Memaparkan catatan dengan label Fesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fesyen. Papar semua catatan

Selasa, 6 Februari 2024

Pertunjukan Fesyen Fazura dan Koleksi Fazbulous Raya 2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Tahniah buat Fazura, selebriti dan usahawan yang telah meluncurkan koleksi Fazbulous Raya 2024 sempena pertunjukan fesyen khas FAZURA yang dianjurkan di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA. 

Acara tersebut telah dimeriahkan lagi bersempena kehadiran Ramadhan dan Syawal tahun ini yang dihadiri oleh suami, Fattah Amin, ahli keluarga Faz dan Fattah, rakan artis, para pempengaruh media sosial tempatan, agen FAZURA dan rakan media yang berkumpul untuk menyaksikan koleksi Fazbulous Raya 2024.

Baru-baru ini, Tudung FAZURA Black Label telah menawarkan koleksi ALhambra, shawl bersulam dari fabrik premium chiffon yang mengambil inspirasi keindahan seni bina Islam di Sepanyol abad ke-13, sebagai koleksi sulung tahun 2024.




Menurut Fazura atau mesra dikenali dengan Faz, beliau rasa sangat bersyukur kerana diberikan rezeki pada tahun 2024 untuk melanjutkan semula pertunjukan fesyen Fazbulous Raya yang sentiasa dinantikan peminat jenama FAZURA. Ia juga adalah ruang dan peluang kepada Faz dan Fattah untuk terus mendekati para peminat produk FAZURA dan perjalanan kerjaya professional mereka.

Koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini antara lainnya mengetengahkan tiga koleksi Tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna yang berinspirasikan bunga-bungaan manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden. Kesemua 30 corak menarik ini bakal menemui peminat Tudung FAZURA berserta dengan barisan baju Kurung Kedah, Kurung Moden dan Kebaya dan Ready-to-Wear yang mana sesuai untuk suri teladan yang anggun menawan.

"Alhamdulillah Faz dan Fattah masih belum sempat merancang sepenuhnya kerana kami sekeluarga termasuk Fatima sangat sibuk dengan penggambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan yang kian hampir. Tahun 2024 adalah tahun yang istimewa kerana Faz dan Fattah tampil bersama dalam filem Pendekar Awang, kemudian kami juga dianugerahkan projek oleh satu stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan drama yang buat julung kalinya dibintangi oleh kami berdua dan Fatima. Faz sangat terkejut melihat Fatima sangat selesa berlakon dan kehadiran Fatima di set penggambaran sangat menghiburkan semua kru kerana keletahnya yang pandai melayan dan tidak kurang disiplin sebagai pelakon baharu di usia muda."

Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di 

Website

Aplikasi Fazura

ShopeeMall 'fazuraofficialstore'

atau dari Besties dan agen FAZURA dalam bulan Mac 2024

Isnin, 27 September 2021

HURRY! Grab Koleksi Hasnuri Terbaru Dengan Tawaran Menarik dari LF OUTLETS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hasnuri.com, LeYa pasti ramai ingat dengan nama ini yang kian menjadi trending di tanahair kita. LeYa sendiri suka akan rekaan dan warna yang ditampilkan oleh Koleksi Hasnuri. Kali ini, sekali lagi Hasnuri ada mengeluarkan koleksi baru iaitu Suit Lala dan Jubah Khairaa Cardigan

SUIT LALA

Suit Lala direka khas buat penggemar suit mini moden berseluar dengan gaya kasual moden sesuai dijadikan pakaian harian kekal selesa dan boleh digayakan sepanjang hari walaupun hanya di rumah.


Material : High Quality Heavy Como Crepe
Pattern : Plain



JUBAH KHAIRAA CARDIGAN

Jubah Khairaa Cardigan direka khas buat penggemar jubah cardigan dengan gaya anggun minimal agar tampil cantik bergaya dan menyerlahkan aura wanita masa kini.


Material : High Quality Heavy Como Crepe
Pattern : Plain


OFFER CLEARANCE WAREHOUSE

BUY 3PCS RM100 
EXCLUDE POSTAGE

 



Eheemmm... Tidak kah anda mahu ingin mendapatkan Koleksi Hasnuri dengan promosi yang berbaloi lagi menjimatkan? Anda juga boleh miliki sendiri koleksi-koleksi lain di laman facebook dan instagram seperti di bawah.

Facebook

Instagram

Selasa, 28 Julai 2020

Dapatkan Kasut Orthotic dan Pemeriksaan Kaki di JennOrtho, Mid Valley Megamall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

KAKI adalah salah satu anggota badan yang penting perlu diambil perhatian. Kaki bukan sahaja membantu kita dalam pergerakan seharian malah ia merupakan keseimbangan badan. Rata-rata hari ini, ramai pandang enteng atau kurang memberi perhatian terhadap penjagaan kaki mahupun tapak kaki. Selama hari ni kita merasakan yang tapak kaki kita normal sebab boleh berjalan seperti biasa. Tapi, anda kena sedar dan tahu yang tapak kaki tidak normal boleh menyumbang kepada banyak penyakit. Antaranya adalah sakit tulang belakang, lenguh badan dan lain-lain. Okay, jom ikuti sedikit pengalaman LeYa mengenai kesihatan tapak kaki yang anda harus tahu.


Sama seperti busana yang memerlukan penampilan yang cantik dan elegan, pastinya si pemakai turut tidak mahu mendedahkan keburukan yang ada pada kaki dan tapak kakinya. Jadi, sebelum ia menjadi lebih buruk, ada baiknya untuk anda berusaha pergi merawatnya yang boleh didapati di JennOrtho yang terletak di tingkat 2 Mid Valley.


JennOrtho ini diterajui oleh Dr Edmund Lee, pakar Ortotik dan Prostetik yang cukup terkenal di Malaysia. JennOrtho membantu anda menjaga kaki dengan memberi tumpuan kepada biomekanik dan menggunakan penyelesaian menyeluruh yang melibatkan produk ortotik, penjagaan kaki dan penjagaan kesihatan. 

Di JennOrtho, anda boleh membuat pemeriksaan pengimbasan kaki secara percuma. Ia turut menawarkan pemeriksaan kaki secara Perubatan Ortotik Custom 3D (3D Custom Medical Orthotics) yang mana ia adalah shoe inserts atau insoles yang direka khas dalam kasut anda seperti kasut sukan, kasual, pakaian, diabetic dan aktiviti khas. 3D Custom medical orthotics membantu kaki anda berfungsi dalam keadaan neutral yang optimum dan menghilangkan rasa kesakitan dari badan serta mengimbangi ketidakseimbangan di mana sahaja di bawah kaki, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan punggung.


Dengan menggunakan kaedah pengesanan lanjutan, anda boleh yakin bahawa kaki anda mendapat rawatan terbaik yang ada. Dengan fokus pada penjagaan kasih sayang, Jenn Ortho juga merupakan pilihan yang tepat untuk masalah ortopedik kanak-kanak.


Setelah selesai membuat pengimbasan kaki, para pelanggan yang datang akan diberi sedikit konsultansi mengenai masalah kaki berdasarkan imbasan yang telah dilakukan. Kemudian, mereka di JennOrtho akan menyarankan tapak dalam kasut (insole) dan kasut yang bersesuaian untuk mengatasi masalah tapak kaki tidak normal itu.



Ada banyak insole yang boleh didapati di sini. Antaranya yang ready-made dan juga custom-made mengikut tapak kaki yang bersesuaian pada pelanggan. Memang menarik dan lengkap segalanya ada di sini. Korang yang nak tahu sama ada tapak kaki korang normal atau tidak, boleh kunjungi ke JennOrtho mulai sekarang.

Bersempena pembukaan rasminya pada 29 Jun lalu, JennOrtho ada menawarkan promosi kepada yang berminat untuk mendapatkan insole dan kasut.
  • Promosi Custom-made insole - Harga Asal : RM2399, Harga Promosi : RM2199
  • Promosi Insoles Ready-made untuk JennKids (dengan kasut) - Harga Asal : RM1299, Harga Promosi : RM899
  • Promosi Insoles Ready-made Dewasa - Harga Promosi : RM999
  • Promosi Keluarga : Beli 2 PERCUMA 1


Menarik kan! Jadi, tunggu apa lagi? Jom lah ke JennOrtho sekarang untuk menjalani pemeriksaan kaki dan mengetahui tahap penjagaan kaki dengan betul. Sebelum terlambat, jom mulakannya sekarang untuk menjaga kesihatan kaki kita.

JennOrtho
S-011, Second Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Website

Facebook

Instagram

Waktu Operasi
10.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari)


Selasa, 7 April 2020

8 Warna Family Sedondon Yang Akan Hangat Menjelang Raya Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Buat peminat dan pencinta "Raya Sedondon" bak lagu kumpulan Sepahtu, ini ada koleksi sedondon satu keluarga yang menjadi trend hari ini. Koleksi khas CASEY FAMILY SEDONDON ini jika digayakan bersama-sama dan berkumpul beramai-ramai pasti MELETOP kan! Lagi pula bila keluarga kita dan semakin besar. Okay! Jom tengok warna pilihan yang akan menjadi hangat tahun ini.

1) Maroon

Klik Sini untuk order Casey Family Sedondon

2) Dusty Purple

Klik Sini untuk order Casey Family Sedondon

3) Navy Blue
Klik Sini untuk order Casey Family Sedondon

4) Mint Green
Klik Sini untuk order Casey Family Sedondon

5) Purple
Klik Sini untuk order Casey Family Sedondon

6) Baby Blue
Klik Sini untuk order Casey Family Sedondon

7) Grey
Klik Sini untuk order Casey Family Sedondon

8) Black
Klik Sini untuk order Casey Family Sedondon

Memandangkan negara kita sekarang PKP dan kebanyakan bazar Ramadhan dibatalkan tetapi ramai sudah yang buat Bazar Ramadhan Online, jadinya, raya tetap on! Apa tunggu lagi? Jom order sekarang Set Family Sedondon dengan LF Outlet & Collections!

HARGA
Klik Sini untuk order Casey Family Sedondon

Kalau nak tahu lagi, semua koleksi LF Outlet & Collections adalah slim fit. Barulah kacak dan bergaya di pagi raya nanti kan. Koleksi Casey Family Sedondon juga didatangkan dengan saiz bermula dari XXS, XS, S, M, L, XL, XXL dan XXXL.

Setiap rekaan koleksi yang disenaraikan di atas pastinya SELESA dan akan menjadi HOT ITEMS koleksi busana hari raya tahun ini. Kita doakan sahaja segalanya beransur pulih dan kembali seperti sedia kala untuk kembali menggayakan fesyen-fesyen baju raya pada tahun ini.

Jumaat, 27 Disember 2019

Tampil Bergaya Dengan Kurung Moden Felycia Exclusive Di Tahun Baru 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tampil Bergaya Dengan Kurung Moden Felycia Exclusive - Okay guys! Lama LeYa tak kongsi dengan korang penampilan dengan kurung moden yang semakin berleluasa ni kan. LeYa sendiri tak terikut trend personaliti dan penampilan yang mewarnai dunia fesyen hari ini.


Tampil Bergaya Dengan Kurung Moden Felycia Exclusive

Tahun Baru 2020 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Wanita bekerjaya pastinya memerlukan baju kurung yang tidak perlu gosok (ironless) untuk memudahkan waktu pagi mereka tanpa perlu kelam-kabut menyiapkan kerja-kerja rumah sebelum ke tempat kerja.

Sebagai wanita bekerjaya, penampilan dan kecantikan sangat dititikberatkan untuk lebih berkeyakinan dan tampil elegan di hadapan orang ramai.

Menggunakan namanya sebagai Kurung Moden Felycia Exclusive, koleksi baju kurung ini sentiasa mendapat perhatian golongan wanita yang mahu tampil cantik dan bergaya kerana tidak perlu gosok, tidak berkedut, kain sejuk bila dipakai, jenis kain Sutera Dobby dan Nursing Friendly yang memudahkan untuk mengambil wudhuk bagi wanita muslimah.


Terdapat lima pilihan warna yang gorgeous buat golongan wanita untuk memilikinya. Selain itu, rekaan kurung moden ini bermotifkan Songket Tenun Exclusive dan Cutting kain berbentuk kain Duyung yang tidak ketat dan sangat selesa dipakai. Mempunyai saiz dari S sehingga XXL, Kurung Moden Felycia Exclusive mendapat tempat di hati peminatnya. Paling tak sangka sekali, warna baju tidak akan luntur apabila dibasuh.

Maka, tidak hairanlah golongan wanita bekerjaya sering mendapatkannya dan sanggup mengumpul duit untuk membeli Kurung Moden Felycia Exclusive ini.


Korang boleh memilih dari jenis warna kesukaan korang. Yang menariknya korang akan menerima FREE BROOCH EXCLUSIVE HF bernilai RM49 dengan pembelian dua pasang ke atas Kurung Moden Felycia Exclusive. Malah, koleksi ini eksklusif dijual di LF Outlets dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau butik.

Tawaran Brooch ini terhad kepada yang terawal sahaja. Jadi, jangan tunggu lama sebab dikhuatiri akan kehabisan stok nanti. Apatah lagi nak menjelang Tahun Baru 2020 ni, pasti ramai yang nak pakai baju baru yang cantik-cantik kan.

Jom tengok koleksi yang ada. Gayakan penampilan ke tempat kerja korang dengan Kurung Moden Felycia Exclusive berharga RM110 untuk Semenanjung Malaysia dan RM115 untuk Sabah/Sarawak.

Maklumat lanjut mengenai pesanan atau tempahan Kurung Moden Felycia Exclusive, boleh buat melalui

WhatsApp
+6 017 632 1680

Instagram

Selasa, 1 Oktober 2019

Bridal Bouquet Ultimate Tips in Selecting Your Own Wedding Bouquet with Little Flower Hut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

It is extremely important and essential to select your own wedding bouquet design because you may only be getting married once in your life. As you look forward to that special day, you should think also about the most important accessory you are going to wear on your wedding day, your own bridal bouquet. Expert’s advice on Flower Delivery for the bouquet and flowers needed for the big event should also be considered. The Little Flower Hut Florist assures you that your wedding flowers are properly taken care of if you follow these ultimate tips in selecting bridal bouquet:


Let Your Bridal Gown Design Help You Pick the Perfect Bouquet

According to the professional wedding florist, it is best to let the bridal gown be your guide when choosing and picking the design of your bridal hand bouquet. If you plan to wear a very luxurious bridal gown, you might want to consider carrying a simpler bouquet. On the other hand, if you plan to wear simple but dainty gown on your wedding down, the florists suggest that you pick a bouquet that is more elaborated to compliment the gown.

Harmonize the Flowers of Your Bouquet with that of the Bridesmaids

Creating harmony in the bouquets in your wedding is important, too. You have to coordinate your wedding bridal bouquet with that of the bridesmaids. If you want their bouquets to have a single type of flower, make sure that this type of flower is also incorporated in your bouquet. Let your wedding florist assist you with the color choices and designs. 


Use the Wedding Theme as Your Guide

The wedding theme also plays an important role in picking and selecting the right flowers and bouquet design for the wedding. There should be one basic style or color of flower arrangement to coordinate the bouquets and flowers together. You can rely on the florist for the unique designs and for the on time and high quality florist delivery of the needed flowers.
 

Go within Your Budget

Wedding flowers can get very expensive and too lavish if you are not mindful of it. In creating your own wedding bouquet, it is also important to be practical. By setting your budget for the flowers and by simply going within the budget, you will never go wrong with the Flower Delivery of your own bridal bouquet. Your flowers will surely be at your budget range.

More information about Bridal Bouquet, click the details below

Website

Facebook

Selasa, 21 Mei 2019

Raikan Kemeriahan Hari Raya Bersama "Raya Bergaya" Sungei Wang Plaza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang pasti teruja kan bila LeYa akan cakap tentang shopping Raya. Yelah kan... Masa ni lah diskaun sana-sini. Semuanya murah-murah dan boleh berjimat dalam perbelanjaan. Okay... Jom ikut LeYa!


Raya Bergaya dengan Sungei Wang Plaza

Baru-baru ini LeYa ada singgah Sungei Wang Plaza bagi meraikan kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

Seperti yang kita maklum, Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian tradisi dan perayaan yang mana setiap orang akan berkumpul untuk berkongsi dan mengalami kepelbagaian unik dan ini mencerminkan kejayaan bagi sesebuah negara itu sendiri. Bersempena dengan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, Sungei Wang mengalu-alukan dan bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh kegembiraan ini untuk merayakan perayaan ini dengan bertemakan "Raya Bergaya" kepada seluruh pembeli tempatan dan antarabangsa.


Bagi meraikan kemeriahan Hari Raya ini, Sungei Wang menjemput anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera untuk sama-sama berbuka puasa di Nando's. Sebelum itu, anak-anak dibawa ke bahagian lantai konsert untuk menyertai bengkel anyaman ketupat bersama pakar-pakar anyaman. Ketupat mereka ini akan dipaparkan sebagai hiasan di Raya Bergaya Sungei Wang sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.



Mereka juga turut diberi duit raya dan bergambar di pentas sebagai kenang-kenangan bersama Raya Bergaya Sungei Wang.


Kemudian, kanak-kanak dan para media di bawa ke Nando's untuk sessi berbuka puasa dan acara diakhiri dengan pemberian Bag Goodie buat anak-anak sebelum pulang.


Jom Beli-Belah Dengan Raya Bergaya Sungei Wang

Korang mesti tak sabar-sabar part yang satu ni kan. Beli-belah di musim perayaan dengan tawaran diskaun berbaloi-baloi. Kalau nak tahu lagi, Sungei Wang memulakan kempen Raya Bergaya ini bermula 3 Mei hingga 9 Jun 2019. Atrium Sungei Wang telah dihiasi dengan berkonsepkan Arab dan terdapat ketupat moden dengan emas berkilauan bagi mewujudkan semangat raya dan sensasi keanggunan yang memukau dalam meraikan keriangan Hari Raya.

Menariknya lagi, korang pasti seronok bilamana dapat berswafoto dengan hiasan ketupat moden bersama konsep Arab yang disertai terowong berkilauan dan gantungan ketupat dan lampu LED ini.


Pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen Raya Bergaya korang boleh sertai.  Antaranya adalah persembahan Tarian Raya Bergaya dan Raya Live Band Performance pada setiap hujung minggu bagi memberikan lagi rasa suasana  raya membeli-belah sepanjang musim perayaan ini. 

Selain itu, korang juga boleh sertai make-up tutorial dari pakar SCCA pada 25 Mei 2019. Para social influecers, Alya Zulaikha, Lena Sabrinaa, Miers Leydia dan Myra Muzaffa akan tampil di pentas bagi persembahan fesyen dan seterusnya bertemu dengan pengikut-pengikut mereka. Inspirasikan gaya fesyen korang dengan modern hijab dressing skills bersama selebriti terkenal Didi Astillah, Syada Amzah dan Adam Lee yang akan menghakimi Hijab Fashion Competition pada 26 Mei 2019 ini. 

LeYa nak bagitahu juga kat korang ni. Jangan lepaskan peluang untuk belajar cara membuat anyaman ketupat moden dan Arabian Sand Art Key Chain pada hujung minggu. 



Pembeli yang telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM120 dengan maksimum dua resit terkumpul akan menerima set Sampul Raya Eksklusif Raya Bergaya Sungei Wang. Manakala, pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM388 dalam maksimum dua resit terkumpul melayakkan korang untuk menebus set eksklusif Sungei Wang Rainbow Cutlery. Segalanya tertakluk kepada terma dan syarat.


Untuk sebarang maklumat mengenai aktiviti dan promosi Sungei Wang, bolehlah layari:

Website

Facebook