Memaparkan catatan dengan label Advertorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Advertorial. Papar semua catatan

Isnin, 20 Januari 2020

Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan Oleh Faridil Atras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rata-rata hari ini lambakan hotel, chalet dan homestay kian berleluasa. Namun, seperti yang sedia maklum, pengurusan homestay tidak akan memungkinkan kita untuk berada di sana sepanjang masa terutamanya bagi korang yang bekerja sepenuh masa dan homestay korang pula jauh dari tempat tinggal. Jadi, rasa-rasanya apa yang patut korang lakukan? Ikuti selanjutnya dalam artikel ini tentang Pengurusan Homestay yang betul jika nak berjaya dan jadi jutawan Homestay.


Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan

Menguruskan Homestay ini memang ada banyak cabarannya. Cabaran yang paling besar adalah untuk mendapatkan pelanggan dan memastikan homestay kita sentiasa penuh dan mendapat tempahan.

Pasti korang perasan kan ada sesetengah pengusaha homestay selalu sahaja tak menang tangan kerana berjaya mendapat tempahan penuh setiap minggu, bulan dan pada masa yang sama ada juga pengusaha yang sukar mendapatkan penyewa walaupun hanya untuk satu malam.

Jadi, apa kata jom luangkan sedikit masa untuk perkongsian dari Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan yang akan LeYa tulis ini.



Siapa Jutawan Homestay Ni?

Sebelum tu, meh LeYa perkenalkan serba ringkas penulis Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan ni. Penulis panduan ini adalah Tuan Faridil Atras yang merupakan pemilik kepada rangkaian homestay Fardain Place yang telah beliau mulakan sejak tahun 2014. 

Dalam masa 4 tahun, beliau menguruskan bisnes homestay, beliau telah berjaya mengembangkan rangkaian homestay yang bermula dari 1 buah kepada 8 buah homestay di seluruh Malaysia. Kebanyakan pelanggan yang menetap di homestay beliau bukanlah sekadar rakyat Malaysia, malah ada yang datang dari Perancis, Korea, Mesir, Jepun, China, US dan banyak lagi.

Nah!! Ni LeYa kongsikan beberapa keping gambar homestay beliau.
Jutawan Homestay - Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan!

Kepada korang yang ingin tahu lebih lanjut bagaimana Tuan Farid menguruskan homestaynya yang banyak dengan gaya seorang jutawan, bolehlah baca ebook pertama beliau ini yang secara keseluruhannya mengandungi 27 Bab dan jumlah mukasurat sebanyak 115 mukasurat.

Antara isi kandungan panduan ini adalah beliau pecahkan kepada 6 bahagian seperti:
1. Bahagian Pemilihan & Pemilikan Homestay
2. Bahagian Mempersiapkan Homestay
3. Bahagian Pemasaran Homestay
4. Bahagian Pelanggan Check-in
5. Bahagian Pelanggan Check-out
6. Bahagian Mengembangkan Bisnes Homestay

Dalam panduan ini, Tuan Farid akan menjawab segala persoalan, antaranya:

1. Macam mana boleh dapat pelanggan bertubi-tubi?
2. Macam mana nak buat iklan?
3. Sesuai ke rumah saya untuk buat homestay?
4. Macam mana nak hias homestay agar nampak cantik dan eksklusif?
5. Perlu ke sediakan tuala dan sabun di homestay?
6. Macam mana nak elak pelanggan curi atau rosakkan barang?

Nak tahu lagi mengenai isi kandungan panduan ini? Boleh terus ke Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan!

Dan, korang juga bakal menerima Bonus PERCUMA menerusi laman web tersebut.

Ahad, 5 November 2017

Nikmati Makanan Sunnah Jus Madu Epal & Madu Kelulut Asli

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Adakah anda mempunyai masalah lemak berlebihan dalam badan? Jika ya, LeYa ingin syorkan anda dengan produk Jus Madu Epal Kruss dari Kruss Success Enterprise Sdn Bhd. Dengan Jus Madu Epal ini, anda boleh cuba untuk kurus dan bakar lemak yang ada menerusi langkah meminumnya sahaja. 


Jus Madu Epal Kruss - Formulasi Sihat dan Kurus Secara Maksima Dengan Satu Langkah

Tidak hairanlah kenapa produk ini menjadi pilihan. Ini kerana ia adalah makanan sunnah Nabi S.A.W. serta membolehkan pengguna di luar sana dapat merasai keenakan dan kelainan serta keberkesanan produk ini seawal 1-3 minggu. Malah daripada testimoni pengguna, ramai yang telah berjaya atasi masalah lemak dan berat badan dalam masa sebulan mengamalkannya. Bukan setakat itu sahaja, Jus Madu Epal ini mampu menghilangkan tekanan, mengekalkan berat badan yang ideal, melancarkan perjalanan darah, melawaskan usus besar dan kecil, merancang pecah lemak dan melembapkan kulit

LeYa baru sahaja diberikan kesempatan untuk mencuba produk ini. Hmmmm.... terbukti memang sedap sekali Jus Madu Epal Kruss ni. Rasa masam-masam manis gitu. Baru tahu rupanya Jus Madu Epal ini diformulasikan dengan rasa kesedapan Madu Asli dan Cuka Epal. Bila dituang sahaja dari botol, agak pekat dan likat juga jus ni. So, boleh dicampurkan dengan sedikit air untuk dibuat minum.


Sedikit fakta untuk dikongsikan mengenai jus ini. Kepada pengguna diluar sana amatlah penting untuk anda meneliti produk terutama produk yang boleh menguruskan badan kerana dikhuatiri kalau-kalau mendapat kesan sampingan. Sebolehnya LeYa rasa semua orang inginkan kesan positif. Jadi, lebih baik dan seeloknya untuk kita kaji sedikit apa pembaca cuba sampaikan.

Kandungan Jus Madu Epal

Jus Madu Epal mengandungi 70% Madu Asli dan 30% Cuka Epal. Ia adalah manisan semulajadi tanpa bahan perasa tambahan, antioksidan dan bebas kolesterol. Anda boleh juga lihat sendiri senarai kandungan dalam produk madu ini yang tertera dalam gambar di bawah. Semuanya adalah dari sumber alami. Jadi, tidak perlu lagi gusar dan risau mengenai kesan sampingan jika diambil sebagai rutin harian.


Cara Minum Jus Madu Epal

  • Bancuh dengan air panas atau sejuk (1/2 gelas air bersama 1 sudu makan)
  • Jangan sekali-kali diminum secara langsung
  • Satu sudu besar madu bersamaan dengan 21gram (berat) dan mengandungi 64 kalori.


Pelbagai Jenis Produk Madu Boleh Didapati

Madu adalah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, namun ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia. Madu mempunyai 1001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sangat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu tentang khasiat madu ini? Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini, madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.



Madu Lebah dan Madu Kelulut Asli Di Malaysia

Bukan Jus Madu Epal sahaja yang anda boleh nikmati seisi keluarga, malah anda juga boleh nikmati pelbagai produk berunsurkan madu dari pihak Kruss Success Enterprise Sdn Bhd dan agen-agen yang berdaftar. Hari ini, kita sedar lambakan jualan madu begitu meluas di pelusuk tanah air. Jadinya, dengan kelainan yang ditonjolkan oleh pihak syarikat yang mana diterajui oleh pemiliknya, Cik Fatin Hanani menunjukkan keaslian madu dan pertambahan produk lain menggunakan unsur madu.

Antara madu yang anda boleh dapatkan juga di sini ialah:
  • Madu Kelulut
  • Madu Sarang Lebah (Fresh Honey)
  • Madu Akasia
  • Sabun Propolis
  • Sabun Royal Jelly
Seperti yang LeYa sebutkan di awal tadi, Jus Madu Epal menjadi pilihan ramai kerana ia dapat bertindak dari segi luaran dan dalaman seseorang yang sememangnya hakikat hari ini semuanya ingin kurus, cantik dan sihat. Ia juga ada jus untuk diminum dan juga sachet jus madu.

Kelebihan dan Khasiat Madu Asli Yang Telah Terbukti

A) MENGGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.


Pengambilan Jus Madu Kruss
  1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
  2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
  3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih / masakan. (Keharuman madu akan menawan selera anda dan keluarga).
  4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati! Jangan Tersedak)
  5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
  6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak untuk melenakan tidur mereka dengan nyenyak.
  7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
  8. Penyakit mata. Titiskan sedikit madu pada mata.
  9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

Untuk harga, anda tidak perlu risau kerana ianya dijual dengan harga mampu milik. 

Bil
Jenis Madu
Harga (RM)
1
Madu Epal 290ml 
Madu Epal 700ml
Madu Epal Sachet 20ml x 12pcs
RM 25.00
RM 47.00
RM 32.00
2
Madu Kelulut 290ml
RM 80.00
3
Madu Sarang Lebah 290ml
Madu Sarang Lebah 190ml
RM 32.00
RM 31.80
4
Madu Akasia 190ml
RM 63.60
5
Sabun Propolis 110g
RM 27.45
6
Sabun Royal Jelly 110g
RM 31.70


Sebarang pertanyaan atau nak order, boleh hubungi:

Website | www.kruss.com.my
Instagram | @jus_madu_epal
No Telefon | 017 – 210 4993 (Fatin Hanani)

Isnin, 9 Oktober 2017

5 Sebab Kenapa Perlu Nikmati Dzas Soft Ice Cream

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suatu ketika dahulu, LeYa ada berkongsikan dengan keenakan dan kelazatan DZAS SOFT ICE CREAM yang FRESH dan LEMBUT buatan sendiri. Kalau dah lupa, boleh klik link ini, Dzas Soft Ice Cream Memang Sedap


Nahhh.... bila satu-satu produk tu memang dah bagus, tak perlu pun nak promosi secara besar-besaran. Kesan positif dari pelanggan yang dah merasainya cukup memberikan berita gembira buat pemilik produk. Jadi, memang mudah lah terjual serta viral di media-media sosial yang ada.

Apa produk yang LeYa dok sebut-sebutkan dari tadi?
Produk yang dimaksudkan itu adalah Dzas Soft Ice Cream. Ia merupakan ais krim buatan sendiri yang mempunyai beberapa kelebihan untuk semua peringkat umur agar benar-benar puas hati dan gembira apabila dapat nikmatinya.



Kelebihan Dzas Soft Ice Cream yang Menjadi Viral di Laman Sosial

Produk ais krim ini mensasarkan kepada semua golongan tidak kira lelaki mahupun wanita, tua, muda malah kanak-kanak yang lebih-lebih seronok dan gembira bila dapat nikmati ais krim. Ia merupakan ais krim buatan sendiri yang sangat lembut dengan harga yang amat berpatutan iaitu HANYA RM1.00. Selain itu, ia juga diyakini halal dan sangat sedap!

Pihak Dzas Soft Ice Cream juga sedia menerima tempahan dari anda seperti majlis perkahwinan, hari guru, jamuan hari raya, rumah terbuka, majlis hari lahir, hari keluarga dan banyak lagi. 

Ais krim buatan sendiri. Memang sedap dan berbaloi. Boleh pilih apa sahaja perisa yang korang minati. Inshaa Allah... pasti akan tertunai hajat korang itu.

5 Kelebihan Produk Dzas Soft Ice Cream
  1. Sesuai kepada semua golongan
  2. Sangat Lembut dan Fresh
  3. Diyakini Halal dan Sangat Sedap
  4. Sedia menerima tempahan apa-apa majlis
  5. Murah dan berbaloi-baloi

Antara perisa DZAS SOFT ICE CREAM yang boleh korang rasai dan nikmati ialah:-
  1. Vanilla
  2. Coklat
  3. Cappucino
  4. Mocha
  5. Yam
  6. Strawberry
  7. Jagung
  8. Durian
  9. Blueberry




Daripada beberapa komen yang telah merasainya, Dzas Soft Ice Cream adalah produk yang boleh memberikan kesan kesegaran dan kenikmatan kepada semua golongan ketika menikmati hidangan ais krim tersebut.

Sekarang mungkin korang sudah tahu kenapa produk ini menjadi viral. LeYa juga ada kongsikan beberapa fakta menarik mengenai produk ini yang membolehkan ia menjadi produk pilihan ramai dalam menempah untuk majlis-majlis yang akan korang laksanakan.



Dzas Soft Ice Cream juga korang boleh dapatkan di kawasan seperti:-

  • Terengganu
  • Selangor
  • Sarawak
  • Perak
Berminat untuk mendapatkan atau menempah produk Dzas Soft Ice Cream terlajak laris ini? Apa yang perlu korang buat hanyalah WhatsApp ke talian nombor berikut: 017 - 234 0169 



Maklumat lanjut boleh layari:-

Isnin, 25 September 2017

Mr. Pilot dan Owner Produk Bantu Orang Ramai Melalui Caranya Tersendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita maklum hari ini, kesibukan kerjaya seorang juruterbang memang tidak dapat disangkal lagi. Bahkan kadang-kadang masa mereka ini lebih banyak di udara dan ke sana sini serta terpaksa meninggalkan keluarga di rumah. 

Suatu hal yang menjadikan LeYa begitu teruja untuk bercerita hari ini ialah seorang juruterbang yang juga masih sibuk dengan kerjayanya mampu membantu orang ramai dalam menangani segala permasalahan dan menjadikan inspirasi kejayaan untuk lebih terbuka dan tidak mengenal erti penat lelah. 

Tuan Bakhtiar Aliff dan Puan Farah Dila

Tuan Bakhtiar Aliff Ibrahim adalah seorang juruterbang yang juga menjalankan perniagaannya sendiri bersama isterinya, Puan Nor Fadilah Alias atau lebih dikenali dengan Farah Dila. Sedikit latar belakang mengenai beliau yang boleh LeYa kongsikan di sini adalah beliau sudah pun mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang kerjayanya sebagai juruterbang. Membesar dan juga menetap di Shah Alam menjadikan beliau seorang yang gigih dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik  dan terus memasuki Kadet Juruterbang Malaysia Airline (MAS) pada tahun 2006 telah merubah kehidupan beliau menerusi kursus yang dipelajari dengan bidang kerjaya yang diambilnya. 

Setahun kemudian, pada tahun 2007, beliau dibawa masuk dalam APFT (Asia Pacific Flight Training) yang tajaan sepenuhnya oleh MAS dan telah mendapatkan lesen penerbangan ATPL (Air Transport Pilot License) dan diserap masuk sebagai juruterbang Air Bus 330 sehingga Ogos 2017. Kemudiannya, beliau mendapat tawaran sebagai juruterbang Malindo dan bermula pada Ogos 2017 juga.

Mr. Pilot

Sejak dari bangku sekolah lagi, Tuan Bakhtiar meminati bidang perniagaan. Menjadikan pilihan kerjaya juruterbang adalah kerana harapan ayahnya untuk melihat ada di antara anaknya yang bekerjaya itu. Namun, beliau lebih menjurus meminati bidang perniagaan. Pernah berniaga di umur yang muda di sekolah dengan menjual CD Lagu berharga RM10 setiap satu yang mana lagu-lagu dicompile dan diburn sendiri olehnya. Kemudian, sewaktu di zaman universiti, pelbagai bidang perniagaan beliau sudah pun diceburi termasuklah MLM (Multi Level Marketing) dan juga Investment. Pernah invest USD 10,000 di salah sebuah online investor ketika berusia 22 tahun.

Pengarah Syarikat | Mr. Pilot | Usahawan

Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh jua. Berkat ingin membantu menambah nilai hidup orang lain, Tuan Bakhtiar berjaya membuka legasinya bersama isterinya tersayang sebuah perniagaan milik mereka. Inspirasi ingin membantu orang ramai tercetus dengan kemunculan produk kecantikan dan kesihatan Mama Mia! Skincare.

Produk Mama Mia! Skincare Set

Produk Mama Mia! Skincare ini telah diusahakan oleh Syarikat Yong&Bell Marketing yang ditubuhkan pada Ogos 2016. Secara keseluruhannya syarikat ini dimiliki oleh Tuan Bakhtiar Aliff bin Ibrahim (Yong) dan Shaiful Kamar bin Abu Kassim (Bell).

Kemudian, Produk Mama Mia! ini diusahakan oleh isterinya, Puan Nor Fadilah Alias (Farah) dan juga Puan Rozi Aminuddin yang lebih gemarkan dunia kecantikan untuk lebih dekat dengan pengguna wanita amnya. Produk Mama Mia! ini bukan sahaja untuk wanita malah sesuai untuk lelaki dan semua peringkat umur dalam lingkungan 17 hingga 50 tahun ke atas.

Produk Mama Mia! Skincare ini diilhamkan sendiri oleh Tuan Bakhtiar kepada pengguna di luar sana yang menginginkan kejelitaan dan kecantikan dalam jangka masa yang panjang. Siapa kata lelaki tidak boleh hasilkan produk kecantikan wanita? Tuan Bakhtiar dah pun buktikannya. Beliau juga percaya produk ini tiada kesan sampingan dan berkualiti tinggi kerana tidak menggunakan bahan kimia terlarang dan mampu memberikan kesan yang baik tanpa sebarang risiko.

Oleh yang demikian, beliau merasa terpanggil untuk mengembangkan lagi perniagaan ini disamping dapat membantu memberikan keyakinan diri dan menambah pendapatan ekonomi sesebuah keluarga.

Pengurus Al-Kauthar Eduqids | Usahawan Produk 

Pernah mendapat jemputan di MAHA 2016, RTM1, Bernama Channel dan Utusan Online menjadikan Mama Mia! Skincare tidak asing lagi di mata masyarakat tempatan. Bersama rakan kongsi, Puan Rozi Aminuddin, Pn. Farah Dila mengisnpirasikan kejayaan hasil ilham suaminya kepada semua pengguna merasai sendiri apa yang dah pemilik rasainya. 

Bercerita pula tentang produk kecantikan, pasti ramai yang akan risau dan gusar akan keberkesanan dan penggunaan bahan-bahannya. Namun, korang tidak akan ada rasa sangsi bilamana mencuba produk kecantikan Mama Mia! ini. Antara kandungan bahan-bahannya adalah Kolagen Ikan Salmon, Stem Sel Epal, SPF 35, Vitamin C dan Vitamin E.  Produk Mama Mia! juga dah pun mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan diformulakan dari negara Eropah dan dikilangkan di sini, Malaysia.

Elixir Love Serum & Love Bliss Foundation

Soothing Love Cleanser

Silky Love Day Cream / Sleek Love Night Cream

Rangkaian Produk

Elixir Love Serum
  • Bertindak sebagai produk 5 dalam 1 (Moisturizer, Toner, Sunblock, Whitening Agent, Anti-aging Agent)
  • Menipiskan jeragat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan pori yang terbuka
  • Menjadikan kulit lembut dan lebih berseri
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Love Bliss Foundation
  • Bertindak sebagai produk 6 dalam 1 (Foundation, Moisturizer, Toner, Sunblock, Whitening Agent, Anti-aging Agent)
  • Bedak asas
  •  Menipiskan jeragat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan dan menutup pori yang terbuka
  • Menjadikan kulit lembut dan lebih berseri
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Soothing Love Cleanser
  • Membersihkan secara mendalam
  • Mengurangkan lebihan minyak
  • Menanggalkan kotoran dan kesan solekan
  • Mencerah, menganjal, menggebu dan melembapkan kulit
Silky Love Day Cream
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Menyeri dan sebagai alas bedak
  • Mencerahkan kulit secara sekata
  • Mengekalkan kelembapan kulit wajah
  • Menghilangkan tanda penuaan dan kedutan
Sleek Love Night Cream
  • Merawat, memutihkan dan mencerahkan kulit wajah
  • Mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit wajah
  • Menghapuskan jerawat, parut, lebihan minyak dan jeragat

Packaging yang sangat menarik, kelihatan eksklusif kepada sesiapa sahaja yang sudah memilikinya. Pilihan packaging ini juga adalah ilham dan hasil Tuan Bakhtiar dalam memberikan yang terbaik kepada orang ramai. 

Kelas Make-Up Mampu Milik Boleh Didapati


Tutorial Class MakeUp

Selain itu, Puan Farah Dila juga mengadakan Class Makeup Tutorial dengan harga yang sangat murah dan berbaloi kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajarinya. Para peserta akan diajar dari mula secara asas sehingga pandai dan tahu mengendalikan alat make-up sendiri. Setiap yuran untuk yang berminat hanya dikenakan caj sebanyak RM50. Puan Farah juga akan membuat jemputan Make-Up Artist bagi memeriahkan lagi kelas yang diadakan dan membuat demo tutorial make-up serta mengadakan sesi fotografi kepada peserta yang mengambil bahagian. Beliau lebih kepada ingin membantu orang ramai menangani masalah kecantikan dan mempelajarinya dengan harga mampu milik melalui Kelas Make-Up ini.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Al-Kauthar Eduqids


Sebelum bergelar usahawan produk, Puan Farah adalah seorang pengurus Tadika/ Taska Al-Kauthar Eduqids di Shah Alam. Meminati bidang asuhan dan didikan kanak-kanak telah membawa Puan Farah untuk membuka Tadika / Taska ini ke peringkat lebih besar. 

Al-Kauthar Eduqids

Tadika/ Taska Al-Kauthar Eduqids ini merangkumi para pelajar berumur 3 - 6 tahun, DayCare, Transit, Toddler 1 - 3 tahun, KAFA dan Hafazan dan juga menggabungkan konsep atau program English Islamic Montessori & Pre Tahfiz bagi kanak-kanak berusia seawal 3 tahun. Di sini juga turut menyediakan program belajar bahasa Mandarin Asas untuk kanak-kanak tadika secara percuma. 

Promosi Tahun 2018

Pengenalan Al-Kauthar Eduqids
  1. Yuran Bulanan termasuk sarapan pagi yang berkhasiat yang juga disarankan oleh Jabatan Kesihatan
  2. Menggunakan silibus KSPK (Kurikulum Standard Pra-Sekolah) yan disarankan oleh Jabatan Pendidikan Malaysia
  3. Dibuka seawal 7.00 pagi bagi memudahkan ibubapa yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur
  4. Menyediakan perkhidmatan penjagaan sepenuh masa di tempat yang sama bagi memudahkan ibubapa tidak perlu menghantar anak-anak di tempat yang berasingan
  5. Menyediakan program tambahan seperti Kelas Renang, Kelas Intensif Membaca yang diadakan pada setiap Hari Sabtu dan banyak lagi program yang ada
  6. Mempunyai guru yang berpengalaman dan dilatih mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak.


Seronok saat LeYa dapat bertemu dengan orang-orang hebat seperti Tuan Bakhtiar dan Puan Farah dalam mengisahkan cerita liku-liku kejayaan dan memberi inspirasi kepada semua untuk turut serta berusaha gigih dalam apa jua keadaan.

Team Propa Rangers menyusul bersama Owner Mama Mia! Skincare yang cantik

Sana Sini Situ ada LeYa.. hehehe...

Maklumat lanjut mengenai Produk Mama Mia! Skincare:-


HOTLINE | 017-2423400 / 017-2424300

Maklumat lanjut mengenai Tadika/Taska Al-Kauthar Eduqids:-

Alamat | No. 2A, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon/Fax | 03 - 55244188

Ahad, 10 September 2017

Produk Organik Terbaik Argan Oil By Hanneas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Produk Argan Oil By Hanneas merupakan 100% organik dan telah diperakui oleh badan antarabangsa CCPB dan USDA. Begitulah juga Argan Oil ini telah mendapat kelulusan KKM. 

Jadi, dengan kenyataan ini, semua pengguna tidak perlu risau terhadap produk-produk baharu yang keluar bak cendawan tumbuh di pasaran. Merata-rata kita perhatikan lambakan produk-produk kecantikan dan kesihatan dikeluarkan sama ada di dada akhbar, majalah mahupun media sosial. 


Produk Argan Oil By Hanneas adalah produk premium dari sumber bahan organik. Ia berasal dari negara Morocco yang diimport khas serta disesuaikan untuk kulit orang Asia yang kebanyakannya sangat sensitif.

Argan Oil ini dihasilkan dari pokok Argan yang hanya terdapat di Maghribi. Ia juga digelar 'LIQUID GOLD' oleh Orang Eropah kerana kaya dengan Vitamin E. Sangat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur tidak kira lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak.


Kelebihan Penggunaan Argan Oil By Hanneas

WAJAH
  1. Melambatkan / Mengurangkan garis penuaan
  2. Kulit lebih lembut dan licin
  3. Mengecutkan jerawat
  4. Mengurangkan jeragat
  5. Membantu meratakan tona kulit
  6. Melembapkan kulit yang kering atau sensitif dengan perubahan cuaca 
  7. Mengurangkan kesan parut jerawat
  8. Sebagai Sapuan asas sebelum mengenakan tatarias wajah
RAMBUT
  1. Menguatkan akar rambut
  2. Membantu melebatkan rambut
  3. Mengurangkan uban
  4. Menjadikan rambut lebih sihat
KULIT
  1. Sebagai agen pelembap semula jadi bagi mengurangkan rengsa kulit untuk masalah eczema
  2. Mengurangkan panau
  3. Mengurangkan parut di perut kesan mengandung
  4. Melembutkan tumit kaki dan mengurangkan rekahan kaki


Cara Penggunaan

WAJAH
  1. Basuh muka menggunakan pencuci muka
  2. Lap sehingga kering
  3. TItiskan 2 - 3 titik minyak argan pada tapak tangan dan mula oleskan pada keseluruhan wajah
RAMBUT DAN KULIT
  1. Titiskan 2 - 3 titik minyak argan pada tapak tangan
  2. Sapu pada bahagian yang diingini
**Untuk kegunaan luar sahaja

Testimonial Produk Argan Oil By Hanneas Dari Pengguna




Minyak Argan sasngat sesuai digunakan untuk seisi keluarga dan bersesuaian pada wajah, rambut dan kulit. Bentuk fizikalnya yang kecil dan ringan membolehkan ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja kita pergi. 

HARGA MAMPU MILIK

30ml = RM49.00 


Nak tengok lagi? Nak info lagi? Sila rujuk maklumat di bawah ini:

Facebook | Siti Aisha

WhatsApp | 010 - 820 9912

Ahad, 27 Ogos 2017

Kembara Jom Jimat Elektrik

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.