Saturday, 12 January 2019

Bangkitkan Mood Dengan Minuman Baharu Teavana Tea dan Tawaran Tahun Baru Dari Starbucks Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini Starbucks Malaysia telah memperkenalkan minuman baharu, Teavana Tea sempena Tahun Baru Cina yang akan datang bagi merasai sendiri pengalaman cara minum teh yang sebenar. Pengalaman merasai minum teh moden yang baru ini menggambarkan budaya teh dengan menggabungkan teh klasik dan rasa yang tidak dijangka. Ia turut menawarkan pilihan yang hebat untuk segala aktiviti yang dilaksanakan. Starbucks Malaysia telah menawarkan minuman hebat ini bermula 8 Januari 2019.


Teavana Tea yang memiliki daun teh yang berkualiti premium dari seluruh dunia menggabungkan teknik zaman moden untuk menghidupkan aroma teh yang menyegarkan. Melalui inovasi dan penyelidikan mengenai campuran perisa, Starbucks telah menghasilkan minuman Teavana dengan rasa pelengkap yang sangat sempurna. Teavana Tea memang elegan dan menggiurkan.

Dua perisa yang mampu membangkitkan aroma sesiapa sahaja yang meminumnya adalah

Teavana Oat Green Tea Latte
Ia diperlihatkan dengan latte teh hijau yang halus dengan ramuan yang hebat sekali. Oat! Memperkenalkan Latte Teh Hijau Oat, Starbucks baru sahaja mengambil minuman berasaskan Smooth and Creamy Matcha serta tambahan oat bagi memberikan rasa keselesaan dan kehangatan sarapan pagi yang hebat.

Teavana Poached Pear Chamomile Tea
Menggabungkan teh bunga chamomile dengan kemanisan halus buah pir dan menyajikan Teh Hijau Chamomile yang dibakar memberikan aroma teh buah yang menenangkan dan menyegarkan untuk dinikmati secara semulajadi.

Bagi merayakan Tahun Baru yang akan datang, Starbucks Malaysia juga melancarkan barangan Tahun Baru Lunar secara eksklusif buat para peminat. Koleksi minuman yang bertemakan piglet-themed boleh didapati mulai dari pilihan botol Thermos sehingga mug kopi yang diilhamkan zodiak tahun ini iaitu Tahun Babi. Koleksi unik ini mempunyai piglets merah jambu yang dihiasi dengan bunga kuning. Menjadikan ia adalah hadiah untuk rakan mahupun keluarga sempena Tahun Baru Cina nanti.

 



Selain itu, pelanggan juga boleh berkongsi seni pembuatan kopi dengan rakan-rakan dan keluarga melalui bungkusan kopi bijirin dari Starbucks. Memperkenalkan South of The Awan Blend yang mana Starbucks membawa kembali rasa dari Provinsi Yunnan China. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan seimbang dengan rasa herba yang halus dan menjadikan kopi bijirin pilihan terbaik untuk merayakan Tahun Baru. Terdapat juga Honduras Marcala yang dibawakan khas untuk Malaysia dengan rasa kopi Handuras yang unik. Kopi tunggal ini digabungkan dengan rasa karamel yang manis dan dilengkapi dengan aroma yang lembut dan menyegarkan. Akhir sekali, kopi Aficionados yang diterjemahkan sebagai "almost heaven" dalam bahasa Sepanyol menghargai Guatemala Casi Cielo dan menawarkan rasa yang enak bersama smooth cocoa finish memberikan pelanggan dibuai perasaan dalam warisan Guatemala Coffee Heritage.


Rasa minuman Teavana Tea ini boleh didapati dengan harga dari RM16.50 di Starbucks seluruh negara mulai 8 Januari 2019. Manakala, koleksi Tahun Baru Lunar pula berharga RM48 dan kopi bijirin berharga RM40. Kedua-dua barangan dan kopi bijirin ini juga boleh didapati bermula 8 Januari sehingga kehabisan stok. Jadi, dapatkan sekarang selagi stok masih ada!

Maklumat lanjut, boleh layari laman web Starbucks Malaysia, http://www.starbucks.com.my/
Reaksi kOrang:

2 comments:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com