Wednesday, 13 March 2019

6 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilakukan Ketika Menunggu Lama Di KLIA 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Rata-rata ramai yang sudah menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) untuk menaiki penerbangan ke destinasi yang dituju ataupun kerana mengambil keluarga mahupun rakan-rakan yang pulang bercuti. Apapun sebabnya, tak salah jika ingin datang ke KLIA2 untuk sekadar suka-suka ataupun membeli-belah. Hal ini kerana KLIA2 mempunyai pelbagai daya tarikan menarik buat pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini. Terdapat banyak lokasi menarik dan 6 di antaranya boleh dilakukan untuk menghilangkan kebosanan korang.

1. Sarapan Pagi Pekena Kopi Segar di Kofi Kraze 2

Kofi Kraze 2 terletak di Aras 3 dan sememangnya menyajikan Premium Cold Brew Coffee yang diproses dengan teknologi terkini, 'Maxtract' yang mana diadunkan bersama air sejuk dan penapis organik untuk mengekstrak bijian kopi serta menghilangkan rasa masam/pahit.


Bila teringin nak minum kopi, tentu saja Kofi Kraze menjadi tumpuan dek keaslian dan kualiti kopinya yang terbaik kerana memberikan aroma kopi tersebut segar ketika menikmatinya.

Ia memang sangat sesuai di minum waktu pagi yang sejuk dan baru bangun dari tidur untuk kesegaran sepanjang hari.



Kombinasi yang baik bila korang disajikan dengan 3 pilihan Sandwich yang lazat. Kalau tak salah namanya, LeYa menyukai yang pilihan Tuna. Terasa tunanya yang segar dan cukup banyak  ketika gigitan pertama di dalam mulut. Bak kata orang sekarang, "Cannot brain laa dengan keenakan Sandwich yang dihidangkan. Memang terbaik gilerrr..."Hehehe....

LOKASI: 
L3-23, ARAS 3, GATEWAY@KLIA2, 
TERMINAL KLIA2. 

WAKTU OPERASI: 
8 PAGI – 10 MALAM 



2. Beli-belah Barang Makanan di Malaysia Agrobazaar

Tentu ramai dalam kalangan korang yang tak sangka dalam KLIA2 ni terdapat pasaraya yang menyediakan barangan tempatan dan lain.lain.

Bagi korang yang bercadang nak tambah stok makanan sebelum memulakan pengembaraan di tempat orang, elok benarlah korang singgah ke sini untuk mengisi ruang bagasi korang dengan makanan pilihan yang sedap di sini.


LOKASI: 
LOT S2-3-L11, (SEBELAH BALAI PERLEPASAN DALAM NEGERI), 
TERMINAL KLIA2. 

WAKTU OPERASI: 
6 PAGI – 12 TENGAH MALAM

3. Santai di Aerotel & Plaza Premium Lounge


Bagi korang yang sedang menunggu transit di balai pelepasan dan belum mendapat pemeriksaan imigresen dan kastam serta mempunyai banyak masa sebelum berlepas, apa kata korang berehat dahulu di ruangan lounge Aerotel & Plaza Premium Lounge.

Hotel ini terletak di Aras 3, balai pelepasan antarabangsa, KLIA2 dan menyediakan kemudahan bilik tidur dan bilik mandi yang sangat selesa jika korang ingin menginap dan membersihkan diri.

Di Plaza Premium Lounge, terdapat beberapa pakej seperti rawatan spa, bilik mandi berbayar dan juga bilik tidur untuk menginap seketika. Kalau terasa lapar, korang boleh ambil pakej makan bufet dan nikmati hidangan sepuas-puasnya sehingga kenyang.

Jangka masa minimum untuk menginap di hotel adalah 6 jam.



LOKASI: 
ARAS 2M, GATEWAY 2 KLIA2, 
TERMINAL KLIA2 

WAKTU OPERASI: 
24 JAM 

4. Bermalam di CapsuleTransit

Hotel ini sesuai bagi korang yang akan menaiki penerbangan tengah malam dan awal pagi. Berehat seketika untuk beberapa jam sebelum masa penerbangan dan akan rasa lebih tenang dan relaks tanpa perlu tergesa-gesa kejar penerbangan kerana hotel ini juga terletak dalam kawasan KLIA2, Tingkat 1 dan hanya beberapa minit sahaja berjalan ke kaunter Check-In bagasi.

Jangka masa menginap antara 6 hingga 12 jam. Terdapat juga bilik mandi kongsi dan bagi wanita tak perlu risau kerana hotel ini menyediakan ruang tidur yang khas untuk wanita sahaja.



LOKASI:
LOT 1-5, ARAS 1 (CP1), GATEWAY @ KLIA2, 
TERMINAL KLIA2.

WAKTU OPERASI: 
24 JAM

5. Manjakan Diri Di GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge

Khas bagi korang yang transit dan menunggu lama sebelum berlepas ke destinasi yang dituju. Apa kata korang nikmati urutan di GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge.

GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge adalah kawasan yang penuh bergaya dan privasi untuk memberikan perkhidmatan mengurut. Melangkah ke dunia kerusi urut mewah, kerusi urut GINTELL Rest N Go yang terbaik ini memberikan urutan terapi yang kaya, santai dan terapi yang akan menenangkan tekanan seharian kita. GINTELL Rest N Go Exclusive Lounge membawa korang dalam kesegaran alam sekitar yang lebih santai dan bebas daripada tekanan.



LOKASI: 
L 2-24 (ARAS 2), GATEWAY @ KLIA2, 
TERMINAL KLIA2 
(BERHAMPIRAN KFC) 

WAKTU OPERASI: 
24 JAM 

6. Makan Sedap Di Green Market

Masakan Jepun atau Korea yang sering menjadi sebutan rakyat Malaysia hari ini ada dihidangkan di sini. Green Market yang terletak di Aras 2 menyajikan pelbagai hidangan Jepun, Korea, Masakan Tempatan dan banyak lagi. Bila terasa lapar, tentunya korang akan singgah dan makan di sini.

Pilihan LeYa yang sedap tentulah minuman Green Tea yang segar setelah penat berjalan dan menguruskan barangan untuk mengembara sebelum ke ruang menunggu transit.

Set Salmon Grilled

Set Chicken

Jus tembikai dan Green Tea yang menyegarkan

LOKASI: 
S2-3-L38, ARAS 3, BALAI PELEPASAN, 
TERMINAL KLIA2 

WAKTU OPERASI: 
5 PAGI – 12 TENGAH MALAM 

Wah, Menarik Bukan? Banyak juga lokasi menarik dalam terminal KLIA2 ni. Tapi ini hanya sebahagian sahaja yang sempat LeYa singgah taw. Ada banyak lagi sebenarnya. Korang boleh la explore sendiri nanti dan bagitahu lokasi menarik lain yang ada di ruangan komen di bawah. Jadi jangan lepaskan peluang menikmati apa yang ada di KLIA2 sepanjang perjalanan korang menunggu penerbangan atau rakan-rakan yang baru pulang dari bercuti.

Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang http://gatewayklia2.com.my/ untuk sebarang promosi dan tawaran menarik.


Terima kasih LeYa ucapkan kepada Tourism Selangor kerana memberi peluang bawa LeYa jalan-jalan sekitar KLIA2. Tak kenal, maka tak cinta. Dah tahu, memang best berjalan-jalan di KLIA2 ni.

Apa yang Menarik di KLIA 2? Jom!
Reaksi kOrang:

40 comments:

  1. dalam banyak2 tu sy suka capsule transit n juga kosi urut tu.. omg nyaman betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jugak yg kerusi urut tu... Rasa sihat je badan lepas urut

      Delete
  2. comel je capsule transit tu. nampak selesa juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Ana... Memang comel je..sesuai la untuk Backpackers

      Delete
  3. sebenarnya kalau ke klia2 benda paling menarik bila tunggu lama ialah pandang orang tengok orang.. kalau hensem minta nombor telefon dan nombor ig.. just in case yang orang tu sebenarnya royal blood.. buat buat kenal ahahahha tengok muka orang pun dah berlalu masa secepat mungkin ahahahhah tanpa keluar duit tau ahahha

    ReplyDelete
  4. Saya hampir tiap bulan pergi klia2. tapi tak pernah pun jalan-jalan dekat sana. lagipun selalu pergi 2 jam sebelum penerbangan, memang tak sempat la nak jalan-jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay lepas ni dah boleh singgah dah..hehe..

      Delete
  5. Grulled salmon set bento tu mmg fav i tiap kali p klia. Cuma yg x pernah buat tinggal dlm capsule tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju. Grilled salmon tu pun memang favourite LeYa.. Sedap sangat

      Delete
  6. Best kan KLIA2 macam2 ada.. Paling best tu choices of food lah. Kalau datang awal and ada banyak masa untuk spend, boleh la lepak2 kat luar makan2 sebelum masuk ke area gate. Haa capsule tu tak pernah stay lagi. Next time nak try lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Memang menyeronokkan. Tapi cuma satu jer perkara.. Jangan terlepas dah la penerbangan bila menginap tempat yang cantik sangat ni..hehe

      Delete
  7. Wah nice idea ni. Tak ada la bosan ja menunggu kan. Green market tu menarik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik dan hidangannya pun sedap-sedap belaka.. Leya memang rasa nak repeat lagi laa..

      Delete
  8. Hotelnya pun selesa. Bole la tidur dan mandi. Kalau nak tidur kat airport macam tak selesa je. Barang2 pun takut hilang je. Banyak tempat kat airport boleh kita pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu kak ezna.. Macam-macam boleh dapat kat klia2 ni

      Delete
  9. Good post 😊 have a nice day from Turkey 🙋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...you travel to Tukey ya.. My wishlist to go there soon

      Delete
  10. Banyak juga boleh buat kalau ada kat KLIA ni hehehe selalu kalau nak datan awal tak tahu nak duduk mana kat sana tapi dengan ada banyak hotel dan penginapan dekat ni lagi mudah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Semuanya ada dalam terminal klia2 ni jer..

      Delete
    2. Pernah stay di Plaza Premium Lounge. Even pricey but for me ianya sangat selesa dan berbaloi gila dapat stay kat PPL tu. Memang bersih dan servis dia terbaik :D

      Delete
    3. Memang cantik dan kemas kan PPL tu.

      Delete
  11. Kerusi Gintell tu memang pilihan I setiap kali menunggu. Tak tau pulak ada ruang khas camtu. I selalu pergi yang small scale je. If company bagi business class merasa la I dok kat lounge.

    ReplyDelete
  12. Banyak rupanya tempat boleh lepak dekat KLIA ni rupanya. Tak pernah tau pun. Biasa datang dah bertenggek dekat pintu masuk. Hahha. Tapi yg capsule transit tu macam menarik je. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai betul yang suka dengan CapsuleTransit.. Betul3x menjadi pilihan hati ramai tu

      Delete
  13. Selalu gak kalau travel melalui klia2. Kdg2 sempat mengopi n makan je skjp..tak sempat nk jenjln sekitar sb mwmang selalu rushing. Next time leh lah cuba capsule tu..atleast tak lah terkejar2 takut flight terlps..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x... Memang banyak sangat kemudahan yang ada dekat sini. Semuanya pun selesa dan cantik. Tak perlu risau tertinggal flight lagi..hehe..

      Delete
  14. Ada jugak datang sini tapi tak tahu pun ada tempat menarik kat sini .Lepas ni kalau pergi klia 2 ni boleh singgah sini .Nampak menarik jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... LeYa yang kerap singgah dulu pun baru tahu lepas dah pegi dengan mereka ni

      Delete
  15. Wow! Mcm mcm kat KLIA 2 ni, mmg Mouse mommy x tau pun, byk jugak Fasiliti yg disediakan. Bagus! Ada kids playland / playground ke? Utk famili yg ada ank2 ni senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada juga tu.. Besar sangat terminal klia2 ni..tak sempat jelajah semua..hehe..

      Delete
  16. Lia pernah stay kat capsule transit masasa travel Penang ke kl .Then esokt u flight lain .Memang selesa. Kalau klia2 banyak kedai makan tak risau sgt .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh... Memang selesa kan.. Lepas ni senang la backpackers nak mengembara..

      Delete
  17. Alahai. Kenapa baru sekarang ada entry ni? Tahun lepas pernah delay flight dkt klia2, tak tahu nak buat apa hahahha. Waima bukan flight cx tapi kita yg sama² menghantar ni terpaksa tunggu melangok hahaha. Kalau tahu benda² ni, boleh explore. Huhu

    ReplyDelete
  18. So now KLIA2 itself has become sort of like a shopping complex right? Not bad at all. Perhaps we should just go there to hang out, makan and shopping. Ha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah... Let's shopping and makan-makan.. Hehe..

      Delete
  19. Oh wow so many places to rest and relax at KLIA2, I usually go to plaza premier lounge only when i have to wait for my long flight.

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com