Memaparkan catatan dengan label Buffet Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buffet Ramadhan. Papar semua catatan

Khamis, 30 Januari 2025

Buffet Ramadan 2025 : From Kampung Street to Jalan Ampang di Cornerstone IPC

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Ramadan 2025 kembali lagi! Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak berpuasa semula. Korang dah habis ganti puasa ke belum tu? Kalau belum baik cepat-cepat ganti ya. Hehehe... 

Ok lah... back to story... Kali ni LeYa dengan berbesar hatinya nak kongsi dengan korang semua tentang salah satu port berbuka puasa menarik yang terdapat di ibu negeri kita iaitu Kuala Lumpur. Lokasinya berada di Cornerstone IPC, Jalan Ampang.

BUFFET RAMADAN 2025: FROM KAMPUNG STREET TO JALAN AMPANG

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, sudah tentu seluruh umat Islam akan berkumpul seisi keluarga mahupun rakan-rakan untuk berbuka puasa. Selain dari melaksanakan ibadah puasa, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga. Jadi, ayuh kita sama-sama raikannya!

Suri Catering & Event Services dan Merindu Savior Events & Management yang telah bekerjasama hampir 10 tahun dalam perniagaan acara dan majlis telah mencetuskan Buffet Ramadan 2025 dengan temanya From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0. Ini seterusnya menjadikan lokasi wajib yang korang patut cuba jika berada di Kuala Lumpur.

Duo gabungan Zaza Sabran, Pengasas Merindu Savior Events & Management dan Ahmad Anas B. Mustafa Kameel, Ketua Pegawai Eksekutif Suri Catering & Event Services menjadikan pengalaman pengunjung untuk berbuka puasa dengan ledakan gastronomi menerusi seleksi menu dalam suasana eksklusif.

Okay... Pasti ramai tertanya-tanya apakah menu menarik yang mereka tampilkan di Cornerstone IPC? Bertepatan dengan tema, konsep, menu dan dekorasi From Kampung Street to Jalan Ampang, terdapat lebih 150 jenis hidangan tradisional Melayu dari seluruh negeri. Antara menu yang ditawarkan kepada pengunjung dan merupakan sajian signature adalah Gulai Kawah, Lauk Pauk Ala Kampung seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pekasam, Tempoyak Daun Kayu, Menu Warisan seperti Lempeng, Ubi Kayu Rebus dan banyak lagi.



Menu kampung yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ini dihasilkan oleh barisan chef berpengalaman dan mempunyai air tangan yang mempu menyempurnakan buka puasa korang.

Tidak ketinggalan juga bagi peminat pemanis mulut pasti akan dapat mengakhiri sajian korang dengan Aneka Dessert, Kuih Muih, Bubur dan semangkuk ABC yang enak. Paling istimewa minuman panas dia iaitu Teh Tarik. Memang terbaik dan sedap!



Lokasi yang strategik untuk pengalaman berbuka puasa yang unik di Cornerstone IPC, Jalan Ampang menjadi pilihan kerana lokasinya yang berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia pasti dapat memberikan peluang kepada warga kota yang merindukan makanan asal usul mereka dengan menikmati hidangan tradisional di sini.






HARGA BUFFET RAMADAN 2025: CORNERSTONE IPC JALAN AMPANG

Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 menawarkan tawaran sebanyak 

  • KANAK-KANAK : RM49.90 (berusia 6 tahun - 12 tahun)
  • WARGA EMAS : RM69.00
  • DEWASA RM129.90
Selain itu, Merindu Savior dan Suri Catering telah melancarkan harga promosi menarik sebanyak RM103.90 kepada pengunjung yang membuat tempahan awal sebelum 28 Februari 2025.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan gabungan tradisi, rasa dan kreativiti yang sempurna di Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0.

 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan Ramadan, boleh hubungi :

ABDUL MUTALIB B. ABDUL SHUKOR | +6018-2255 465

 

Jumaat, 24 Mac 2023

Buffet Ramadan 2023 - Buka Puasa Dengan Suasana Penuh Kedamaian Di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hari ni mesti korang dah settle kan untuk menu berbuka puasa tadi? Pasti semua dah kekenyangan. Dan pasti ada yang sudah berkira-kira atau planning nak berbuka di mana esok memandangkan hari cuti. Kalau korang belum ada idea nak berbuka puasa kat mana esok, jom LeYa nak kongsi dengan korang semua satu lokasi yang pasti membawa korang kembali ke alam semula jadi dan dapat menjauhkan diri dari kesibukan kota.

Buka Puasa Dengan Suasana Penuh Kedamaian Di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation merupakan tempat penginapan kontainer terbesar di Malaysia. Ia menyediakan aktiviti yang terbaik untuk teambuilding, hari keluarga, acara sukan dan perkhemahan. Korang boleh berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti seperti memanah, paintball, berbasikal, berkayak, aktiviti "high rope" seperti flying fox, wall climbing atau aktiviti lasak lain seperti meredah hutan dan sungai serta ATV.

Di bulan Ramadan ni juga, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation tidak ketinggalan untuk menyediakan lebih 200 menu masakan tradisional Malaysia, Asia dan Timur Tengah. Antara makanan yang korang boleh cuba Nasi Mandy dan Nasi Kabsa yang sememangnya sedap dan kena dengan citarasa LeYa. 


Bertemakan "PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI", Semenyih Eco Venture Resort & Recreation dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) menawarkan program dalaman dan luaran seperti:

Program Perkampungan Madani Ramadan Dihayati

Pakej Madrasah Ramadan - RM1990.00 seorang
23 Mac - 20 April (Sebulan)
Aktiviti:
- Kelas pengajian kitab
- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail
- Berbuka puasa, moreh dan sahur
- Aktiviti Outdoor
- Iftar Jamaie

Pakej Lailatulqadar - RM1990.00 seorang
12 April - 21 April (10 malam terakhir)
Aktiviti:
- Kelas pengajian kitab
- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail
- Berbuka puasa, moreh dan sahur
- Aktiviti Outdoor
- Iftar Jamaie

Bagi yang nak berbuka puasa, korang akan dihiburkan lagi dengan kumpulan nasyid tersohor, Rabbani yang juga merupakan rakan synergi dek kredibiliti mereka yang sangat berpengaruh dan telah mencipta nama tersendiri dalam industri hiburan tanah air.

Pakej Berbuka Puasa Bersama Rabbani

Dewasa : RM68.00

Kanak-Kanak : RM34.00 (6-12 tahun)

Warga Emas : RM40.00 (60 tahun ke atas)

Kanak-kanak 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA

Diskaun juga diberikan sebanyak 30% kepada yang membuat tempahan pada 3 hari pertama dan 3 hari terakhir.







Antara hidangan masakan Melayu dan Timur Tengah yang sempat LeYa menikmatinya. Bukan itu sahaja, aneka kerabu juga ada disediakan sebagai pembuka selera dalam menikmati juadah berbuka puasa. Jom tengok!





Dia punya ikan masin dan aneka sambal pun terbaik der... LeYa memang tak tipu. Korang kalau datang berbuka di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation, mesti kena cuba aneka sambal dia ni tau.


Selain itu, terdapat juga rojak buah dan kuih muih tradisional Melayu bagi menambah lagi rasa keenakan ketika berbuka puasa korang.





Menariknya lagi, bukan sahaja dapat berbuka puasa bersama kumpulan Rabbani, malah sepanjang Ramadan ini juga juga korang boleh memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 2 pakej Umrah tajaan MJ Success Travel & Tours Sdn Bhd, 1 pakej Umrah tajaan As Safa Travel Sdn Bhd dan hadiah harian berupa pakej percutian 2 Hari 1 Malam di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.

Pendek kata korang memang tak rugi menikmati hidangan berbuka puasa di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Bukan sahaja perut kenyang, malah korang juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini. 

Jadi, korang yang merancang hujung minggu ni nak berbuka puasa di luar, apa kata bawa ramai-ramai dan nikmatilah hidangan berbuka puasa dalam suasana penuh kedamaian di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.

Alamat

Lot No PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor

Untuk tempahan, boleh hubungi

017 - 420 9358 / 019 - 2390 668 / 011 - 2814 2816 

Khamis, 23 Mac 2023

Bufet Ramadan 2023 - Selera Nusantara di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Hari ni bermulalah kita sebagai umat Islam di muka bumi ini untuk berpuasa di bulan Ramadan kan. So, semestinya korang dah mula mencari-cari tempat makan best untuk bufet ramadan kan? Bukannya kita nak pergi hari-hari pun, dalam seminggu sekali pun dah dikira 'hadiah' buat diri mahupun keluarga ataupun rakan-rakan untuk menikmati hidangan enak di bulan Ramadan ini. Saja lah kan sesekali beriftar di luar rumah. Jom! LeYa kongsikan tempat makan best di sekitar Shah Alam yang korang wajib terjah bulan Ramadan kali ini!

Selera Nusantara di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam menampilkan Bufet Ramadan 2023 dengan penuh meriah sekali bermula 25 Mac sehingga 20 April 2023 dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Selera Nusantara di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam ini diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara dan telah bekerjasama dalam menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian.

LeYa memang tertarik dengan konsep gerai yang ada untuk setiap hidangan menu yang ditampilkan. Pilih saja gerai mana yang menjadi keinginan korang untuk dinikmati Ramadan kali ini. Yang pasti, pilihan makanan tempatan cukup enak dan menarik.






Lauk pauk tradisional Melayu juga banyak pilihan; antaranya Ayam Masak Lemak Cili Api bersama pucuk ubi, Daging Salai Rebung Sri Menanti, Daging Masak Kerutub, Ketam Masak Kam Heong, Ayam Goreng Berlado Cik Ani, Sotong Sambal Petai, Daging Rendang Minang, Kari Kambing Mamak Style, Ayam Masak Merah Kacang Peas, Ayam Goreng Berdaun Kari dan Udang Mamak Style.

Bukan itu sahaja, menu wajib ada bila Ramadan tiba sudah tentunya Kambing Golek dengan Sos Lada Hitam dan Sos Daun Mint serta Ayam Dara Golek dengan Sos Istimewa, Dim Sum, Kuew Teow Penang Style, Mee Goreng Mamak dan pelbagai lagi pilihan menu istimewa yang korang boleh cuba sepanjang Ramadan kali ini.






Selain lauk pauk, korang juga akan dihidangkan dengan pilihan pembuka selera seperti Jeruk Pak Ali, Telur Masin, Ikan Pekasam, Kerabu Taugeh Pucuk Paku, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Mangga, Kerabu Ikan Bilis, Pasembor Utara, Pasta Salad, Pecal, Keropok Ikan, Papadom dan banyak lagi. Buat penggemar sambal belacan, cencalok dan budu juga ada dihidangkan di sini.



 

Tak ketinggalam Murtabak Ayam/Daging juga ada yaa... Memang sangat sedap ya! Korang bolehlah kali ni makan sepuasnya dan tak perlu berebut-rebut tau.



Aha! Pencuci mulut jangan cakap la. Warni-warni di Aidilfitri gitew. Hehehe... Berderet aneka kuih muih tradisional Melayu, Sago Gula Melaka, Tapai Pulut Daun Getah, Aneka Puding, Cream Caramel, Rojak Buah dan juga Buah-buahan yang menyegarkan.








Memang banyak la makanan yang disediakan. Setakat harga yang korang bayar tu rasanya berbaloi dan puas hati. Dean pun luas dan selesa, berhawa dingin. Ruang tandas, tempat solat dan parkir kereta juga ada disediakan. Dan yang bestnya lagi sepanjang korang berbuka puasa kat sini, korang akan dihiburkan dengan LIVE Band yang cukup mempesonakan, OOTD Corner dan 'Kid Corner' untuk anak-anak bermain.


Isitmewanya, korang tempah sekarang untuk promosi pembukaan pada harga RM88 nett untuk Dewasa.

Selera Nusantara
Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam

25 Mac - 20 April 2023
6.30 petang - 9.30 malam

Harga Bufet Ramadan

Dewasa : RM98 nett
Kanak-Kanak : RM58 nett
Warga Emas : RM58 nett

Untuk tempahan:

Tiktok

Facebook

Instagram


Jadi, korang jangan lepaskan peluang untuk turut serta menikmati hidangan yang cukup enak ini di Bufet Ramadan 2023 - Selera Nusantara Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event. LeYa pasti menu-menu yang ditampilkan meriah dan sedap.