Friday, 8 February 2019

KFC Parmesan Truffle Crunch

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kisahnya bermula selepas menonton AJL 33 yang menunjukkan iklan KFC - Sehingga Menjilat Jari dengan menu baharunya KFC Parmesan Truffle Crunch. Dan, pulang sahaja dari menonton AJL 33, Mr. Otomen Taro pun membelok masuk perkarangan stesen minyak Shell Seri Kembangan. Kemudian, membuat pesanan Drive Thru KFC yang ada di situ. So, apa lagi? Permintaan ditunaikan. LeYa memohon untuk menikmati menu baharu tersebut. Yummy! Terima kasih my lovely husband


Kalau korang nak tahu, KFC Parmesan Truffle Crunch ini merupakan menu gastronomi terbaharu gabungan keju Parmesan premium dan Truffle bersama ayam hot & spicy KFC.

Korang juga boleh dapatkan menu KFC Parmesan Truffle Crunch ni dengan set kombo 2 ketul ayam pada harga RM17.90 dan set kombo 3 ketul ayam dengan harga RM24.50. Setiap kombo tersebut didatangkan dengan whipped potato, coselaw, shredded Parmesan cheese dan minuman Mountain dew. Oh ya! Korang yang tercari bun dalam set KFC Parmesan Truffle Crunch ni memang tidak disertakan sekali ya. So, kalau nak bun tuh, kena lah add-on.


Macam LeYa, pada malam tu Otomen memesan untuk set kombo 3 ketul ayam. Dah lewat malam. Cukuplah sekadar untuk merasa kan. Jadinya, kami decide untuk berkongsi sahaja. Lagipun lebih menjimatkan dan mengeratkan hubungan sesama suami isteri. Hehehe...

Apa Yang Istimewa Tentang KFC Parmesan Truffle Crunch ni?

Istimewanya adalah limpahan Parmesan cheese dan dressing oil itu sendiri. Sebab? Bila korang taburkan dressing oil dia tuh, memang telan liur tak sabar nak makan. Ditambah lagi dengan hirisan keju Parmesan yang menjadi favourite LeYa. Ternyata sedap dan menggiurkan. Cuma ia kurang kick untuk LeYa sebab tak pedas. Hehehe... LeYa kan hantu pedas. Tak boleh tak pedas. 

Menariknya lagi, ayam KFC Parmesan Truffle Crunch ni lebih rangup berbanding ayam yang biasa tuh. Memang layan habis masa tengah makan ayam KFC ni. 

Keseluruhan LeYa rasakan memang sedap dan berbaloi. Bagi yang tak makan pedas tuh, memang boleh try la untuk makan KFC Parmesan Truffle Crunch ni. 

So... Korang dah rasa ke belum KFC Parmesan Truffle Crunch ni? Kalau dah, cuba kongsikan pengalaman atau reaksi korang. Yang belum tu, cepat-cepatlah pergi rasa ye. Ternyata sedap dan berbaloi! 
Reaksi kOrang:

12 comments:

  1. Good post 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. dah cuba, so far okay dengan harga nya. Tapi akk dr dulu mmg suka ori je. Tak tahulah napa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Biasa lah..citarasa orang kan lain-lain..

      Delete
  3. Belum try lagi yg ni, semalam g KFC lupa plak nak try. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Pergi dah KFC tapi tak order pun KFC parmesan truffle ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr...Kenapa tak try? Okay jugak rasanya... Tak pedas pun

      Delete
  5. Dari sehari ke sehari memang nampak menu nie sedap tapi tuelah, blum berkesempatan nak rasa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Sedap hingga menjilat jari... Bak kata slogan KFC..

      Delete
  6. dah makan kfc ni serbuk atas ayam tu masin hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Xpedas kan.. Leya jadi muak sbb xpedas.. Leya is suka makan pedas..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com