Memaparkan catatan dengan label unifi TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label unifi TV. Papar semua catatan

Isnin, 11 Jun 2018

Filem Terbaik Harus Ditonton Sepanjang Aidilfitri Bersama Unifi TV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak penghujung Ramadhan. Menjelang Aidilfitri ini, Unifi TV akan menyiarkan Top Best Movies untuk ditonton sepanjang Syawal bersama seisi keluarga. 

Sudah menjadi kebiasaan, bilamana ramai yang akan membicarakan apa rancangan terbaik yang akan disiarkan sepanjang bulan Syawal ini. Sebagai antara "kaki movie" yang boleh dikatakan agak tegar ini, jom LeYa kongsikan filem terbaik yang wajib ditonton oleh pengguna Unifi TV.


Jangan ketinggalan untuk tonton filem kegemaran korang di rumah atau di mana sahaja dengan aplikasi Unifi Play TV dengan hanya RM10/filem. Korang juga dapat menikmati filem dengan seberapa banyak yang korang inginkan selama 48 jam!

TOP FILEM UNTUK ANAK-ANAK ANDA!


Bukan setakat filem kegemaran korang sahaja, malah untuk anak-anak korang juga Unifi TV ada sediakan. Memang syok habissss! Confirm anak-anak korang tak akan ke mana-mana atau buat aktiviti yang tak berfaedah bila filem kegemaran mereka ditayangkan di TV. 

TOP FILEM UNTUK ANDA!


Bagi pengguna Unifi TV, korang tak perlu lagi untuk mendaftar kerana korang boleh terus menontonnya di kaca TV atau di Smartphone korang. Yang hanya korang perlu laksanakan adalah langgan setiap pembelian filem yang korang ingin tonton itu menerusi 3 langkah mudah di bawah ini.



Jadi, LeYa mengucapkan Selamat Menonton! Semoga hubungan kekeluargaan setiap keluarga semakin kekal utuh dengan menjalankan aktiviti menonton bersama-sama ini. Jom Tonton Unifi TV sekarang!

Khamis, 31 Mei 2018

Share-Share Ramadhan Bersama Unifi TV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dua minggu umat Islam menunaikan kewajipannya berpuasa di bulan Ramadhan. Menjalani kehidupan sebagai muslim dalam bulan Ramadhan ini merupakan satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Inilah masanya untuk semarakkan semangat share-share di antara kita!


Unifi TV menyiarkan tawaran rancangan dan filem menarik sepanjang Ramadhan ini dengan “Share-Share Ramadhan” untuk memberi pelanggannya teroka aktiviti-aktiviti menarik bagi mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga. Jom terokai keindahan bulan Ramadhan dengan lebih bermakna bersama unifi TV!





Share-share program merupakan rancangan terbaik di bulan yang mulia ini kepada semua pelanggan unifi TV untuk bersama menontonnya seisi keluarga. Korang akan disajikan dengan filem terhebat sehingga 24 jam setiap hari di saluran Dunia Sinema dan percuma sehingga 30 Jun 2018. Seterusnya, korang juga akan dapat menikmati kesemua rancangan kegemaran korang dan share-share kan lah keseronokan sekeluarga dengan Pek Aneka seperti Inspirasi untuk Sahur dan Iftar, Siapa kata belajar tu boring?, Pilihan blockbuster terbaik!, Drama-drama ekslusif untuk sekeluarga dan banyak lagi pilihan menanti korang.


Tidak ketinggalan buat korang yang tinggal di kawasan berdekatan untuk kunjungi dan meriahkan suasana bazar Ramadhan dengan aktiviti menarik, makanan yang lazat dan peluang bertemu selebriti di lokasi seperti di bawah:

Kunjungi kami di lokasi berikut dan meriahkan lagi
suasana bazar Ramadan dengan aktiviti menarik,
makanan yang lazat, dan peluang menemui selebriti!
Pukul 5pm – 6.30pm
Jun 2
Bazar Ramadan
Bandar Kinrara 5,
Puchong
Jun 9
Bazar Ramadan Stadium
Melawati Seksyen 13,
Shah Alam

Untuk kaki drama, kaki makan, ulat buku dan kaki movie, unifi nak share-share rancangan menarik dengan korang Ramadhan kali ini. Macam-macam saluran yang sesuai untuk korang semua layan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk Tonton melalui box unifi TV atau muat turun aplikasi Play TV. Selamat Menonton!