Ahad, 23 Februari 2014

Merawat Kualiti Tidur Dengan Baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kembali kita dalam suasana yang aman damai di bumi Malaysia ini. Sejak kebelakangan ini, LeYa sudah mula kurang dalam menulis di blog buruk ini.. Ahahaaa... 

"Oh Tidak! Tidur ku sejak akhir2 ni tak cukup.." Kita seringkali merungut apabila tidur kita tidak cukup.  Bangun seawal pagi untuk bersiap ke tempat kerja dan melangkah terus masuk ke pejabat serta menyemak kerja2 yang lepas. Tanpa membuang masa, kita tidak sedar saban hari kita sering habiskan masa dengan kerja dan kerja. Ya! kita kerja untuk mencari nafkah.. Untuk memberi kehidupan sempurna pada diri kita dan lebih penting pada ahli keluarga kita. 

Tepat jam 5.30 petang, kita bergegas pula menuju ke kereta dan meluncur laju membelah jalan raya yang penuh sesak untuk sampai ke rumah. Di rumah, kita sebagai wanita pula sekali lagi sibuk untuk menyiapkan juadah makan malam untuk suami dan anak-anak. Pasti ketika itu kita akan rasa terkejar-kejar dan badan akan rasa sangat letih kan.

Sememangnya, rutin harian kita lalui itu tidak dapat dielakkan selagi kita bergelar manusia dan khalifah di muka bumi ini. Namun, tidakkah kamu sedar bahawa kini kita mempunyai teknologi yang canggih untuk merawat masalah kualiti tidur kita yang tidak sekata. Ia amatlah berkesan dan mudah dilaksanakan.

tahukah kamu semua bahawa ianya adalah :
   - pelaburan sekali seumur hidup
   - merupakan cara yang paling murah

Dengan memiliki Bio Velocity Sleep Mate di setiap rumah, hanya 10minit kita sudah akan rasa segar dan nyaman apabila melaksanakan tugas harian pada hari berikutnya. 

BVSM amat sesuai digunakan untuk:
a) Pesakit Gout
b) Pesakit Ashtma
c) Kualiti tidur tidak baik (imsomnia)
d) Kesakitan otot
e) Pesakit kencing manis
f) Tekanan hidup (Kerja & Pembelajaran)
g) Senggugut
h) Pesakit Strok
i) Gaya hidup tidak baik (merokok, kaki botol)
j) Tekanan Darah Tinggi
k) Sakit sendi
l) Terdedah kepada persekitaran radiasi

BVSM
BVSM mampu merawat kualiti tidur yang tidak cukup lebih-lebih lagi pada wanita2 yang saban hari berkejar ke pejabat dan rumah bagi menjalankan rutin harian. Kini, BVSM juga mampu milik serendah RM 55.00 sebulan bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkannya secara tunai. 

BVSM

Jumaat, 21 Februari 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Salam Jumaat semua... Apa khabar?? Di hari Jumaat ni marilah kita perbanyakkan zikir harian. Tak salahkan sambil kita berblogwalking atau tunggu page loading, kita boleh berzikir di dalam hati. Mudah-mudahan selepas ini zikir sentiasa terucap di bibir sepanjang hari.
 
 

 


Sabtu, 15 Februari 2014

Jom Jumpa Blogger LeYa di KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Hai all... Fuuuhhhh....fuuuhhhh... banyaknye sawang2 dan habuk kat blog ni... Lama betul LeYa tak tengok dan jenguk2 sini... Blogwalking ke blog rakan2??? Ha! jika berkesempatan je LeYa akan baca blog korang... hehehe...Pada blog2 yang LeYa tak sempat datang, LeYa minta maaf lah ye..

Sekejap je masa berlalu kan... Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan Februari 2014 dah...

Banyak juga blog2 yang LeYa perhatikan dah berwajah baru. Rajin betul la korang ni kan... Alhamdulillah rezeki LeYa sekarang ni bertambah walaupun tidak seberapa. Cukup untuk keperluan hidup seharian.

Hari ni, LeYa sedang menyiapkan satu projek Website yang diminta pelanggan.

myProperty Agent
Antaramuka yang LeYa telah bangunkan...
Pada blogger2 yang LeYa sayangi, nak jumpa LeYa boleh dah sekarang ni...Sebab LeYa dah berdekatan dengan KL/Putrajaya. hehehehe....

Jumaat, 10 Januari 2014

Oh Tidak!

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...
 
Lama sudah LeYa tak update blog ni. Dah berhabuk pun kan... hehehe... Ke mana LeYa menghilang sebulan dua ni. Okay guys! LeYa sekarang dah bekerja dan di rumah sewa LeYa belum ada connection Internet untuk LeYa online hari2. hehe...
 
So, sekarang ni dah pandai sikit... LeYa update di office LeYa. hehe... Bukan ngular tau... Amek mase sikit je.. Haha...
 
Tak lambat LeYa nak ucapkan "Happy New Year 2014" pada rakan2 blogger. Diharapkan tahun ini memberi 1000 erti yang bermakna buat kawan2 semua.
 
Oh Tidak! LeYa nak mula kerja dah.. bubye...tata..titi..tutu...

Ahad, 1 Disember 2013

CPUV ke-3 untuk November ini.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ha! Seminggu LeYa tak tengok blog... Rupanya LeYa dapat lagi satu CPUV dari Mr. Nuff yang tidak jemu menghantar ke blog kesayangan LeYa ini.. Alhamdulillah sekali lagi.. Moga dengan pencapaian ini LeYa cekal dan tabah dalam menjadi seorang blogger.

Okay, kali ni LeYa dapat iklan dari "Mah Sing Southville".  Terima kasih Mr. Nuff kerana sudi memberi pengiklanan buat blog LeYa yang tidak popular ini.. Hehe...

Sabtu, 30 November 2013

Kehidupan Baru LeYa

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah seminggu lamanya LeYa tak menonjolkan cerita2 di blog ini. Dan seminggu juga lah LeYa telah mula bekerja di Putrajaya. Oleh kerana LeYa masih belum punyai connection Internet di sana terpaksalah menunggu hujung minggu untuk pulang ke rumah dan mengemaskini blog kesayangan ini. 

Seminggu LeYa bekerja dengan suasana yang baru memberi LeYa satu lagi pengalaman dalam meniti kehidupan harian ini. LeYa berkenalan dengan rakan2 sepejabat baru dan menjalani sedikit latihan di hari pertama sebelum memulakan tugas pada hari berikutnya. Segala penerangan yang diberi oleh Pegawai yang In-Charge kepada staff2 baru seperti LeYa itu amat baik dan mudah mesra. 

Walaupun LeYa kini telah mendapat kerjaya di dunia realiti yang LeYa inginkan, LeYa masih kekal bersama blog dan blogger2 lain menambah ilmu serta sedikit pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan di dunia yang serba canggih ini... hehe...


Oleh itu, sebagai hamba Allah S.W.T., kita sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dan pohonlah apa yang diingini agar suatu hari nanti doa kita akan dimakbulkan. Cuma cepat atau lambat kita tidak tahu. Hanya bersangka baik pada Allah dan berbuat baik serta bersabar jika ditimpa musibah. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, LeYa lega sudah punyai kerjaya sebelum berkahwin.