Thursday, 18 April 2019

Voir Gallery Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik Melalui Project Denim Angel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

VOIR GALLERY adalah kedai yang berkonsepkan bandar dengan kepelbagaian kepenggunaan yang menawarkan pelbagai jenis fesyen untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak serta mempunyai lebih daripada lapan jenama tersendiri seperti Voir, Soda, Applemints, South China Sea dan G&H.


Hari ini kita sedar lambakan fesyen dan pakaian kepada kita di Malaysia ini bersama-sama dengan jenama yang unik, Voir menawarkan kepada pembeli untuk shopping dan mengikut gaya dan trend dalam pemakaian ke tempat kerja, pakaian kasual, pakaian makan malam, pakaian aktif bersukan, pakaian berjalan dan fesyen beg tangan. Setiap jenama yang diberikan berfungsi untuk membawa trend terkini dan reka bentuk yang elegan kepada pasaran semasa dengan kualiti premium dan memiliki harga yang berpatutan.

Pada masa ini, Voir Gallery sudah pun mengendalikan 24 saluran utama di pusat-pusat utama di bandar-bandar di seluruh Malaysia dan sangat pesat membangun. Voir terus menawarkan pilihan yang banyak kepada para pembeli dan sentiasa fokus pada kekuatan dalam penjualan barangan berkualiti dengan menitikberatkan pemilihan kain, mutu kerja dan perincian.



Memperkasa Project Denim Angel Oleh Voir Gallery

Project Denim Angel oleh Voir Gallery dilancarkan sebagai platform CSR untuk memberi tumpuan dalam membantu komuniti masyarakat serta memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan kepada mereka. Dengan mendekatkan fesyen, Voir berharap dapat memberi impak kepada masyarakat setempat dengan bekerja dalam perusahaan sosial yang relevan dan menjadikan sebahagian daripada perjalanan aktiviti harian mereka.


Program CSR ini adalah berkaitan dengan fesyen pakaian. Jadi, Voir sudah pun mendapat keputusan untuk pakaian jenis denims yang mana merupakan salah satu barangan jualan terbaik. Denims tidak mudah lupus dan terurai. Daripada membuang sahaja, ada baiknya menjadikan koleksi yang tidak digunakan lagi kepada komuniti yang memerlukan. Ia membantu memberi peluang bagi meningkatkan kesedaran dan mendidik pembeli mengenai Upcycle dan Recycle.


Objektif program ini adalah Suri Lifestyle kepada Beneficiary Social Enterprise dalam projek ini. Suri Lifestyle atau Suri adalah sebuah syarikat sosial yang berusaha memperkasakan ibu tunggal dan kurang bernasib baik dengan menyediakan peluang pendapatan melalui kemahiran hidup yang sewajarnya. Pada masa ini, Suri membantu 10 ibu tunggal yang berada di komuniti tempatan di Klang, Selangor.

Matlamat projek ini adalah mengumpul sebanyak 3,000kg denims serta menyediakan inventori yang mampan kepada Suri untuk melakukan upcycling dan transformasi, dan seterusnya memberi peluang kepada ibu-ibu untuk menjana pendapatan bulanan.





Koleksi pakaian korang yang sudah lama, pudar, koyak dan tidak digunakan lagi boleh disumbangkan kepada tempat pengumpulan kami di sekitar Lembah Klang yang ditetapkan di mana kempen ini bermula dari 15 Mac 2019 - 30 April 2019.

Voir Gallery
One Utama
Lot F-116
Sunway Velocity
Lot 1-26
Eko Cheras Mall
G 03-07
Leisure Mall
L1-01-3 & 4
Subang Parade
LG 08-09
Klang Parade
G-10-19
Setapak Sentral
G-43
AEON Metro Prima
G08
Paradigm Mall PJ
CF 40 & 41

Voir
Midvalley Megamall
F-094
AEON Bukit Tinggi
G-72

Soda
Midvalley Megamall
F-07
AEON Bukit Tinggi
G19C1

Jadi, ayuh kita menderma bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. Semua jenis denims adalah tulen dan diterima untuk koleksi jenis seluar panjang, seluar pendek, tops, pakaian, jaket, topi dan lain-lain.


Supporting Partners

Shopee Head-office
Sunway Velocity Mall
Level 25, South Point, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
03-2777 9222
Lingkaran SV, Sunway Velocity, Jalan Cheras, 55100 Kuala Lumpur
(LG Concierge)
03-2786 3970


~Ayuh! Menderma Untuk Kebaikan Semua~
Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. Tahniah Voir atas keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik. Semoga lebih byk syarikat terbuka mata lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Banyak rupanya anak-anak Voir ni eh.
    Bagus ada program camni. Kreatif juga temanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah... Betul3x. Dengan adanya program seperti ini, ia daat membantu golongan yg kurang bernasib baik

      Delete
  3. Satu inisiatif yg bagus dan harus disokong demi manfaat golongan yg memerlukan. Thanks sharing Leya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama... Kongsi apa yang diperlukan..Hee..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com