Isnin, 1 Disember 2014

Seronoknya Dapat Lagi 6 CPUV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alkisah di mana LeYa dapat lagi CPUV dari pihak Nuffnang. Baru sahaja LeYa post entri yang LeYa telah memperolehi 10 CPUV. Kali ini, sekali lagi LeYa menerima 6 lagi CPUV. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi untuk LeYa. Tidak disangka sama sekali LeYa boleh menerima 16 CPUV secara serentak. 


So, kali ni LeYa dapat dari "Old Town White Coffee" dan "Lactacyd: Malay Millenium". LeYa sangat2 mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada blog LeYa untuk meletakkan iklan mereka. Jutaan terima kasih jua buat Mr. Nuffnang yang seringkali memberi CPUV buat LeYa dalam blog ini. 


Buat rakan2 blogger lain yang juga ada dapat sama seperti LeYa ni, LeYa ucapkan tahniah dan moga kita terus berjaya dengan apa yang kita dah usahakan selama ini.

Rezeki dari blog ini bukanlah sukar untuk diperolehinya, namun kita kena tahu cara dan bagaimana untuk menulis bagi mendapatkan duit dari blog. Penulisan yang baik juga akan memberikan impak yang sangat baik terutama buat para pembaca kerana merekalah yang akan menilai hasil tulisan kita sama ada baik, hebat atau biasa2 saja. 

Tidak semua orang dilahirkan mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Mungkin semua boleh menulis, tetapi untuk mengeluarkan sesuatu idea yang bernas ditambah kreatif memerlukan banyak pembacaan, pemerhatian dan usaha untuk cuba berjaya. LeYa sendiri pernah mengalami kejatuhan dalam berblogging, namun semangat juang untuk LeYa berjaya, LeYa teruskan jua untuk buktikan kita mampu berada sama tahap dengan mereka.


Bakat yang ada perlu diasah agar ia akan lebih baik dan terus baik di masa akan datang. Siapa tahu suatu hari nanti dari seorang blogger biasa2, kita mampu menjadi seorang penulis terkenal dan menjadi rebutan ramai pihak.. Ahaha... Bagi LeYa cukuplah sekadar menerima pemberian untuk kehidupan LeYa di zaman serba moden ini. Lain2 hal itu mungkin LeYa akan cuba pertimbangkannya kerana LeYa lebih suka berblogging secara underground.

Ahad, 30 November 2014

Mood Blogging KeLaut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Ahad malam Isnin ni LeYa begitu malas nak update entry. Terasa mood blogging malam ni ke laut. Padahal dari pagi tadi hingga ke petang aktiviti LeYa bersama keluarga terisi dengan sepenuhnya. Pagi lagi ke Hutan Reakreasi Tanjung Tuan, Port Dickson untuk menjalani aktiviti riadah iaitu berjogging di situ sambil saudara-mara mandi-manda di laut. 

LeYa Blog

Kemudian, LeYa dan ibu menuruti MakSu berjalan ke Shopping Mall di Seremban membeli sedikit barang keperluan harian ibu. Pulang semula ke PD lebih kurang jam 6.30petang. Namun, masih malas untuk update entri di blog LeYa ini. Malas sahaja untuk membuka paparan "New Post" dan menulis isi karangan yang ingin diluahkan dari hati nurani.. hahaha...

Dalam kemalasan LeYa itu, tetiba rajin untuk membaca dan mengemaskini code programming blog ni. Dah terasa lama tak membelek coding2 ni. Selepas je tamat pengajian, LeYa pun dengan sengaja dah tak mencuba coding2 baru untuk menambah ilmu pengetahuan. Malam ni menjadi saksi semula untuk LeYa beraksi dengan coding PHP dan Java. Fuuuhhhhh....agak berpeluh jugak lah nak membaca semula. 

LeYa Blog



Sabtu, 29 November 2014

Rezeki Datang Lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah rezeki datang lagi. Bertahun LeYa setia dengan Mr. Nuffnang, masih diberi kesempatan dan ruang untuk LeYa berblogging di dalam LeYa Blog. Rezeki yang hadir ini tidaklah seberapa bagi blogger yang dah memperolehi income beribu. Namun, bagi LeYa ia adalah satu rahmat yang LeYa sendiri tidak menduga akan memperolehinya...

Tanpa diduga dalam bulan November ini LeYa memperolehi Pengiklanan CPUV yang banyak secara serentak masuk ke blog LeYa yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya LeYa masih boleh bernafas lagi dengan sedikit duit dari blog ini. 


Berkat kesabaran dan ketekunan dalam LeYa menulis serta doa restu dari ibu dan ayah dan juga suami tersayang, LeYa sedar dan tahu akan kepentingan dalam setiap inci ruang penulisan yang LeYa tonjolkan di dalam niche blog LeYa ini. Sehingga kini, walau dilanda badai dan onak duri, LeYa mampu kecapi kehidupan serba indah dan bahagia di samping orang-orang tersayang.

Rabu, 19 November 2014

Terima Ujian Dengan Redha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam dunia blogging banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Ada yang suka dan senang dengan kita. Ada yang tidak suka dengan apa yang kita tulis. 

Untuk berjaya, perlu banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuh. Tidak kira dari segi emosi mahupun fizikal. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Bagi LeYa, LeYa masih belum berjaya seperti blogger2 terkenal yang lain seperti HasrulHassan, BenAshaari, Fatin Liyana, Feeqsays.com dan ramai lagi. LeYa sangat kagum dengan ketabahan mereka menempuh segala ujian untuk terus maju dan berjaya. LeYa sering baca artikel2 atau entri abg HH yang banyak membantu LeYa dalam dunia blogging. Beliau sendiri pernah alami pelbagai dugaan. Namun, semua itu yang membuatkan beliau terus bangkit dan berjaya hingga hari ini.

Sama juga BenAshaari. Beliau menerima tohmahan dan dugaan yang sangat berat. Dan kini mampu mengecap kehidupan yang bahagia. Namun, setiap ujian yang kita tempuh tidak sama dengan yang lain. Ada pelbagai kisah yang harus ditempuhi.

Mungkin hari ini kita jatuh.. Tapi suatu hari nanti kita akan bangun semula. Dari ujian itu, dari kegagalan itu kita mampu meneruskan kehidupan kita.


Isnin, 17 November 2014

Posing Depan Kamera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Quick update sebab hari ni LeYa sangat sibuk menyiapkan tugasan Encik Suami. So, takde la banyak sangat nak membebel dalam blog ni. hehehehe.... Lepas buka puasa dan solat tadi, LeYa tertarik untuk menulis tentang gambar kenangan LeYa dan suami. Dah lama rasanya LeYa tak update tentang diri dan gambar LeYa..

Gambar ini sebenarnya LeYa rakam sendiri di rumah berlatarbelakangkan dinding putih. (Konon2 nak nampak macam ambil gambar di studio la..hehe..). LeYa terlalu inginkan sebuah studio gambar sendiri suatu hari nanti. 

PS: Selain tu, pencahayaan dan peralatan/perkakasan yang dipilih juga amat penting. Biarpun simple, hasilnya pasti mengkagumkan :)

leya blog
Cinta Rahsia

leya blog
Mimpi Yang Pasti

leya blog
Manisnya dan Indahnya percintaan apabila sudah bernikah

Ahad, 16 November 2014

Seharum Kasih Kita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

15 November 2014 - Selamat Hari Lahir Sayangku. Semalam merupakan hari lahir buat insan yang LeYa sayangi iaitu incik suami LeYa. Pada Jumaat malam Sabtu, lagi beberapa minit nak pukul 12, Mr. Faizol sampai di perkarangan rumah ibubapa LeYa. Pisat2 mata pergi menjemput incik suami. Seronok sekali dapat bertemu suami setelah hampir tiga minggu tidak bertemu. Hal ini kerana kami masing-masing kerja di lain-lain tempat.

Sabtu menjelma jua. Di waktu petang, kami sekeluarga bersiap untuk ke rumah saudara di Sepang bagi meraikan majlis sambutan hari lahir bulan November dan diadakan juga sedikit majlis tahlil untuk ahli keluarga yang telah kerahmatullah. Bertungkus lumus incik suami membakar ikan, kerang, ketam dan macam-macam lagi di tempat memanggang api. 

leya blog
Solat Berjemaah dan Tahlil

leya blog
I love you

leya blog
Happy Birthday Novemberian

leya blog
Romantik tak kami..hehe...

Percutian hujung minggu LeYa kali ini sangat seronok disamping insan tersayang dan bertambah erat hubungan silaturrahim antara LeYa dan suami serta ahli keluarga yang lain.