Saturday, 18 May 2019

Berbuka Puasa Masakan India Di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aha! Cerita Buffet Ramadhan lagi. Selagi bulan Ramadhan tak habis, selagi itulah cerita Buffet Ramadhan menjelma. Kali ni LeYa nak bawa korang ke satu lokasi berbuka puasa jauh di bahagian selatan iaitu di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor. Jom ikuti butirannya di bawah.


LeYa, Otomen Taro dan 4 orang lagi rakan mengikuti trip bulan Ramadhan selama 3 hari 2 malam ke Desaru. Bertolak dengan menaiki bas Mara Liner dari Terminal Bersepadu Selatan, Cheras, KL jam 9.30 pagi hari Khamis dan tiba di terminal bas Bandar Penawar, Johor tepat jam 2.30 petang. 

Harga Tiket
RM39.90 (Pergi)
RM39.90 (Balik)


Kemudian, kami dijemput oleh pihak hotel dan terus dibawa ke lobi hotel untuk check-in penginapan kami. Kami diberi sebuah apartment 3 bilik yang cukup luas dan selesa. 


Dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti berada di rumah, korang pasti akan suka bila datang dan menginap di sini.

Selepas selesai urusan bilik penginapan dan solat jamak Zuhor dan Asar, kami bersepakat untuk eksplorasi kawasan sekitar hotel sementara menunggu waktu berbuka puasa. 



Buka Puasa Di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Tepat jam 7.09 petang, azan Maghrib di Johor telah pun berkumandang menandakan waktu berbuka. Korang yang berpeluang ke sini, LeYa recommend untuk korang rasai hidangan di sini. Kebanyakan makanan yang ada di sini semuanya sedap-sedap. Korang boleh nikmati hidangan Nasi Beriani dan hidangan tradisional yang lain. Yang bestnya tu sambil-sambil korang menikmati hidangan berpuasa, korang juga boleh menjamu mata dengan pemandangan pantai Desaru yang cukup menenangkan. Syok kan! Jom tengok menu apa yang menarik sepanjang bulan Ramadhan ini.


Di sini korang akan dapat nikmati masakan India yang asli kerana chef nya diimport dari India dan ternyata kesemua hidangan ada rasa dan kena dengan citarasa LeYa dan rakan-rakan. Antara menu yang dihidangkan adalah Sambal Udang, Ayam Goreng Mamak, Gulai Masak Lemak Cili Padi, Sotong dan banyak lagi yang dihidangkan bersama Nasi Beriani yang terbaik LeYa pernah rasakan.


Selain itu, korang juga boleh dapatkan hidangan lain seperti Otak-Otak, Keropok Lekor, Cekodok Pisang, Satay dan banyak lagi sebagai menu tambahan kepada menu utama di atas. Tak lengkap kiranya sesebuah tempat Buffet Ramadhan itu tanpa Kambing Bakar. Kat sini korang boleh juga rasai daging kambingnya yang lembut dan sedap.


Mana nak dapat jika korang nak nikmati makanan Tosai kalau bukan di sini. Ternyata tosai dan kuahnya tu memang sedap. Roti canai juga korang boleh cuba dengan kuah dal dan kari yang pekat sekali.


Perut dah mula rasa kekenyangan. Tapi terlupa untuk merasai satu lagi part yang wajib dicuba. Menu pencuci mulut yang pelbagai dan warna-warni memang kelihatan sungguh menyelerakan. Antaranya ialah kuih-muih tradisional, aneka kek, cream puff, aneka buah-buahan, aneka jeruk, stesyen ais krim & ABC dan lain-lain. 


Tidak dilupakan juga aneka ulam-ulaman dan sambal belacan sebagai pemikat selera ketika menikmati hidangan nasi. Pilihan minuman juga ada banyak yang boleh dirasai.


Untuk tempahan dan pertanyan, boleh hubungi:

Harga
RM58.00 (Dewasa)
RM29.00 (Kanak-kanak 4-12 tahun)

Telefon
07 - 884 2800 Samb.: 1966 / 1882

Alamat
Teratai Cafe
Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Lot. 1854, Jalan Desaru, Bandar Penawar
81930 Kota Tinggi, Johor Bahru

Reaksi kOrang:

16 comments:

  1. Menu2 di sini memang sedap dan memuaskan ikut citarasa kak jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Hampir kesemua sedap-sedap... Memang berbaloi sangat pada yang datang berbuka puasa kat sini

      Delete
  2. bestnye dapat pegi event. tahun ni ray xde kesempatan pun nak pergi

    ReplyDelete
  3. Good post 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome... Let's visit to Lotus Desaru Beach Resort & Spa yaa...

      Delete
  4. bestkan makanan2 dia...semua ada rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x... Memang recommend sangat lah pafa semua

      Delete
  5. nampak sedap sedap belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap-sedap. Sebab ada rasa setia masakannya.

      Delete
  6. wahh bawa family best nii! harga berpatutan dengan aneka makanan yang yummyyy! :D

    ReplyDelete
  7. Makanan sedap, harga pun berbaloi.. Cuma jauh dari Kl je.. Heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x... Kalau dekat, boleh singgah lagi ni kan

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com