam. Yang penting, ia masih mengekalkan kebudayaan Malaysia yang unik dan menarik untuk ditonton kepada pelancong luar. LeYa dan tersuka dengan konsep baharu ni. 

Sila layari untuk lebih info di:- 
Laman web : www.Wowkl.my
Twitter : https://twitter.com/Wowkl
Tel : 03-2161 0122
Email : book@wowkl.my