Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sekarang ni dunia sedang mengalami gejala virus Covid-19. Perkembangannya juga kian meningkat di Malaysia. Jadi, haruslah diingat untuk sentiasa lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan diri, walaupun hanya keluar untuk makan bersama keluarga. LeYa sekadar mengingatkan pada diri LeYa juga memandangkan bulan ini kerap juga LeYa keluar bersama keluarga. Yang penting yakin dan percaya Allah SWT lebih berkuasa dalam segala sesuatu. InsyaAllah!

Tak dapat bercuti ke luar negara dek virus yang semakin menular ni, jadinya LeYa dan keluarga hanya bertukar angin ke Pantai Timur iaitu Terengganu. Bukanlah lama sangat pun ke sana. Hanya mengambil masa 3 hari dan 2 malam je. Sekadar apa tu orang kata, rehatkan minda dan badan selepas penat bekerja. Acececeh...
Terengganu adalah salah satu negeri yang paling wajib dilawati di Malaysia. Kekayaannya dengan pulau-pulau nan indah dikelilingi perairan yang jernih, pantai-pantai yang berpasir halus, hutan yang masih terpelihara flora dan faunanya. Bukan itu sahaja, makanan tradisinya juga sangat sedap dan mudah ditemui sepanjang perjalanan berada di sana.
Bercuti ke Terengganu Bersama Keluarga
Bertolak dari Port Dickson menuju ke rumah adik di Senawang, Seremban lebih kurang jam 7.00 pagi. Settle semua penyimpanan beg dan makanan kudap-kudapan sepanjang perjalanan, kami pun bergerak dan melalui jalan lama iaitu Kuala Pilah, Muadzam dan terus naik ke Kuala Terengganu. Fuuhhhh... Dah lama juga tak duduk dalam kereta lama-lama. Kematu juga punggung ni. Hahaha...
Menginap Di Belleva Beach Homestay

Setibanya kami di Kuala Terengganu, terus check-in di Belleva Beach Homestay untuk rehat, mandi dan solat. Penginapan yang luas mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik mandi, ruang tamu, ruang makan, dapur dan ruang rehat di luar. Sesuailah percutian bersama keluarga kan.

Sumber Photo | Facebook Belleva Beach
Santai dan Makan Di Pantai Batu Buruk
Dalam jam 5.00 petang macam tu barulah kami ke Pantai Batu Buruk untuk melihat-lihat tempat makan. Dek kelaparan tak masuk nasi dari pagi tadi, LeYa memesan sepinggan Nasi Goreng Kerabu Tomyam. Dah kata lapar kan! Memang sekejap je la licin pinggannya. Hehehe... Ditambah pula dengan minuman Coconut Shake Kemburrr Viral Bapak Besor ni. Alhamdulillah... kenyang perut.


Usai makan, kami pun berjalan-jalan ambil angin petang di tepi pantai. Angin yang sepoi-sepoi bahasa dengan suasana yang cukup nyaman, LeYa rasakan hilang seketika masalah kerja-kerja blogging di rumah.
Di sini juga, LeYa lihat ramai yang sedang berkelah dengan berlantaikan pasir pantai yang lembut sambil berBBQ. Tidak kurang juga yang mengambil peluang menaiki kereta kuda berhias sebagai mencipta kenangan terindah bersama keluarga. Pantai Batu Buruk sangat lengkap dengan fasiliti dan medan selera, laluan jogging dan taman permainan kanak-kanak.


Pasarnita Tanjung Kuala Terengganu
Malam kian tiba. Usai solat Maghrib dan Isyak, kami ke Pasarnita Tanjung, lokasi yang sungguh meriah dengan dibanjiri kanak-kanak yang sedang bermain permainan elektrik kereta, basikal, motor dan sebagainya di situ. Tidak ketinggalan juga anak buah LeYa yang sorang ni turut bermain dengan riang dan gembiranya.

Pasar Payang, Kuala Terengganu
Keesokan harinya, tempat yang wajib disinggah jika berkunjung ke Kuala Terengganu ialah Pasar Payang. Kalau di Kelantan terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, di Terengganu pula adalah Pasar Payang.
Sekian lama LeYa tak ke Terengganu, rupanya Pasar Payang pun dah berubah dan lebih teratur susunannya. Terdapat lebih 1,000 peniaga yang menjual pelbagai jenis produk Terengganu seperti keropok sira, ikan masin, keropok lekor, keropok keping dan juga hasil kraftangan seperti songket, kain tenun, produk tembaga, batik dan sebagainya.
Jadi apa tunggu lagi? Kasi shopping laa sikit kan untuk dibawa balik ke rumah sebagai buah tangan untuk ahli keluarga lain mahupun jiran tetangga.


Masjid Kristal, Kuala Terengganu
Melengkapkan lagi jelajah ke Kuala Terengganu, kami ke Masjid Kristal, masjid yang menjadi kebanggaan semua umat Islam di Malaysia. Indahnya rumah Allah. Rasa tenang sangat bila berada di dalamnya.
Bersebelahannya juga terdapat Taman Tamadun Islam. Ia merupakan tempat replika-replika tarikan terkenal dalam dunia Islam seperti Istana Alhambra, Kota Lama Islam Aleppo, Kubah As Shakrah dan banyak lagi yang mana jumlahnya ada 21 buah replika.



Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang ada di Terengganu. Boleh rujuk artikel LeYa sebelum ini tentang destinasi percutian menarik di Terengganu.
Selamat Bercuti ke Terengganu!

Waalaikumussalam. Best cuti ke terengganu, rasa macam tak cukup ja hari 😂
ReplyDeleteBetul3x.. Terlalu banyak tempat menarij di Terengganu
DeleteNasi goreng tu kak makan dekat kedai ikan bakar pantai timur ke? Kedai kat ikan bakar pantai batu buruk sedap nasi goreng nya. Rabia ada update dalam blog kedai tu
ReplyDeleteTak ingat nama kedainya.. Hehe..
Deletekenapa tak lancar ke Kelate terus? Kat sini makanan sedap2 n buleh shopping sakan. hehehehe
ReplyDeleteTak boleh lama-lama.. Orang bekerja ramai..hehe..
DeleteAssalamualaikum sis Illya, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.
ReplyDeleteSangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI
Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.
InsyaAllah... Leya akan sertai ye nanti
Deletebesar homestay tu...kalau ramai yg ikut mmg best giler tuu
ReplyDeleteAah.. Memang banyal syok kalau ramai2..
DeleteCantiknya pantai Batu buruk atoyu mama x singgah mas gi kt Rasa nuyesal plak
ReplyDeleteMemang cantik Mama... Tak payah gi jauh-jauh kan.. Malaysia ada banyak tempat cantik
DeleteGanu ni bab bab makan depaaa syok jugak. haih..
ReplyDeletetingat tibee la celop tepong semua =D
Takpe... Nanti Malaysia dah bersih dari Covid-19, bolehlah pi pekena Celup Tepung tu ye..
DeleteSitus Judi Slot Online Terpercaya | Agen Judi Slot Online Terbaru di Indonesia | Bandar Slot Depo Pulsa Tanpa Potongan
ReplyDeleteMegah4d Situs Judi Slot Online Terbaik dan Terpercaya Dengan Minimal Deposit Hanya 5000
Nikmati juga Bonus-Bonus menarik lainnya bersama kami.
> Bonus New Member 100%,-
> Minimal Deposit 100.000
> Wajib Via Bank
> Maksimal Bonus 1juta
> Contoh Syarat Penarikan = (100.000+100.000)x 8 = 1.600.000
> Tidak menerima invest dalam bonus berikut
> Bonus wajib di claim melalui Livechat
slot online
judi slot online
Minimal Deposit 5000
situs live casino
situs slot
slot pay4d
slot deposit pulsa 5000
slot online
slot pragmatic
Situs Judi Slot Online Terpercaya
ReplyDeleteSlot Online Uang Asli
Slot Deposit Pulsa 5 Ribu Tanpa Potongan
Slot Depo Via Gopay
Slot Depo Via OVO
Slot Depo Via LINK AJA
Slot 4D Depo Pulsa
Slot Pay4d
Bandar Slot Terlengkap Pay4d
Agen Slot Online
Tampilan resmi Megah 4D Online Slot seperti yang tertera di atas.
Silahkan gunakan Link Alternatif di atas. Untuk info selengkapnya, Silahkan akses Official Megah4D
bestje g ganu tuuh ;p
ReplyDelete