Thursday, 10 May 2018

Perkembangan Teknologi Blockchain Semakin Meluas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kebelakangan ini, hari semakin hari semakin banyak syarikat sudah mula membuat penyelidikan yang mendalam tentang teknologi blockchain beserta dengan penggunaannya dalam semua aspek yang sangat meluas. Dari awal tahun 2017, Bitcoin dan matawang kripto secara perlahan-lahan telah mula menempa arus perdana. Sehingga kini dikatakan harga Bitcoin semakin hari semakin meningkat naik. Walaupun ia tidak kekal lama, tetapi hampir 80% penduduk dunia sudahpun mendengar tentang Bitcoin ataupun matawang kripto.

The Future of Blockchain Industry Forum

Memandangkan dunia matawang kripto dan Blockchain boleh dikatakan baru walaupun sudah satu dekad, namun perkembangannya agak perlahan dan tidak hairan jika infrastrukturnya masih samar-samar. Jadi, sebuah syarikat milik Malaysia, Ledgit telah mengorak langkah dalam industri transaksi ekonomi digital dengan menganjurkan satu program "The Future of Blockchain Industry Forum" yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tujuannya mendidik masyarakat tentang manfaat teknologi 'blockchain' dan 'cryptocurrency'. Majlis telah sempurna dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku dan turut dihadiri lebih dari 1,000 peserta.

Panel penceramah yang dijemput adalah Encik Fengsen, Pengasas Blockhong dan Timbalan Ketua Setiausaha Institut Blockchain Dunia (China), Encik Mark Pui, Pakar Pelaburan Blockchain (Malaysia), Encik Lurion Yee, Pengasas SEDA (Malaysia), En Yao Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Games Company (Malaysia), Cik Jia Nina, Pengarah Pemasaran Games Company (Malaysia) dan Cik Saba Harati, Penyelidik Blockchain Games Company (Iran).


Dalam sessi forum tersebut, panel penceramah antarabangsa telah dijemput untuk mengupas dan membincangkan pelbagai topik termasuk evolusi masa hadapan dan pertumbuhan industri. Kewujudan teknologi 'blockchain' seperti IE dan Bitcoin telah menjadi satu platform bagi pertumbuhan aset digital. Kemunculan teknologi baru ini juga memberi manfaat kepada pasaran kewangan global dengan mengadaptasi cara baru untuk melabur, memudahkan transaksi tunai antara rakan ke rakan dan juga untuk memperbaiki ekosistem kewangan.
"Dalam forum ini juga ia memberi tumpuan untuk mendidik orang ramai tentang halangan dan jangkaan pada masa akan datang dan seterusnya memanfaatkan teknologi ini untuk pelbagai tujuan. Bukan itu sahaja, kami amat berbangga kerana dapat menganjurkan forum ini sebagai platform perbincangan dan mengubah tanggapan terhadap industri secara keseleruhan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku.


Teknologi 'blockchain' juga sering dikaitkan dengan pelaburan dan pemahaman dari sudut kewangan. Walau bagaimanapun, Ledgit telah menawarkan cara penyelesaian masalah untuk pelbagai bidang terutamanya kepakaran dalam mencari sumber produk dan salasilah keluarga melalui teknologi 'blockchain' dan aplikasi pintar.



Akibat kebergantungan sepenuhnya kepada matawang fiat, ada sesetengah golongan yang masih tidak percaya akan potensi matawang kripto. Mereka tidak memegang matawang kripto kerana ianya hanya wujud dalam dunia digital. Mereka lebih suka wang tunai, syiling dan kad debit/kredit.




Ledgit adalah gabungan 'Lejar' dan 'Legit' yang membawa maksud buku lejar yang merangkumi pelbagai maklumat di samping mengekalkan legitimasi. Ledgit menggunakan teknologi "Smart Contracts" dan mengintegrasikan "Aplikasi Pintar" untuk menyediakan platform yang telus, provinsi yang tepat, legitimasi dan kecekapan merentasi asal-usul dalam dua aspek iaitu sumber produk dalam rantaian bekalan dan salasilah keluarga dan budaya. Aplikasi ini membolehkan maklumat diteruskan kepada generasi akan datang.

Kita tahu hampir seluruh dunia sudah tahu akan Bitcoin, matawang kripto dan Blockchain. Ia mungkin bagus kerana dengan menyertai dunia matawang kripto, kita sedar akan potensi dan risiko dalam dunia matawang kripto ini. 
Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. Hi, Thank you for sharing this. This is a very interesting post!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Ms. Shin. Thanks for visiting my blog too

      Delete