Friday, 15 December 2017

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiga tahun menetap di kawasan sini. Tapi tak bermaksud LeYa sudah jelajah kesemua tempat menarik di sini. Al-maklumlah sibuk dengan kerja. Kali ini LeYa berpeluang untuk kongsikan sedikit tempat pelancongan menarik yang mungkin masih ramai tak pernah berkunjung ke Cyberjaya. 

Jom.... Kita lihat apa yang menarik di Cyberjaya.

1. Rasai Pengalaman di Dash Box Hotel yang unik

Salah satu tempat best dan cantik untuk korang semua ambil gambar banyak-banyak.  Cuba korang menginap di sini dan hang-out bersama rakan-rakan atau keluarga di Dash Box Hotel dengan rekaan bangunannya yang unik, ala-ala hipster dan trendy tuh. Yang menariknya lagi, korang boleh mandi-manda di swimming pool yang juga sangat cantik. 


Alamat Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel 03-8322 7171



2. Menghirup udara segar di Taman Tasik Cyberjaya

Salah satu lokasi hebat dan menarik untuk beriadah, berjogging dan berkelah adalah di Taman Tasik Cyberjaya. 

Dari luar dah nampak playground yang agak besar dan di dalamnya ada banyak tempat best yang boleh korang terokainya lagi. Antaranya seperti jam besar, sebuah jambatan menuju ke pulau kecil yang dinamakan Pulau Wind Chime, berkelah di tepi tasik dan banyak lagi aktiviti yang boleh korang jalankan di sini.

Alamat Jalan Kelab, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel 03-8322 6765



3. Menginap di suasana kehijauan di Cyberview Resort & Spa

Satu lagi kawasan hijau yang korang boleh nikmati di Cyberjaya iaitu di Cyberview Resort & Spa. Suasana yang memang cukup tenang dan mendamaikan yang dapat menghilangkan segala kekusutan minda seharian bekerja 5 hari. 

Cyberview Resort & Spa menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar untuk turut sama merasai keindahan bermalam di situ.


Alamat Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel : 03-8312 7000



4. Santai di ZAWARA Coffee

Antara cafe yang korang perlu cuba bila berada di Cyberjaya! Korang juga boleh tengok komen di Foursquare yang mana semuanya bercerita tentang keenakan makanan dan minuman di sini. Lagi best kalau korang nak buat shooting kat kafe ni pun dialukan. Korang yang suka bergambar ala hipster pasti teruja dan tak sabar nak ke Zawara Coffee ni. 


Alamat Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel : 03-8322 8020


5. Masjid Cyberjaya

Aha! Korang jangan lah ingat nak ke masjid di waktu Hari Jumaat je kan.. Meh LeYa bawa kan korang ke Masjid Cyberjaya ni atau lebih dikenali dengan nama lain ialah Masjid Raja Haji Fi Sabilillah yang penuh dengan kecantikan di dalamnya ini. Sekali korang dah pergi, pasti korang teringin dan rasa seronok untuk ke sini. Dengan keunikan seni bina masjid ni, pasti membuatkan korang kagum dengan arkiteknya dan keunikan yang ada dalam Islam. 


Alamat Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor



6. Shopping, Main Bowling dan Tengok Wayang di D Pulze Shopping Centre dan Gem In Mall

Dalam kawasan Cyberjaya ni, ada juga pusat membeli-belah D Pulze dan Gem In Mall

Ada macam-macam tarikan dalam mall ni selain kedai-kedai yang korang boleh shopping di situ. Antaranya korang boleh buat aktiviti bersama rakan-rakan mahupun keluarga dengan menonton wayang, bermain bowling dan lain-lain.

Jadi, tak rugi jika korang berkunjung ke Cyberjaya ini. Pemandangan juga sangat cantik, moden, trendy dan sesuai untuk penggemar swafoto yang sukakan update Instagram setiap hari. Macam-macam ada di sini!




Maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.cyberjayamalaysia.com.my/

Reaksi kOrang:

14 comments:

  1. Banyak nyer tempat menarik kat cyberjaya..dulu pernah kerja kat MMU...pas tu sampai sekarang dah x jejak dah...makin menarik akak tgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak SA... Nanti datang sini roger la LeYa... LeYa keje Cyberjaya ni

      Delete
  2. saya teringin la nak pergi..

    mana tahu ada rezeki lebih selepas ini..

    aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah... Aaminn Ya Rabbal Alaamiinn...

      Datang sini nanti roger LeYa... LeYa keje Cyberjaya sini je

      Delete
  3. waa! cantiknya.. nak ke sinilah satu hari nanti

    ReplyDelete
  4. Good info!! Selalu nampak banyak office & kedai makan je kat Cyberjaya. Banyak benda gak rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Memang menarik.. Jom datang ke sini

      Delete
  5. Cantiknya! Mesti best dan nyaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya sangat cantik dan mendamaikan..

      Delete
  6. Wah bestnya. Tak pernah Tahu pasal Hotel tu. Nanti nak cuba. Thanks sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome and thanks for visit my blog

      Delete
  7. Dulu tinggal di Putrajaya, dah dekat benor dgn cyber ni..Tp x berkesempatan nk beraktiviti..mcm menarik yg Dash Box Hotel tu..blh la staycation next time..

    Rahsia Atasi Masalah Kulit Breakout

    ReplyDelete
  8. wahhh menarik jugak ye yang ada di Cyberjaya. Selalu ke sne atas urusan kerja je. Teringin pulak nak stay kat Dash Box Hotel tu.

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com