Saturday, 25 May 2019

Jom Shopping Raya Bersama Adik-Adik Di Jakel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini, Dato' Abdul Malik bin Dasthigeer, Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation Sdn Bhd  dengan kerjasama syarikat subsidiari, Iman Health & Beauty Sdn Bhd yang diterajui Datin Thalia Baiduri Abd Rashid berjaya mengumpulkan 296 anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dari seluruh Lembah Klang untuk diraikan bersama dalam "JOM SHOPPING RAYA BERSAMA ADIK-ADIK" di Jakel Mall Kuala Lumpur pada 25 Mei 2019.


Sambutan Aidilfitri yang bakal tiba kurang dari seminggu ini pasti akan lebih bermakna buat 296 anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya apabila dibantu secara berterusan menerusi program Jom Shopping Raya. Mereka secara keseluruhannya terdiri daripada Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Kg. Johan Setia Klang, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa serta Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Kajang.

Anak-anak ini menerima sumbangan ikhlas Hari Raya iaitu baju raya daripada penganjurnya. Koleksi Raya dari Jakel yang pastinya tampil dengan duta-duta terkemuka seperti Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Lara Alanaa, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusof Iskandar, Ayda Jebat, Abam Bochey dan watak animasi Upin & Ipin menjadi pilihan adik-adik comel ini untuk bergaya di Syawal nanti.



Seperti yang sedia maklum, syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan. Dato' Abdul Malik bin Dasthigeer juga sangat minat dengan mendalam terhadap bidang kecantikan dan kesihatan. Oleh yang demikian, seperti mana yang dirancang pada tahun ini, Malik Streams Corporation berjaya menceburi bidang kecantikan ini dan meluaskan perniagaannya melalui Iman Health and Beauty Sdn Bhd.

Majlis berlangsung seawal 10 pagi pada 25 Mei 2019 itu memberikan keceriaan buat anak-anak yatim dan OKU dalam membeli pakaian baharu di Jakel Mall.


Menerusi langkah murni ini, Dato' Malik merasakan seronok dan teruja melihat anak-anak ini dapat menikmati kegembiraan di Syawal nanti.




Buat masa ini, kita menganggap program ini popular dan masih relevan dalam meringankan beban mereka. Insya-Allah dengan program murni ini, ia boleh diteruskan untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan agar turut merasai kegembiraan Aidilfitri.


Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki Ramadan buat adik2 ni semua. Dan tahniah buat Malik Streams Corporation Sdn Bhd & Iman Health & Beauty Sdn Bhd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Semoga banyak lagi syarikat² korporat membantu mereka ini tidak kira di bln Ramadhan, malah di bulan² lain juga

      Delete
  2. alhamdulillah... rezeki diorang.. ramainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... Syukurlah mereka diraikan penuh keceriaan.. Memang ramai

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com